Thursday, 17 May 2012

Ais Oh Ais

Tahu tak kat Malaysia ni ada macam-macam jenis air yang sedap? Cendol, teh ais, horlick ais, milo ais, laici ais, cikong ais..Apakah persamaan di antara mereka?

AIS.


I adalah peminum minuman berais yang sangat tegar. Dan aiskrim juga.
Dari kecik,sampai ke besar..i memang asyik minum air ais jer.
Tak kira pagi,tengah hari,petang atau malam.
Untuk mengawal ketagihan i yang rasanya kurang baik itu, i tak simpan air ais kat rumah.
Jadi kami suami isteri memang tak minum air ais di rumah.

Bila dah pregnant ni, i masih minum lagi air ais.
Kalau i order minuman panas, mesti kengkawan cakap..apa mimpi kau arini?
Tapi aritu diaorang cakap..

Rasanya sekarang kau patut stop minum air berais..

I tak minum minuman bergas pun dah cukup susah.Sekarang minum ais pun tak boleh??
Rakan sekerja i sorang lagilah teruk. Ada ke cakap kalau minum ais nanti baby i kecut sebab sejuk? Isk..minta jauh!

Tapi kawan-kawan i yang lain cakap, takut nanti baby akan asma,mudah kena flu..hmm..Okeylah baby, mama kurangkan ais yer. Demi baby, mama minum jer mineral water dan susu jer tiap ari.Jimat duit mama.