Friday, 9 March 2012

Lauk Dari Sarawak

Hai.

Oh, petang Khamis semalam, i dengan rasminya memasak lebih dari 1 lauk sejak i mengandung. Kesian betul kat suami tercinta.

Rabu lepas, i teringin nak makan ikan terubuk masin. Maka i paksa suami minta tolong mak dia poskan ikan terubuk tu ke sini. Semalam dah sampai. Yea! Jadi petang tu, balik kerja jer, i tumbuk pucuk ubi dan goreng sayur manis. Both dari Sarawak.

Pucuk ubi tumbuk? Jangan pelik yer. Pucuk ubi,kalau dimasak gini memang sedap giler owh! I sebenarnya masih kurang pandai masak masakan ni. Even kalau mak i masak pun, i rasa tetap tak sedap. Paling terer masak ni ialah auntie i. Ntah macam mana dia masak tapi memang sedap.


Ini pucuk ubi yang belum ditumbuk.Kena tumbuk sampai lumat tau.


Selepas ditumbuk dan sedia untuk dimasak.



Next sayur manis. Kat JB ni,kalau kat kedai, takdenya sayur ni segar bugar. I pun tak tahu sebabnya. Last sekali ikan terubuk masin. Ikan masin ni masin sangatlah pulak. Nyesal i tak rendam dengan air lama-lama.

 Ini sayur manis.Orang Sarawak panggil cangkuk.Tumis dengan telur je pun.

Inilah ikan terubuk masin yang famous amos tu. Kalau pegi Sarawak,wajib try tau.Goreng sikit jer sebab makan berdua kan..

Kesemua masakan i hari tu.Simple sangat.

Walaupun simple, kami suami isteri sangat menikmati masakan tu. Suami siap makan guna tangan lagi. Pastu dia cakap kat i..kalau saya makan guna tangan,maknanya masakan tu sedap.  :')   Tapi, bagi i,sedap bukan sebab i terer masak,tapi sebab semuanya fresh..


Thanks to mum-in-law sebab kirimkan semua ni.Terubat rindu kami tak balik setahun.