Thursday, 22 March 2012

Citer Peknen.. :)

Hai. 


Sorrylah sebab blog ni dah jadi blog ibu mengandung pula.Bukan apa, i takut nak try produk-produk baru sebab risau kalau ada effect pada baby. (sebenarnya memang malas nak bermekap segala pun sekarang ni).

I cuma nak share amalan makanan i semasa mengandung sekarang ni.Yelah, i tinggal berdua jer dengan suami. Takde orang tua. So, apa yang i buat atau amalkan, i buat ikut suka hati i jer.

Minum air soya 
I tahu ada yang cakap minum soya bagus sebab nanti kulit baby putih.Tetapi i baca, memang kulit baby cantik tapi fragile.Maksudnya, kulit jadi macam kulit kami adik beradik.Ada ekzema. So, i memang tak minum soya,makan tauhu dan benda-benda camni.

Minum air kelapa
Doktor cakap jangan minum air kelapa di awal kehamilan. Nanti keguguran. Yelah,fungsi air kelapa kan macam membersih.  Dulu i tak tahu jadi i minum sebab nak baby berkulit cantik dan bersih. Nasib baby ok je.Sekarang,kalau i terasa nak sangat, i minum juga..tapi sikit jelah.

Durian
I baca,orang cakap tak boleh makan durian.Tapi masa baru pregnant (dalam 5 minggu), i teringin sangat nak makan tempoyak. Jadi i makan juga. Lepas tu, i dah tak makan lagi durian sampai sekarang.

Susu
I minum susu sebab suami cakap kalsium tu sangat penting.Dalam sehari, i pastikan i ada minum susu. Tapi susu kotak jelah sebab i malas nak bancuh susu. I minum susu low fat.

Nanas, tomyam, limau nipis
Doktor cakap tak boleh makan tiga benda ni sebab tajam.Nanas i ada makan sikit sebab aritu i makan pizza yang ada nanas tapi i makan sebab tu nanas dalam tin,dah diproses dan dimasak.Dan i makan sangat sedikit.Tomyam dan limau nipis, i memang tak sentuh langsung.

Kurma
Dalam sehari,i pastikan i ada makan sekurang-kurangnya sebiji kurma. Orang cakap, bagus untuk otak baby.

Selain tu, i tak angkat barang lebih dari 10kg, i elakkan dari penat sangat dan paling penting i memang takkan buat diri i stress sampai orang sekeliling boleh stress tengok betapa i ni tak ambil pot semua benda.Contoh situasi :

Bos suruh buat something urgent.

I relax jer. Dalam hati cakap, apa kes nak paksa aku.Nak cepat sangat, buat sendiri.


Orang lain mengadu masalah kat i.
I cuma bagi nasihat suruh sabar..bla..bla..kalau dia tak nak dengar, i cakap jer, kalau susah sangat nak hidup, baik tak payah hidup jer.


Jahat tak i?Apa boleh buat..kalau i stress,nanti perut i sakit. I pun tak tau kenapa.Paling i risau,kalau i tertekan, i kena high blood pressure, kena admit..bos dan orang-orang yang buat i stress tu paling-paling pun cuma lawat i dan bagi buah-buahan. Sungguh tak berbaloi!