Team Cantik

Wednesday, 23 May 2012

1st Check Up di Columbia Asia Nusajaya

Hai.

Tadi kami suami isteri pergi check up di Columbia sebab kami betul-betul nak tahu gender baby sebelum balik Sarawak weekend ni. Ni first time kami nak pegi sana. Hari tu time i pegi dengan kawan-kawan,kami cuma jalan setakat Aeon Bukit Indah jer. Nasiblah hari ini otak i bijak sikit (tak pelupa macam biasa), jadi i dapat ingat dengan baik jalan nak pergi sana. Masalahnya,jalan balik i totally lupa. Nasiblah dapat laki yang jenis cepat ingat jalan.  =.=

Sebenarnya dari malam tadi i pujuk baby untuk buka kaki dia masa scan. Pagi tadi,i beli coklat dan fresh milk untuk pujuk rasuah baby. Siap cakap..baby,nanti baby buka kaki. baby be good, mama bagi coklat ok..

Kenapa nak pergi Columbia Asia yang jauh bagai nak rak sedangkan kami tinggal di bandar JB?  Sebabnya kawan-kawan i yang pergi situ cakap Dr Rajesh Mahendran (O&G kat situ) sangat bagus dan sangat baik.

Masuk jer tempat tu, security tu siap ucap 'Selamat Pagi'. Suami siap puji, bagus betul security kat sini. Then pendaftaran macam biasa, i dapat kad. Siap ada gambar i lagi. Lepas tu, pegi lagi kat kaunter lain dan nurse timbang i. Berat masih 74.5 kg, macam masa i check up aritu.

Bila jumpa doktor, first impression..Dr. Rajesh ni sangat friendly, sangat pleasant. Selepas beberapa Q&A, maka masa untuk scan baby pun tiba. Doktor tanya, i nak baby apa? I cakap tak kisah sebab ni 1st baby. Dia tanya suami pulak. Suami cakap nak girl.

Baby kat dalam masih mengiring membelakangi kitaorang macam hari tu tapi syukurlah dia buka kaki.  So,nampaklah ehem-ehem dia.Next month kalau scan lagi dan confirm, i announce yer..  ^.^

Doktor cakap baby sangat aktif. Tendang sana sini. I cakap kat doktor..baby aktif sebab i dah bagi dia coklat tadi. Kalau tak,jangan haraplah dia nak bergerak masa orang lain pegang. Overall baby sihat, syukur sangat. Muka dia tak nampak walaupun scan 3D sebab dia membelakangkan kami. I boleh nampak tangan dia berpaut kat perut i.

Sebelum balik, i dapat goodie bag. Yeay!!



Sekarang i terasa macam nak bersalin kat Columbia Asia ni pulak. Hmm..Tapi suami mesti tak bagi sebab membazir dan tempat tu jauh sangat..Tengoklah nanti macam mana.

Take care!

10 comments:

  1. wah.. boy ke girl? :)
    sy dlu scan 4D pn bby still x bg kerjasama...kepit2, dh masuk 9 bulan ni baru tau rupenye boboy, pemalu sungguh, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasal.pemalu betul baby ni.liat sangat nak tunjuk muka

      Delete
  2. Bestnya, scan mahal tak? selalunya berape ek kos dia?


    note: psstt..kita follow akak (^________^)v #61

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah.harga yg berpatutan.sama juga cam klinik2 lain..hihi.kite pun dah follow awk..

      Delete
  3. amboi! siap rasuah baby lagi ;p gud idea ni.. nnt nak pergi scan 4D i pon nak rasuah baby lah ;p hehe~

    ReplyDelete
  4. Hi says pun baru follow up dgn Dr Rajesh kat Columbia baguslah .......scan pun cantikr boleh tengok baby in 3D harga pun sangat berpatutan......Suami mahu says jumpa Dr seorang lagi tapi tak bes.........

    ReplyDelete
  5. Hii.. Sy nk tnye..selain dr rajesh..doc rohaini owkay x? Hubby nk suruh besalin dgn doc pompuan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.sy jumpa dr rohani sekali je.tu pun lepas bersalin.so xtau dia camna.ok kot.. :)

      Delete
  6. bape ye kne byor if dlver kt CA? czer n nrmal..nk tau czer bape kne byor..coz preggy kli ni pp..tkot nk dlver gov..yg 1st lu kt gov..

    ReplyDelete
  7. berapa RM monthly check up kat sana awak??

    ReplyDelete