Sunday, 8 April 2012

Update Kehidupan

Hi good people!

Semalam i pesan kat suami untuk tapaukan i nasi campur.
Kalau dulu, masa masih couple dan baru kahwin, dia mesti akan reject permintaan i.
Alasan, nanti i tak makan makanan yang dia tapaukan tu sebab selera kami memang macam langit dan bumi.
Tapi lately ni, dia sanggup gak tapaukan i makanan.
Bila dia sampai jer kat rumah semalam, dia cakap.. Saya dah bungkus nasi awak.. 

I tengok benda yang dia tapau. 
Kacang panjang ditumis dengan cili, tempe dan fishcake. (i tak suka cili dan tempe)
Ayam masak lemak. Dia amik dada ayam. (i tak suka ayam.dan i benci dada ayam)
Telur masin.  (fuh,nasib baik ada!)


Dia masih juga tak faham sangat dengan selera i, which is acceptable sebab i sendiri pun kadang-kadang tak faham selera sendiri.   =.=
Tapi apa yang paling penting ialah suami make an effort untuk mengelakkan isteri dan bakal anak dia kebuluran.
Sebagai manusia yang baik, i makan nasi yang dia tapau tu walaupun i cuma berlaukkan telur masin dan kacang panjang.

Sebenarnya i tak suka makan sayur tapi demi baby, terpaksa makan.


Erk..ini pun nak tulis jadi entri?
Ya sebab nak tunjuk suami sayang kiterrrr...   ^.^


Oh, Khamis lepas, kami berdua pindah ke kuarters baru.
Rumah ni lebih besar dari yang sebelum ni.
Kenapa pindah?
Sebab lepas i bersalin nanti (kita doakan semuanya selamat ya.amin..), mak suami i akan tinggal dengan kami. 
Jadi untuk keselesaan, tentulah nak ruang rumah yang lebih luas.


Ok, take care..