Saturday, 5 May 2012

Resepi Peria Goreng Rangup

Jom kita masak!!


Resepi kita hari ini ialah peria goreng rangup ye puan-puan.
Cara menyediakannya amat mudah, kalau i yang tak terer memasak ni reti buat, orang lain confirm boleh punya.

Bahan-bahan :
Peria (pilih yang besar dan berwarna hijau muda sebab makin pekat hijau dia,makin pahit)
Tepung beras (sila gunakan tepung beras supaya peria kita rangup)
Garam
Minyak secukupnya

Cara-caranya :

Mula-mula bersihkan peria. Potong bahagi dua.

Kemudian hiris nipis-nipis.

Lepas tu, campurkan garam secukupnya dan gaul-gaul rata pada peria yang telah dihiris tadi.

Biarkan sebentar, bagi garam tu menyerap masuk.

Then ambil tepung beras, celup-celupkan pada tepung beras tu. Bagi semua permukaan peria disaluti tepung.

Last sekali, tuangkan minyak dalam kuali, tunggu sampai minyak betul-betul panas, masukkan hirisan peria yang bersalut tepung itu satu persatu.

Tunggu sampai warna peria tu golden, then siap.

Peria goreng ini rasanya exactly macam kentang goreng tau. Rangup yang amat. Sedap. I suka makan, cicah dengan sos cili.Even mummy i pun tanya i macam mana buat ni dan tiru this recipe... (bangga kejap)..

Take care!