Monday, 18 June 2012

Antenatal Class di KPJ Johor

Hai.

 
16 Jun lepas,kami suami isteri attend antenatal class di KPJ start pukul 2-7 petang.
Kelas ini diadakan setiap Sabtu minggu ketiga dan bayarannya pula adalah RM32 per couple.
Masa kelas tu, makanan untuk refreshment disediakan. Ada sandwich telur, soya bean, mineral water dan muffin.

Masa baru sampai, both of us terkial-kial juga nak cari Dewan Anugerah tu sebab KPJ ni tengah renovation. Tapi nurse kat situ helpful, so kami sampai on time kat venue. Legaaaa..  :)

Aktiviti masa antenatal class?
Mula-mula tu ada presentation dari Stem Life. Sebenarnya i tak tahu sangat apa dia cakap sebab laju sangat kot. Tambahan pula, i dan suami memang tak minat sebab mahal.

Then pasal baby care, baby feeding, pasal bersalin, pain relief..benda-benda basic gitulah. Dr. Mohan, O&G kat situ bagi talk pasal bersalin dan pain relief. Suami memang puji cara Dr Mohan ni cakap sebab penerangan dia sangat jelas dan tak membosankan.

I paling suka bila Dr Mohan cakap, kalaulah orang lelaki yang ditakdirkan mengandung,mesti manusia kat muka bumi ni pupus sebab lelaki tak mungkin akan sekuat dan sesabar orang perempuan..  ^.^

Yang paling berguna i rasa ialah masa belajar bagi baby mandi. Sebab benda lain macam breastmilk strorage tu semua,i dah banyak baca dah. Tapi apa yang sangat-sangat berguna? 

Suami dah insaf dah. Dia asyik cakap..oh,rupanya gitu..oh,rupanya camni..Dia bagitau i,dia ingatkan bersalin ni just teran baby tu keluar, then dah siap. Tak sakit sangat, takde apa-apa risiko. So, bila dah ikut kelas ni, dia tahu sedikit sebanyak apa yang akan i lalui.Adakah pelaburan kami sebanyak RM32 tu berbaloi?? Yes, sangat berbaloi.Malah kalau kena bayar lebih pun i sanggup sebab dapat buka mata suami..Huhu..

Bila balik jer, suami tanya :

Dia : Awak dah beli towel baby?
I : Dah, kan kita beli aritu. Ada 6..
Dia : Menyerap air ke?
I : Yelah, 100% cotton. Brand Anakku..
Dia : Saya rasa awak nak kena simpan barang baby dan barang awak siap-siap dalam beg. Nanti takdelah saya kelam kabut nak cari barang.
I : Saya tahu.
Dia : Saya tak nampak awak simpan pun?
I : Saya baru jer 6 bulan. Mami saya cakap, tunggu 7 bulan.

Bila dah terlebih prihatin, banyak pulak benda yang dia tanya.

=.=