Sunday, 6 May 2012

Review Deodorant Yang Sedang Dipakai

Disebabkan i teramat rajin, hormon happy i sentiasa menemani i..maka here it is...a product review entry! Yeay!

Deodorant. Korang pakai tak? I sentiasa pakai, kecuali time nak tidur. Sebab i paling pantang dengan orang yang ketiak busuk, jadi i seboleh-bolehnya tak nak ketiak i busuk. I dah try banyak deodorant dan sekarang, i ada dua deodorant yang i pakai.


Mari kita buat perbandingan.
Perbandingan ini berdasarkan ketiak i tau, ketiak orang lain, i tak tahu.

Nivea Invisible For Black & White

 
Lepas pakai, ketiak berpeluh?
Tidak sebab deodorant ni anti perspirant. Tahan sepanjang hari. So, i sentiasa yakin bila pakai ni. Takkan ada kejadian ketiak basah, pastu kena kat baju..nampak pengotor.

 
Ada yellow stain tak kat baju? White mark kat baju hitam?
Tiada. Memang langsung takde. Superb! I memang teramat benci bila lepas pakai deodorant, kita nak pakai baju, tetiba ketiak tu terkena kat baju, terus meninggalkan kesan.

Mudah kering?
Yes. Tak payah nak tunggu 5 minit sampai ketiak tu kering.
 
Menghitamkan ketiak?
Malangnya, ya. Lepas sebulan pakai, ketiak i lebih gelap berbanding biasa. Uwaaaa..
 
Tekstur?
Tekstur dia just nice, tak cair dan tak pekat sangat. Bau dia lebih kurang macam deodorant nivea yang lain. Tak wangi, tapi taklah busuk.

Akan continue pakai?
Tak sebab suami sampai tegur, kenapa ketiak i jadi hitam.  =.=

Garnier Mineral Light Extra

 
Lepas pakai, ketiak berpeluh?
Tidak tapi daya tahan deodorant ini bukanlah sepanjang hari. Mungkin sebab dia mineral kot. So, after 5-6 jam, kita akan start rasa sweating. Tapi takdelah sampai ketiak tu busuk.

Ada yellow stain tak kat baju? White mark kat baju hitam?
Ada. Main reason i tak suka pakai deodorant ini.

Mudah kering?
Hadoiii..lambat. Kena tunggu dalam 5 minit.

Menghitamkan ketiak?
Tak, deodorant ini betul-betul mencerahkan ketiak. Tapi kena guna dalam sebulan baru nampak hasil.

Tekstur?
Agak cair, i kurang suka. Tapi wangi, bau lemon..sebijik macam losyen Garnier.

Akan continue pakai?
Buat masa ini, ya. Supaya ketiak i cerah.

Kedua-dua produk ini bukanlah a great product all in one. Both ada pro dan kontra. So lepas ni, i akan try lagi deodorant lain until i find the one.

Take care!