Saturday, 14 April 2012

Menyesal?? Taklah..

Hi good people!


I bagitau satu cerita ya.
Dulu, masa i baru 18 tahun, i baru start kerja di sebuah syarikat penerbangan.
Masa tu, i single.
So, one fine day, i pergi ke Parkson di Sibu untuk shopping sorang-sorang.
Then masa nak naik eskalator, tiba-tiba i diapproach seorang salesman.
Orang tu jual pakej-pakej percutian. Dengan murah. (kononnya)

I memang tak interested langsung.
Tapi being nice (stupid sebenarnya), i dengar jugalah apa lelaki ni cakap.
Then entah macam mana, i macam malas nak dengar apa yang dia cakap, i setuju beli pakej percutian tu.
Tapi i bayar RM50 sebagai pendahuluan.
Then i kena isi borang, tulis detail i. (this is a big mistake)


Beberapa hari after that, salesman ni call.
Tanya i, apa tempat yang best kat Sibu sebab dia dan kawan dia tak pernah datang Sibu.
Being stupid, i layan. Perbualan tu sekejap jer, dalam 10 minit.


I ingat semua tu berakhir camtu.
Tapi salesman tu ada call i lagi, selalunya malam.
Contoh dalam sebulan, dia akan call dalam sekali dua.
Tapi i tak pernah call dia.
Masa call tu, kitaorang just cakap pasal tempat-tempat percutian jer.

Sehinggalah suatu hari, nombor tu call i.
I jawab, suara perempuan.
Tanya apa hubungan i dengan suami dia.
I sangat terkejut sebab i tak pernah fikir benda ni akan jadi. I memang langsung takde apa hubungan pun dengan lelaki tu.
Perempuan tu cakap, dia pensyarah. Dia tanya i kerja apa, kat mana.
I cakap i kerja kat airline jer, lokasinya i tak bagitau.
Dia cakap suami dia kata, i yang selalu call suami dia.
Erk...hellooooo!!!! Never ok. Never!! 


Perempuan tu asyik call i dalam dua hari.
I tak jawab, dia call lagi berkali-kali.
Mesej i, sumpah seranah i sebab gatal nak ambik laki dia.
I pun marah dia balik sebab i tak hingin pun kat laki dia.
Masa tu i memang stress dan sakit hati.
Kalau i betul-betul ada skandal dengan laki dia, its ok. I boleh terima.
Tapi ni, langsung takde. Nama laki dia pun i tak tahu siapa.

Sehinggalah, last sekali, masa dia call, i tengah dalam tren dengan rakan sekerja i.
I reject call dia tapi she's keep calling me.
Then rakan sekerja i rampas my phone dan terus cakap kat dia..

Kawan i : Kenapa kacau dia?

Perempuan tu mungkin cakap yang i kacau suami dia.

Kawan i : Mana ada dia kacau suami kau. Dia tunang aku.

Then perkara tu berakhir. Perempuan tu tak call i lagi.


Lesson learned.
I memang takkan cakap dengan mana-mana jurujual lagi kalau i sorang-sorang.
Dan i takkan bagi detail i kat sapa-sapa yang tak dikenali.
Walaupun RM50 i burn gitu jer, tapi takpelah.
Janji i selamat.


Pengajaran : Kepada remaja-remaja di luar sana, jangan mudah tertipu tau. Jaga maruah diri.