Thursday, 12 April 2012

Uri Di Bawah?


Sebenarnya tak tahu nak tulis ke tak.
Tapi i'm so worried.
Seperti yang i cakap kat entri tadi, i kurang puas hati dengan result pemeriksaan i di klinik kesihatan pagi tadi.
Sebab doktor was like..oh, semua ok. semua normal..
Tapi hati kecil i macam there is something wrong somewhere.

Jadi petang tadi, i ajak suami teman i pegi Klinik Bio Sucinas di Bandar Baru Uda.
Scan baby.
Dan apa yang i risaukan berlaku..

Doc : Sebelum ni pernah scan?
I : Pernah.
Doc : Doktor cakap apa?
I : Dia cakap ok jer. Takde masalah pun.

Dia diam. Dia godek-godek lagi perut i.
I dah risau.

Doktor : Uri awak kat bawah ni. (dia cakap sambil tunjuk kat skrin)

I dah rasa nak nangis dah.
Sebab i tahu its not a good thing.
Then doktor tanya sebelum ni i ada bleeding ke.
I cakap takde sebab memang takde pun.

Suami tanya, ada ubat ke untuk solve benda ni?
Yes, i was about to ask the same question.
Doktor cakap, takde tapi kena tunggu dalam dua bulan. Nanti scan lagi.

The good thing is baby sihat. Syukur.
Cuma bila i fikir uri kat bawah tu, i dah risau sangat.
Tapi i baca masa awal kehamilan, tak perlu bimbang kalau uri kat bawah.
Lepas 28 minggu, kalau masih kat bawah jugak, then memang bahaya.

I masih bimbang. Dan jujur, i takut.
I doa sangat we both selamat.
Amin.