Tuesday, 8 May 2012

Durian Oh Durian



Hai.
Ahad lepas, i pergi pasar malam Larkin dengan suami.
Suami beli durian, makanan favourite dia.
Sampai jer kat rumah, suami makan durian tu sambil i tengok jer.

Hubby : Nak tak?
Wifey : Saya tak boleh makan durian.
Hubby : Kenapa?
Wifey : Entah. Orang cakap tak boleh, saya ikutlah.
Hubby : Seulas pun tak boleh?
Wifey : Tak boleh.
Hubby : Kenapa?
Wifey : Nanti baby kuar bau durian..
(sungguh bagus kan jawapan ni?i sendiri pun macam tak caya yang i bagi jawapan 'sebijak' ini.)

Suami pula buat muka macam langsung tak percaya jawapan mengarut i. 

Jadi memandangkan i teringin pulak nak merasa durian,maka setelah i fikir masak-masak, i makan juga seulas durian tadi.

BIG MISTAKE!

Tak sampai setengah jam, i dah start rasa sakit dada. Rasa macam ada benda block kat dada i.Adakah ini yang dinamakan heartburn? I pun tak tahu.I minum air kosong dan susu, dengan harapan sakitnya akan berkurangan. Tapi, masih jugak sakit sampai ke tekak.

Paginya, i muntah-muntah. Lepas tu, baru ok.

Kalau i sakit, i tak kisah sangat tapi i risau takut apa-apa jadi kat baby. Harap dia sihat kat dalam tu. Lepas ni,jangan harap i nak makan durian lagi.