Sunday, 11 March 2012

Kisah Di Hujung Minggu

Tadi pegi window shopping dengan suami di Jusco Tebrau.


Niat i nak tengok baju pregnant sebab sekarang walaupun baby bump i belum ketara sangat,tapi kebanyakan baju-baju i hanya tinggal muat-muat saja kat badan.Kat JJ tu memang ada banyak kedai ibu mengandung tetapi masalahnya.....

Kenapa saya tengok baju-baju tu macam bukan saiz awak jer?

Tengok,laki aku pun perasan! =.=

I pun tak faham kenapalah banyak kedai jual baju pregnant untuk saiz kanak-kanak camtu?Hanya tambah bahagian perut jer.Tahukah korang bahawa banyak lagi ibu-ibu mengandung yang berbadan comel di luar sana?

Ok,lupakan pasal tu. Tadi juga i tanya suami i masa tengah lunch.

Wifey : Sayang, awak tahu tak ada blogger tu,saya baca blog dia..laki dia sampai menangis bila tahu dia pregnant. Awak takde pun?

Hubby : Habis awak nak saya menangis ke?

Wifey : Takdelah camtu.Hehe..Saya dengar orang cerita,bila diaorang pregnant, suami diaorang jerit-jerit sebab happy..excited semua tu..tapi awak biasa jer..

Hubby : Alah,benda tu kan normal. Dah kita 'buat', awak pregnant. Lojiklah. Lainlah kalau kita tak buat apa, awak tetiba pregnant, mungkin jugaklah saya menangis ke..menjerit ke..

Wifey : =.=

Apa boleh buat, suami i memang jenis yang tak reti nak menunjukkan perasaan. Tapi i tahu dia suka sebab nak ada baby.Semoga baby kami sihat,selamat,sempurna dan seterusnya jadi manusia yang baik..Amin..