Tuesday, 3 April 2012

1 trimester sudah berlalu

Hi good people!



Rajin pulak update blog tengah-tengah malam camni.
Tadi masa tengah buat kerja kat ofis, i tiba-tiba terfikir..eh,bila next prenatal check up i?Dan paling penting..eh,baby dah berapa minggu yer?Ada ke ibu yang lupa anaknya umur berapa?
Apa nak jadilah dengan i ni?  =.=

Lepas check hp dan buku merah..ok, baby dah 14 weeks! 
My little one, dah lama juga ur mum bawa baby dalam perut kan...   :')

Hmm..i nak write down apa yang berlaku kat i masa trimester pertama.

Selera makan
Turun. Walaupun berat i naik. I sendiri pun tak percaya betapa i tak kuat makan macam biasa. Susah sangat nak habiskan makanan walaupun i paksa diri.

Loya
Memang ada loya,lebih-lebih lagi time nak berus gigi sampai i rasa macam takut berus gigi. Masa loya ni i dah terfikir..eh,betul-betul macam dalam dramalah. Tapi i bersyukur sangat, i hampir tak pernah muntah (kecuali time berus gigi) sewaktu 1st trimester ni. Cuma loya jer.

Baby bump
Ada.Walaupun kecik lagi, tapi boleh nampak. Serius, ni first time i rasa seronok bila tengok perut buncit.  ^.^

Mood
Oh, i memang ada mood swing yang dasyat juga sebenarnya. Lebih-lebih lagi dengan suami. Dia salah cakap sikit, i dah nangis macam drama queen. I tak nak ikut perasaan sebenarnya tapi benda ni sesuatu yang i susah sangat nak kawal. Tahap kesabaran i pun lebih rendah dari biasa. Senangnya i naik angin. Nasib belum sampai tahap melenting lagi.

Tidur
I suka tidur. Balik kerja jer, i mandi..pastu i tidur. Bangun pun tengah malam. Bila dah bangun tu, susah nak tidur balik.Tapi, nasib baik habit i dari kecik iaitu mesti bangun sebelum pukul 8 pagi tak kisahlah hujung minggu ke,i tidur lewat ke,apa ke..masih berkekalan.  :)


Barang baby
Kami suami isteri dah beli. Belum lengkap lagi tapi so far dalam 60% siap.


Kesihatan
I sangat mudah penat. Naik tangga sikit pun dah penat macam apa. Bila dah penat, mulalah pening nak pitam. So, i memang tak larat nak tawaf shopping mall macam biasa. Selalu sangat kalau pegi beli barang dapur, i duduk kat luar mall, suami pegi beli sebab i tak larat.


Yang pelik, i tak boleh nangis dengan teruk. Maksud i, nangis sebab kesedihan melampau (eh,ayat apa aku guna ni?). Sebab bila i sedih atau nangis dengan teruk..perut i sakit sangat. Risau betul i kalau apa-apa jadi kat baby. So, no more crying for me.


Badan.
I semakin gemuk.Punggung makin besar, peha makin besar, jari pun besar (i rasa dua tiga bulan lagi mesti cincin kawin i dah tak muat). Kenapa i makin gemuk sedangkan i makan macam biasa? =.=


Kesimpulannya, pregnancy ni taklah semudah atau sesusah yang i fikirkan. Sampai sekarang i selalu tak percaya yang i bawa baby dalam perut. Apapun, i doa semoga baby dan i sihat walafiat dan baby selamat lahir ke dunia ni.

Take care.