Tuesday, 20 March 2012

Buku Merah Sudah Siap! :)

Hai.

 Pinjam gambar kat google.  :)

Hari Khamis lepas iaitu 15 Mac 2012, i pertama kali pegi klinik kerajaan untuk check up.Sehari sebelum pergi, i dah buat checklist dah nak kena bawa apa semua.Kecoh kan?Pegi klinik pun nak ada checklist.Bukan apa..sebab i dengar macam-macam benda pasal check up kat klinik kerajaan ni.

Apa yang i prepare?

Bekas urin - I punyalah risau i tak boleh kencing kat klinik,pastu nurse marah. Adoila..mau aku menangis nanti.

Sijil kahwin - Ada yang cakap kena bawa sebab takut nanti baby tu takde status.Hmm..ye ke?Apa pun,i bawa juga.

Bil - Untuk mengesahkan alamat rumah. I tak pasti ni perlu ke tak tapi i bawa juga sebab i sentiasa lupa alamat rumah.  =.=

Wet tissue - In case toilet kat klinik kotor.Ni wajib bawa especially when you are pregnant.Make sure kalau masuk toilet,bersihkan dulu sebab kita tak nak sakit kan?

IC - Penting!!

Suami - Orang cakap kena bawa tapi dia teman i sejam jer,lepas tu i suruh dia balik sebab kesabaran menunggu dia sangatlah rendah dibandingkan dengan i.Buat aku stress jer tengok dia stress.

I pegi ke Klinik Abdul Samad, Johor Bahru.Dengan pakaian yang longgar sebab i takut nurse marah i guna baju ketat.Nak tahu apa yang betul-betul diperlukan?

Kad pengenalan, alamat, nombor ic suami (yang ni i hafal 100% so i tak perlukan suami dalam perkara ini), tarikh kawin (ok,kena rujuk sijil sebab i lupa.nasib ada bawa),wet tissue dan duit (untuk beli makanan sebab nanti lapar).

How is my check up?

Sebelum pergi, i makan kurma dua biji dan minum susu. Untuk tenaga.

Lama juga i kena tunggu tapi takpelah.I tak kisah pun.Nurse kat klinik tu baik sangat-sangat. Semua pun baik. Macam tak caya pula i tengah berada di klinik kerajaan.

Mula-mula ambil nombor giliran.Then buat buku merah. Nurse tu interview pasal kita. Pasal sejarah kesihatan kita dan keluarga, kerja, suami merokok tak, tinggi dan berat,pernah keguguran ke..benda-benda basic camtulah. Nurse cakap,buku merah kena bawa ke mana-mana. Kalau hilang,kena repot polis sebab tu consider second ic.

Lepas tu nurse suruh i buat urine test.Nasib i ada terasa nak kencing so semuanya ok. Kemudian, dia uji tekanan darah.

Then tunggu lagi untuk ambil darah. Sebab nak check untuk HIV, Hepatitis, Talasemia..benda -benda gitulah.Yang ni i sangat risau sebab i takut kena suntik. Lagipun mami i cakap, nanti nurse akan cucuk guna jarum besar..lepas tu ambil darah sebotol.Sebotol ok?Abislah darah aku! Mami siap cakap, nanti kau confirm pitam. Uwaaa..dahlah i sorang je.

Masuk bilik nurse jer,nurse belek-belek..pukul-pukul sikit tangan i..lepas tu dia cakap..

Dik,vein awak ni kecik sangatlah. Akak tak nampak, tak rasa apa pun.

I jawab jer..'saya tahu.selalu jer camni'.. sebab tulah i takut. Tak pernah kalau sesiapa nak ambik darah i,cucuk sekali jer terus dapat.Mesti ada problem punya. =.=

Nurse tu cucuk sekali,tarik picagari tu..then hasilnya,darah i tak keluar pun. Hanya setitis dua. 

Sakit tak?Susahlah ni dik.Dah pakai jarum paling kecil pun tak boleh.Kita cuba ye.Jangan risau.Kita doa dia (vein) nampak.

Nurse belek lagi tangan i.At last jumpa juga. Dia cucuk tapi i tak rasa sakit apa pun. I tengok sendiri tangan yang kena cucuk tu. Eh, tak sakit pun?? I siap tanya nurse lagi..kenapa tak sakit? Nurse senyum ajer.

Paling penting,nurse ambil 10ml saja, guna jarum yang paling kecil dan i tak rasa nak pengsan pun. Drama jer cerita my mom ni. +.+

Last sekali,jumpa nurse lagi sorang. Nurse ni check keadaan badan i. Check perut, payudara,explain tentang breastfeeding (yes,i want to breastfeed the little one!). Then bagi i date untuk next check up. Next check up ni, i akan jumpa doktor dan baby akan discan.  ^.^

I can't wait to see you again next month, little one!Please be strong,be good and take care ok..

p/s : I mula rasa jadi mom-to-be taklah seseronok yang i tengok kat novel atau dalam drama tu.Banyak dugaannya tapi i cuba bersabar. After all, kat badan i ada nyawa lain..lojiklah i kurang selesa kan?