Saturday, 3 March 2012

Village Briyani Cafe, JB

Hai kawan-kawan!


Sori sebab lama i tak update.Nak cerita something yang simple jer. Tadi kami suami isteri pegi lunch di Village Briyani Cafe. Ini kunjungan kedua i, tapi pertama kali untuk suami. I memang niat nak ambil gambar banyak-banyak tapi i segan sebab tempat ni macam penuh dengan orang yang standard-standard,nanti kang kalau ada orang yang gila glamor ambik gambar flash sana sini, orang lain tengok, malulah i.   +.+

Bila duduk jer, waiter kat situ serve kami dan bagi plain water. Dia bagi masa untuk tengok menu dan bila dah buat pilihan, kita panggil jer diaorang untuk order.

I order two pieces plain nan dan keema mutton. Suami pula order Village Briyani Mutton dan ice chocolate. Dalam masa lebih kurang 15 minit,order kami pun sampai. Agak lama juga lah tapi environment kat cafe ni sangat comfortable, jadi both of us memang selesa.

Bila order sampai, i tunggu suami makan briyani dia dulu sebab dia agak cerewet part makan. Dia cakap sedap sangat..dan i bangga sebab i kenalkan tempat makan yang menepati citarasa dia walaupun i sendiri tak reti masak nasi briyani tu.

Tapi seriously,briyani dia betul-betul sedap. Tak memuakkan langsung. Suami i cakap, bawang dia (i tak tahu nama benda alah ni) dan kacang dhal dia pun sedap. Kambing dia lembut dan langsung takde bau kambing. Portion dia pun agak besar untuk i, tapi untuk suami, dia cakap just nice.

 Bawang yang suami i cakap sedap tu ialah benda warna putih dalam mangkuk kecil tu.


Keema mutton dia pulak sangat-sangat-sangat sedap. Walaupun dia ada campuran bunga lawang,cengkih dan segala macam tu (yelah,indian food kan?) tetapi i makan jer suma tu sebab takde rasa bunga lawang yang pahit dan berbau tu langsung. Portion dia besar, boleh share 2-3 orang.


Roti nan. Ini kali pertama i makan roti nan yang banyak. Sebelum ni i makan cuit-cuit sikit jer. Roti nan yang i order ni, teksturnya sangat lembut,pluffy..macam bread je. Bila makan dengan keema, memang perfect combination. Tapi i tak larat nak abiskan dua pieces..lagi satu tu suami abiskan.


Oh ya, iced chocolate dia sedap tau. First time i minum iced chocolate walaupun ambik suami punya. (gambar lupa nak ambik)

 Ini alamatnya kalau nak pegi situ.

Total kami spend untuk hari ni ialah RM46.50. Overall,kami berdua memang sangat puas hati dengan makanan kat sini. Kalau ada rezeki nanti, kami pasti datang lagi..