Thursday, 8 March 2012

Kisah Sebuah Motosikal

Hi good people.

Malam tadi kami suami isteri pergi ke KSL sebab kawan i cakap ada baby ekspo kat sana.I ingat nak survey barang baby.Sampai jer kat situ, memang ada sale tapi bukan barang baby. +.+    Takpelah. Kami beli sedikit barang kat Tesco dan balik. Jam dah pukul 7 lebih dah.

Masa on the way balik tu, baru jer limpas Holiday Plaza, tetiba suami cakap..

Aduh, tayar pancit.

Kami guna motosikal sebab nak mengelak kesesakan lalu lintas dan i pening kalau naik kereta lama sangat. Suami suruh i balik guna teksi dulu. Kalau dulu, i memang balik jer terus (yes,perkara sama pernah terjadi dulu) guna teksi tapi semalam, i pun tak tahu kenapa i tak sampai hati nak tinggalkan dia. Pembawaan budak agaknya.

Maka kami pun berjalan. Dia tolak motor, i ikut kat belakang sambil pegang dan usap-usap perut. Dalam hati i berdoa baby kuat dan takde apa-apa walaupun kena jalan naik turun bukit. Suami beberapa kali tanya keadaan i tapi i jawab jer ok walaupun i penat. I tahu dia lagi berganda-ganda penat. Jadi i memang langsung tak merungut atau tayang muka penat. Senyum je tiapkali dia tengok i.

Suami kena tolak motor camni. Kesian dia.

Untuk memburukkan keadaan, motor tu pancit di kawasan perumahan Cina..banyak anjing oiiii..  Then setelah berjalan hampir sejam (i rasa dah penat sangat naik jalan berbukit kat Hotel Grand Paragon tu),maka kami sampai kat area Menara Pelangi. Kat situ pulak banyak hotel bajet. Memandangkan i jalan jauh ketinggalan di belakang, i dah macam jalan sorang-sorang.

Maka, lelaki-lelaki di luar hotel tu pandang-pandang i semacam. Risaunya dalam hati i, takut tetiba ada yang tanya..harga satu malam berapa?  +.+  (bajet lawa sangat lah tu..hehe)

Apapun, akhirnya semua pun selamat dan okey. We both penat sangat tapi benda dah berlaku kan.. Pasrah jelah..

Take care.