Monday, 14 May 2012

Kecewa

Hai.



Hari Isnin, dan i kurang sihat.
Batuk-batuk seharian.
Suami i cakap,i batuk sebab semalam minum jus epal yang i buat sendiri.
Sebab sebelum ni,kalau i makan buah, i memang selalu sakit.
Durian (sakit dada), mangga (batuk sepanjang malam)..
Tapi ikut lojik, takkanlah minum jus boleh batuk?

So, i ajak suami pegi klinik Bio Sucinas sebab klinik tu jer yang i tahu masih buka lepas working hours.
I tanya boleh ke makan asam jawa sebab i batuk?
Doktor cakap, elakkan benda berasid sebab nanti kalau i gastrik, akan effect baby.
Nanti baby tak cukup khasiat.
 
Then i cakap kat doktor yang i nak scan baby.
Nak tahu gender baby.
Tapi doktor cakap depend dengan position baby.
Bila scan jer, doktor ukur kepala baby..normal.
Memang tepat dengan umur baby iaitu 20 minggu 4 hari.
Panjang kaki baby pun okey, normal.
Syukurlah.

I tanya doktor, kenapa perut i kecik? Doktor cakap, takpe sebab baby kami normal.
Lagipun ukuran spesifik perut masa peknen memang takde.
Yang ada tu cuma purata saiz jer kan?
Then scan 3d, ingatkan nak tengok muka baby.
I dah mula excited, baby cam muka i ke..macam muka suami..

Yang sedihnya, baby boleh pulak mengiring MEMBELAKANGI SCANNER!!
Kami suami isteri cuma boleh tengok kaki,paha,belakang kepala dan montot baby.

Doktor cakap, takpe..kita cuba lagi.
Lepas tu dia godek-godek lagi benda alah tu, tapi baby sikit pun tak bergerak.
Dia baring jer diam-diam.
=.=

Last sekali, lepas bayar dan ambil ubat, kami pun pegi makan.
I baru jer makan suapan pertama, baby dah mula tendang-tendang.
Oh, tadi diam jer..sekarang time makan rajin pulak menendang.
Mama bayar tau nak tengok baby, baby pulak boleh main hide and seek.
 Adoyai anak..