Sunday, 22 April 2012

Hari yang tak patut dilupakan

Why am i typing this?
Sebab i pregnant baru 17 weeks, dan i start lupa, macam mana i tahu yang i pregnant.  =.=

Januari lepas, masa dari tengah-tengah bulan tu, i start sakit. Flu, batuk, cirit-birit.

Mula-mula i ingatkan biasa, sebab i memang kadang-kadang sakit tiapkali nak period.

Bila mengadu kat husband, dia suruh i makan ubat. Nasib baik i tak suka makan ubat jadi i memang tak makan apa-apa ubat pun.

29 Januari 2012
I dah lambat 6 hari untuk period. Jadi i ingat nak beli UPT. Memandangkan sebelum ni i memang dah berkali-kali beli UPT tapi asyik negatif jer jadi i tak harap apa-apa pun.
Pagi tu, i teman suami ke Larkin Sentral, i beli UPT walaupun reaksi suami macam..asyik beli UPT je bini aku ni.Nanti takde apa juga. Membazir je..
 I beli sebab 27hb (Jumaat), masa i kat ofis, abdomen i terasa sakit yang semacam.

30 Januari 2012
I terbangun pukul 3 pagi dan terasa nak kencing. Jadi i cepat-cepat capai UPT, dan check. DUA LINE!! I dah blur, siap gosok-gosok mata. Masa tu i ingat ntah-ntah UPT yang i beli tu dah expired.

Adakah i happy masa tu?
TAK! I takut!

I cepat-cepat kejutkan suami, dan bagitau dia.. Sayang, saya dah check. Dua line!
Dia pandang i, i pandang dia. 
First ayat dia.. Habis macam mana ni?
Dalam rasa pening-pening sebab terlalu terkejut,i jawab, Tak tahu..
I pun tak tahu kenapa reaksi both of us macam couple yang masih bercinta, belum kawin tapi tetiba pregnant?  =.=

31 Januari 2012
Kami pergi ke Guardian. Beli dua lagi UPT sebab masih tak percaya. Bila dah check, ok..positif..


1 Februari 2012
Kami ke Klinik Murni di Bandar Baru Uda. Then doctor scan. Kami tengok kantung baby. So, memang betul i pregnant.
Masa tengok gambar baby tu, i memang terasa nak nangis.

 Nampak tak yang kat tengah tu?

Terima kasih Tuhan..Kami gembira dan bersyukur sangat..

Semoga semua urusan kami dipermudahkan. Amin..