Wednesday, 7 March 2012

Risau Yang Amat

Hai kawan-kawan.


Masuk entri yang ni, i rasa i ada 8 entri yang i buat draf dan tak publish lagi.Sebab i tak letak gambar lagi. Adoila..Buat entri ni pun sebab nak merungut jer sebenarnya. Asal sakit hati jer, membebel kat facebook, asal geram jer mengadu kat blog.Yela,nak buat camna..nanti kalau i mengadu guna mulut, terkeluar kata-kata yang lagi tak elok berbanding kalau i menaip ni, kan tak bagus kalau baby kat perut ni dengar.. (please be a good baby, ok little one?) 

Sebenarnya dari last week, i banyak google pasal barang baby.Memang masih awal lagi tapi i ni kan jenis kelam kabut,pelupa pemalas orangnya,maka i fikir, eloklah kalau i ada plan awal. Kan?

Bila i dah jumpa checklist barang baby, i macam terkejut sangat.

Barut? Apa benda tu? Baby ada pakai benda tu ke?
Changing mat? Errrr...
Nasal aspirator?

I dah macam risau sangat. Banyak benda yang i tak tahu lagi sebenarnya. Rasa macam muda sangat pula. Oh, i memang muda sebab baru 24 tahun. Kekekeke... 

Lepas tu, part mengandung pula, i tak boleh tidur meniarap macam dulu sebab suami risau baby dia terpaksa menampung berat badan si emak ini, kena minum susu hari-hari walaupun i malas, kena makan ikan (asyik skip je sebab i tak suka ikan), kena makan buah (tak suka jugak). Hmm...

Baju pregnant pun i tak beli dan malas nak beli. Sebab i tak larat nak jalan-jalan. Mungkin beli kat online jer kot. Aritu dah beli sehelai blouse kat thepoplook. Itu jelah benda yang i dah beli. Bukan i tak excited tapi i masih cuba sesuaikan diri dengan keadaan i sekarang.

Selalu sangat letih, pening, rasa badan masuk angin, rasa tak sihat, sensitif. Sampaikan orang buat salah sikit, i punya geram tu boleh bertahan 1-2 jam sedangkan dulunya i cool jer.

Tapi semua kesukaran tu rasa berbaloi bila tengok baby kat dalam tummy time scan.  :')

Apapun,i akan belajar. Macam masa memula kawin dulu, i ni tak reti masak langsung. Sekarang, bolehlah kot kalau setakat nak isi perut. 

But again, kepada yang belum merasa lagi tu, jangan ingat pregnant ni is just a piece of cake.  You feel it yourself, then baru boleh judge i okey..

Have a good day!