Monday, 30 April 2012

Pakaian Ketika Mengandung

Hai kawan-kawan!




Minggu ni the little one masuk 18 minggu.
The good thing is i rasa sangat sihat minggu ni.
Boleh mandi lulur, buat treatment rambut. Tinggal nak pakai mask jer belum.  ^.^

Ok, straight to the point.

Bagi i, benda yang i rasa kurang best masa pregnant ialah bila pakaian i semua tak muat.Kalau muat pun, tak selesa.
Tapi benda yang paling best ialah i boleh shopping baju tiap-tiap bulan atau minggu, tanpa rasa bersalah sebab suami tak bising pun.

So, i share sikit ye apa yang i dah belajar pasal shopping pakaian mengandung.


Seluar pregnant
Wajib ada. Kena beli warna basic iaitu hitam supaya boleh pakai selalu. I ada a few jugakla. Hitam,kelabu,coklat,light grey. Kalau rasa nak jimat, beli jer seluar palazo. Murah dan selesa.Lagipun seluar palazo ni boleh dipakai selepas bersalin.

Skirt
Tak penting pun. Tapi i rasa kena ada sebab kadang-kadang ada baju yang pendek, kalau guna seluar nampak pulak bahagian bawah kita yang gemuk tak berapa nak lawa. I beli sehelai jer, warna hitam. Skirt ni elok dipakai kalau kita kerja kat ofis. I beli skirt ni di mumdreams.


Dress
I suka pakai dress! Rasa comel je. Ni wajib ada supaya kita nampak comel. Tapi, memandangkan i bersaiz giant dan tinggi (sebenarnya tinggi i standard jer tapi susah nak cari dress yang paras lutut). I ada dua je dress setakat ni. Beli kat mumdreams dan Grace Maternity (kedai ni kat Plaza Pelangi.servis dia memang superb!)

Pendapat i, kalau beli dress, kena beli yang branded/mahal kalau kita mampu sebab dress murah kualitinya memang jarang sangat memuaskan.Kalau benda lain, takpe. Boleh beli yang murah tapi bagi i, kena invest sikit untuk beli dress maternity yang berkualiti.

Blouse
Wajib ada dan boleh beli banyak-banyak sebab murah. Kalau boleh, beli yang kain cotton sebab selesa dan tak panas.


Jubah
Jubah ni agak comfy jugalah bila dipakai cuma i tak boleh bayangkan i jalan-jalan guna jubah sebab panas. Kalau kat ofis yang ada aircond, memang ok. I ada sehelai jer jubah. 


Panty dan bra
Bra kena beli yang saiz besar sebab semuanya makin membesar. Lagipun, kalau pakai bra ketat, takut mengganggu saraf-saraf yang nak membentuk air susu kita pula. Panty pun sama. Kena pakai yang agak besar dan kain cotton. I beli yang murah-murah jer sebab bukan nak pakai lama pun. I beli di Jusco, brand Scarlett.

Tips i, tak payah beli bra ni banyak-banyak in one shot sebab badan kita is getting bigger and bigger..and bigger..  =.=

Apapun, yang paling penting ialah kita rasa selesa,nampak kemas dan presentable.