Sunday, 18 March 2012

Johnson's Baby Soft & Shiny Shampoo

Hi readers! Ini bukan review tau, ini bebelan semata.


Sekarang ni ialah musim malas i.So i sedang berusaha menukar produk-produk yang i gunakan kepada 2 in 1,3 in 1 dan banyak lagilah yang in 1. Kalau boleh nak semua masuk dalam satu produk.

Dulu, rutin harian i adalah seperti ini. Pagi i shampoo rambut. Lepas tu letak conditioner. Setiap tiga hari, i guna hair mask. Tapi rambut tak juga cantik. Masih juga camtu. +.+  Tak kisahlah kan,yang penting i make an effort untuk jaga rambut. Sekarang i dah malas. Maka i shampoo rambut jer. Conditioner..dalam 2-3 hari sekali. Hair mask..seminggu sekali. Makin hodohlah rambut i ni.

 So i pun terfikir,kan best kalau ada shampoo+conditioner YANG MURAH. I mula-mula nak pakai shampoo himalaya tapi shampoo himalaya kat Giant semuanya botol besar. So, kebetulan i lalu rak Johnson's dan ternampak shampoo ni. Maka i ambillah. Harga pun murah. Tak sampai RM10.

I dah pakai dah..

Apa yang i suka ialah rambut i rasa lembut macam i pakai conditioner (betullah kot dia ada campur conditioner dalam shampoo ni).

Apa yang i tak suka ialah buih dia kurang sangat (i know its a good thing tapi i lagi suka kalau banyak bubble) dan bau dia macam madu. Sebijik bau madu. Sampai i risau kalau semut confuse ingatkan rambut i ni makanan diaorang.Nasib bau dia tak lama.

Apapun, ianya bukanlah something yang merugikan i. I sukakan shampoo ni dan akan continue pakai selagi i tak bosan.

Okey, take care!