Wednesday, 16 May 2012

Hadiah Pertama Baby

Hari ini baby dapat hadiah pertama.  ^.^
Tapi mamanya yang seronok lebih sebab yelah..baby tak kuar lagi, nak seronok camna..ye tak?
Sebenarnya i tahu yang my bestfriend memang akan bagi i hadiah sempena kelahiran baby ni jadi awal-awal lagi i dah cakap..

Hah,belikan baby aku benda alah ni.

Tak malu betul i ni kan? Hahaha. I punya konsep pun senang jer, dari orang beli hadiah yang kita dah ada, ataupun kita tak suka, baik kita minta sendiri. 

Nak tahu the little one dapat apa??

 BALBOA ADJUSTABLE RING SLING

I beli (dengan duit kawan i) yang macam ni.
 
Beli kat OneBabyWorld dengan harga RM99.90 + RM6.00 kos penghantaran. Harga asal RM199.90 so since dah 50% diskaun ni, i ambiklah.Tapi benda ni belum sampai lagi. Baru jer order tadi.

Kenapa nak ring sling?

- I ni mudah terlanggar barang dan tersadung,nanti kalau i pegang baby dan terjatuh, adoyai.
-Kalau nak jalan-jalan tempat crowded, lagi senang pakai carrier gini berbanding stroller.
-Boleh laras, ada 4 kegunaan, macam kat gambar bawah ni.
 




Semoga baby suka yer anak mama..sebab mama suka sangat..  ^.^
Thanks tau my bestfriend..   :)