Saturday, 12 May 2012

Retail Theraphy

Hai.
Dengan ini i menganugerahkan KSL City Johor Bahru sebagai my most favourite shopping mall sebab Guardian telah dibuka di sana!! Ada great sale lagi. I masuk Guardian tu, ikut hati nak jer melompat-lompat kegirangan.

I promote mall ni kejap yer.
Benda yang best kat KSL ialah ada Watsons, Guardian, Caring (oh,perfect!!), ada KFC yang luas (super like!) , Auntie's Anne (tapi kalau nak Auntie's Anne yang paling sedap, sila ke City Square), ada Sushi King (his favourite), kedai RM4.99 (ini bukan kedai yang salesgirl dia asyik sebut Selamat Datang. Setiap barang RM5 tu tau. Barang kat sini lebih bagus), ada MBO Cinema, Season's dan Bread Talk dan lastly ada Tesco. I mention tempat i selalu pergi jer okey.

Semalam i paksa suami teman i cari Palmer's Soothing Oil. Cari kat Watsons dan Caring, dua-dua takde. Jadi i terpaksa beli Palmer's Theraphy Oil. Then bila dapat tahu cawangan Guardian dah dibuka, maka i pun ke Guardian dan shopping!!

Jangan tanya i di mana letaknya Guardian tu sebab i memang sangat teribble dalam memberi direction. Yang i boleh cakap, dia terletak di Ground Floor, tak jauh dari Watsons dan Each A Cup.

Ok, sesi merekod barang yang dibeli untuk rujukan di masa depan.


Palmer's Skin Therapy Oil - RM32.80 di Watsons.
Kat Guardian RM26.80. Si 'bijak' ini beli kat Watsons.  =.=

Palmer's Soothing Oil - RM31.84 (after less 15%)

B&B Shampoo & Conditioner - RM4.03
Beli untuk diri sendiri sebab suka membazir murah.

Dove Beauty Moisture Body Wash - RM6.21.
Sekarang i ada 4 botol body wash. ^.^

Johnson's Milk Lotion - Sebotol RM1.48
Walaupun i dah ada 7 botol losyen tapi i beli sebab murah dan wangi.

Colgate
Untuk suami. Kenapa dua kotak? Sebab i lupa yang i dah beli kat Watsons, i end up beli lagi sekotak kat Guardian. =.=

Aquafresh - RM6.40
Untuk suami sebab i guna berus gigi yang sama kaler pink. Jadi dia kena warna biru. Nanti our little one i beli warna hijau muda.   ^.^
I buat entri ni sebab i nak tahu berapa lama i boleh pakai sesuatu produk, takde niat lain.
Take care.