Saturday, 9 June 2012

Baby 24 Minggu

Hai.
Baby dah 24 minggu dah. 
So, i nak share sikit perkembangan kandungan i setakat ni.

Perkembangan baby?

Baby semakin kuat menendang.Ada masa tu, sampai nampak perut i bergerak masa baby tendang.

Baby suka makan, i rasalah. Sebab bila i makan yang sedap-sedap, mesti baby asyik menendang jer. Kalau makan yang kurang sedap, dia senyap jer. Jadi, bila i masak sendiri, memang baby duduk diam-diam.  =.=

Kalau dulu,masa i start boleh rasa baby gerak, baby cukup pemalu. Kalau papanya pegang perut i, mesti dia diam tak nak bergerak. Tapi sekarang, kalau suami i atau adik-adik i sentuh perut, rajin jer dia tendang-tendang.

Perkembangan i?

I benci keluar rumah. Jadi tak payahlah nak ajak i shopping ke, berjalan-jalan ke..

I selalu batuk, tiap malam asyik batuk jer. Sampai kadang-kadang i kena tidur duduk.Kalau makan strepsils, elok jugalah batuk i tapi i tak naklah bergantung pada strepsils. Maka i tahan jer sambil minum air kosong banyak-banyak. Mami i pulak risau sangat tengok i asyik batuk jer tapi i cakap takpelah. Dugaan mengandung. At least i takdelah kena sakit yang teruk macam sesetengah ibu mengandung yang lain. Kan?

Kaki i bengkak kalau i banyak berjalan. Tak sakit cuma i boleh nampak yang kaki i bengkak.Jari jemari i pun dah gemuk, cincin kawin memang dah tak muat. =.=

Itu jelah perkembangan i setakat ni. Barang-barang baby semua so far dalam 90% siap. Semoga baby sihat sempurna dan i pun sihat juga sepanjang kehamilan ni.
Amin.