Tuesday, 15 May 2012

Baby Tak Gerak

Hai.

Malam tadi, disebabkan i batuk, i pun minum sesudu ubat batuk yang i dapat dari doktor.
Tapi,  sebelum tidur, i perasan yang baby tak tendang-tendang macam biasa.
I cakap dengan suami.
Suami cakap maybe baby merajuk sebab i bebel-bebel kat baby.
Yela, masa scan baby tak nak tunjuk muka.

I pun okeylah.
Pagi ni bila bangun, i gosok-gosok perut, tapi baby senyap jer.
Bila suami tanya baby tengah buat apa, i cakap jer..baby still sleeping.

Then masa i bersiap nak pergi kerja, baby masih tak bergerak langsung.
I dah sangat risau.
I tepuk-tepuk perut suruh baby gerak.
I minum susu, kot-kot nanti lepas makan, baby gerak macam biasa.
Tapi baby langsung tak gerak.

I risau sebab malam tadi i makan ubat batuk.
Walaupun doktor cakap ubat tu selamat, tapi i masih risau.
Dah menitis-nitis air mata i ni.

I mengadu kat suami, suami cakap nanti baby geraklah.
Masa breakfast,masih no movement.

Kawan i cakap, mesti baby kau mabuk sebab makan ubat batuk.  

Apapun, dalam pukul 8.50 pagi gitu, akhirnya i dapat rasa baby gerak.

Tahu kan perasaan tu bila seseorang 100% di bawah tanggungjawab kita, 100% depend kat kita, dan gara-gara kita melakukan something walaupun tanpa niat langsung yang mungkin menyakiti dia.....the fact that he/she's fine, rasa lega sangat.

(sorilah ayat seorang yang emo, memang berbelit-belit)

Apapun,my advise..kalau sakit masa pregnant, JANGAN MAKAN UBAT!!

Tak kisahlah doktor cakap selamat,kita sakit sampai tertonggeng ke, seboleh-bolehnya janganlah mempertaruhkan keselamatan anak kita.

 
Semoga the little one stay healthy, membesar dengan sempurna. Amin.