Thursday, 12 April 2012

Baby Story 15 weeks



Hai.
Hari ni tetiba rajin nak update pasal perkembangan diri sendiri.
Minggu ni genap 15 minggu i pregnant.  ^.^
Syukur,setakat ni semuanya baik-baik sahaja.

Perkembangan i setakat ini?
Hmm..semestinya i semakin berkembang. Terutamanya part pinggul.  =.=
Seluar yang dulu longgar giler, sekarang dah tak muat.
Jadinya i pakai seluar dan tshirt suami.


Baju pregnant?
I pakai masa kat ofis jer.
Perut pun belum besar sangat, jadi nak pakai tshirt yang besar-besar ni..boleh lagi.

Baby?
I belum rasa apa sangat.
Cuma masa i baring,memang tak selesa langsung.
Sakit kat sana, sakit kat sini.  =.=
Angkat barang sikit, dah penat.
Jalan lama sikit, dah nak pitam.
Lapar sikit, start pening-pening.
Naik tangga jer, dah termengah-mengah.
Pendek kata, i sangat mudah letih.


Tadi i pergi check up untuk kali kedua di klinik kesihatan. Jumpa doktor.
Berat badan i turun 2 kg. (i sangat tak expect akan turun berat badan sebab rasanya badan i makin besar)
Bila berat turun, maka next check up, i kena jumpa doktor lagi.
Doktor cakap kena makan bayam, hati lembu dan ayam,kurma..Hmm..masalahnya i tak suka makan hati.
Doktor scan baby. Siap tunjuk dengan i..ni,baby dah gerak-gerak ni.. (masalahnya macam biasa, i tak nampak apa pun.nampak kepala jer)  =.=
Tapi baby sihat, uri pun ok. Doktor cakaplah.
Doktor bagi asid folik je. Sedih i tau. Kedekut betul.
I expect i akan diberi vitamin,zat besi,kalsium..tapi dapat asid folik jer.  =.=


Lepas tu ambik darah untuk thalasemia.
Hadoi..4 kali kena cucuk. Sebab urat kecik.
I apa lagi..bila dah tengok darah cenggitu, maka i startlah pening-pening lalat dan nak pitam.
Muka pun dah pucat lesi.
Nasib i tak pengsan kat situ.
Dahlah sorang-sorang,kalau pengsan..tak taulah macam mana.

I rasa nak pergi scan lagi.
Dan jumpa doktor swasta.
Doktor kerajaan ni ok cuma tak detail. Jadi i memang tak puas hati.

Ok, take care.