Monday, 16 April 2012

Diari 16 minggu

Ini egg bird kesayangan i..

Hai kengkawan.
Minggu ni kandungan i masuk 16 minggu.
Syukur baby sihat dan i harap sangat baby dan i terus sihat..
Walaupun hari tu doktor cakap uri i kat bawah, i cuma dapat doakan semoga semuanya selamat dan uri i akan kembali normal.

Masuk kandungan 4 bulan ni, i tulis sikit diari perkembangan i yer..

0-4 minggu
I kuat makan. Asyik makan jer. Masa ni i tak tahu lagi yang i pregnant.
Antara benda pertama yang i mengidam ialah tempoyak dan udang goreng butter.
Masa ni, muka i lawa lagi..Ececeh, bajet lawalah sangat kan?

5-8 minggu
Selera makan masih macam biasa.
Badan cepat letih.
Pagi-pagi kalau berus gigi,mesti muntah-muntah.

Berat pun naik tau. 75 kg!
Muka dah start kurang berseri, kulit macam makin gelap dan kusam.  =.=
Masa ni kat ofis, i selalu loya. Jadi selalu makan asam.
Time pagi,kaki i ada bengkak sikit.


Alahan
Tak suka bau minyak kapak (ni memang dari kecik lagi i tak suka)
Tak suka bau masakan. Suami masak, i pergi kurung diri dalam bilik.
Tak suka bau benda yang terlalu wangi. Semua losyen, perfume, pencuci pinggan, air freshener..semua i tukar.

9-12 minggu
Selera makan i turun.Asal makan,mesti tak abis.
Semakin cepat letih. Kekadang, duduk pun penat.
Masih ada loya sikit-sikit.
I dah ok, dah tak alah dengan bau-bauan tapi masalahnya i alah pada seafood pula. Dulu, before pregnant, i memang tak boleh makan seafood. Tapi masa baru pregnant, i boleh makan udang. Lepas 3 bulan, dah tak boleh dah. I makan terus gatal-gatal.

12-16 minggu
Selera makan memang takde. Asyik paksa diri makan jer.
Berat turun 2kg. Tapi badan memang mengembang.
Badan tetiba ada jerawat. Hadoiiiii!
Kaki dah elok dah.Takde bengkak.
Loya-loya dah hilang.  ^.^ 

Selalu penat dan tak larat.

Benda yang sedikit pelik ialah i tak tahan bila berada dalam lif. Sesak nafas.
Bila pagi-pagi i bangun tidur, kalau i tidur mengiring, perut i pun ikut senget sekali.

Oh, baby bump dah ada..  :)


Take care.