Monday, 21 May 2012

Set Berpantang Shaklee

Hai.

Kandungan i dah lima bulan, so i fikir lebih elok kalau i beli barang untuk berpantang sekarang. Nanti kalau ada rezeki lebih esok lusa, boleh i guna duit tu untuk benda lain pula. Pasal set berpantang ni, i ada banyak sangat kekeliruan.

Kalau ikut MIL, mesti dia suruh i berpantang cara Cina (sebab dia mix Cina-Iban).
Kalau ikut mak i, dia mesti cakap berpantang cara Iban.
Kalau tanya kengkawan, diaorang suruh i makan jamu segala ikut style Melayu.
Kalau tanya suami pulak, dia mesti cakap suruh i bersenam macam orang putih.

Pergh!Nak berpantang pun guna konsep 1 Malaysia.

Jadi, last-last i decide,biarlah i cari set berpantang yang elok untuk badan i,yang boleh i makan sambil menyusukan baby, yang boleh dimakan walaupun baby kena jaundice (i tak minta, ini in case saja), yang i yakin i sanggup makan dan paling penting,harganya berpatutan. 

Maka, i pun beli Set Berpantang Shaklee (trial pack) dan Osteomatrix dari Puan Azlin..Total RM159. Recommended seller, baik sangat. Tadi barangnya sampai. Siap dapat bekas plastik dan bekas ubat free lagi.Yeay!!







I attached sekali yer jadual pengambilan Shaklee ni, untuk panduan i sendiri. Jadual i berbeza sikit dengan yang kat container ni sebab i ada ambil osteomatrix.

After breakfast - B Complex sebiji, Vitalea sebiji.
After lunch - Vitamin C sebiji, Zink sebiji
Sebelum tidur - Osteomatrix dua biji, digalakkan ambil bersama segelas susu

Minimum minum 2 liter air
Make sure tambah kekerapan direct feed/pam susu.
Elakkan makan Vitalea bersama Osteomatrix sebab nanti daya serapannya akan berkurang.
Kalau baby flu/demam, ibu boleh ambil dua biji B Complex dan sebiji Vitamin C patahkan jadi dua (ambil dua kali) untuk yang lebih optimum.


Semoga set berpantang ni sesuai dengan i dan membantu sedikit sebanyak dalam menghasilkan susu yang terbaik untuk baby.I doakan semoga anak kami dimurahkan rezekinya untuk menikmati khasiat susu ibu sehingga berusia dua tahun.

Amin.