Friday, 27 April 2012

Baby 17 Weeks



Hai.
Minggu ni, our little one is one week older in my tummy.   ^.^
Kesian orang kena baca (thanks so much tau) semua entri pasal pregnancy.
Macam aku sorang jer yang mengandung.
Erkk..janganlah fikir gitu.
Ini cuma cara i untuk share my thoughts jer.

Perkembangan i minggu ni?
I semakin berkembang dengan jayanya.
Lengan dah besar,pinggang dah besar,perut makin besar..
Sampai i cakap dengan suami, kenapa i gemuk sangat?sedangkan i takdelah kuat makan sangat pun.
Dia cakap hormon.
Tapi i risau sangat kalau lepas bersalin nanti pun masih gemuk..hadoiiiii!

Minggu ni minggu gaji.
So, suami dengan murah hatinya membelikan i sehelai maternity dress yang agak pricey.
Dia sendiri pilihkan i that dress.
How sweet! Thanks sayang!

Oh, i baca yang baby dah boleh dengar masa 17 minggu ni.
So, hari-hari i cakap dengan baby.
Suami pulak, time nak tidur je, dia salu say goodnite to the little one dan kiss perut i.
Tak sabar nak tengok baby lagi next month time scan.

Pergerakan baby?
Hmm..both of us tak tahu macam mana rasanya baby gerak.  =.=
Yes, perut i ada rasa benda cam gerak tapi pergerakan tu sangat lembut (rasa macam kena sentuh dari dalam).
Kalau suami pegang pun,kadang-kadang dia rasa gitu.
But again, kami tak pasti.

Semoga i dan baby terus sihat dan semoga semuanya dipermudahkan untuk kami.
Amin..