Saturday, 19 May 2012

Barang-Barang Baby

Hai.
I nak share barang-barang untuk the little one yang telah kami suami isteri sediakan. Bila i tengok-tengok balik, tak sangka pulak i beli barang yang exactly macam kat checklist. Takde membazir lagi kot..so far la.Entri ni dibuat bukan untuk menunjuk tau, tapi untuk rujukan i di masa depan.
 
Baju baby yang pertama. I sanggup drive sorang-sorang ke Angsana semata-mata nak beli. Tadi baru realise, baju ni untuk 6-12 months.  =.=

 Semua ni i dapat secara free gift masa ekspo aritu kecuali mom's bag Kiko merah tu. Beg tu adik bongsu i punya, i ambil untuk baby.

 Changing mat Pureen ni beli kat Tesco. RM22. Yang traditional warna biru pink tu harga RM19,so i pilih yang super cute ni. Mitten dan booties beli di Jusco dan Tesco. 7 pasang, cukup la kot. Bunny tu dapat dari Dumex, free gift.

Rompers. Beli 3 jer. Total RM30. Susah nak pilih yang unisex.  =.=

Breastfeeding set. Beg Autumn, Avent Single Electric Pump, Avent Starter Set...semua ni kami beli masa Mom's & Baby Ekspo.

Classic Starter Set, RM100.

Single Electric Breastpump, RM599. Sebenarnya i nak beli yang manual tapi suami cakap, better beli yang ni sebab boleh guna electrik,bateri dan manual.

 I beli barut plain colour saiz M (RM22/5 helai) + RM6 postage di MyBabyComel.Barut ni i memang highly recommended sebab barut dia memang sangat cantik.Jahitan kemas, memang macam homemade punya. Kain dia cotton macam kain cadar kat hospital kerajaan (erk,kenapa kena bagi contoh ni?), so takdelah baby panas nanti.

Cukup ke barut 5 jer? I tanya nenek dan mummy i,dia cakap cukuplah tu.Lagipun baby pakai kejap jer. Sampai tali pusat tanggal, mummy i cakaplah. Takpe,kalau tak cukup, nanti beli lagi.

 Nursing pillow dari Baby Love, RM59. Beli kat ekspo juga.

Kalau tengok gambar ni, mesti orang assume baby ni baby boy. Tapi tidak yer, towel tu sebenarnya ada dua dalam 1 pek, biru dan putih. Stokin tu pulak looks cute.  ^.^

Towel tu harga asal RM19.90, kat Giant, kami dapat RM12.99. Murah giler! Ikut mami i, dia suruh beli sedozen tapi i beli 6 towel, cukuplah tu.

So far,ini jer barang yang ada di tangan i. Baju-baju baby kami memang belum baby sebab tak tahu jantina baby.Next scan,doalah semoga baby tak malu-malu lagi dan tunjuk jantina dia.

Take care!