Thursday, 3 May 2012

Dapat rasa baby gerak..yeay!

Hai.

Cerita baby lagi, macam biasa. 
Bersabarlah korang yer..
Minggu ni the little one 18 minggu.
Petang semalam, balik jer kerja, lepas i masak siap-siap, i masuk bilik, nak mengganggu ketenteraman suami yang tengah tidur lepas balik kerja shif pagi.

Then kami berbual-bual pasal dokumentari yang suami tengok sambil baring-baring.
Sebenarnya lebih kepada, dia bercerita, i mendengar.
Then tetiba i rasa perut i macam ada benda menendang.

Terus i bagitau suami suruh dia pegang perut i.
Then dia pegang.

Bila suami pegang, i rasa ada benda menendang lagi.

Rasa tak? I tanya suami. Suami geleng-geleng.

Then tendang lagi.

Ada tak? Suami senyap jer.

Pastu tendang lagi. Kesian baby kena tendang berkali-kali untuk bagi papa dia rasa.

Eh, adalah..Oh, baby dah pandai tendang mama dia.. Suami dah sengih-sengih.

Tapi tendangan baby belum kuat sangat. I cuma boleh rasa time i baring, dalam keadaan tenang dan sunyi jer.

Apapun, doa sangat semoga baby sihat..  

^.^