Thursday, 23 February 2012

Makanan Ibu Mengandung

Hai kawan-kawan!


Selepas ini, mungkin i akan kurang menaip entri berkaitan kecantikan sebab i sangat-sangat malas nak bersolek sejak akhir-akhir ini. The good news is i am pregnant. Syukur sangat. Jadi akan banyak entri pasal pregnancy kot.

Bila disahkan mengandung, i banyak membaca tentang makanan yang baik untuk ibu mengandung. I taip sikit apa yang i tahu yer..

Coklat dan anggur
Ini mami i cakap. Supaya kulit baby cantik. I tak tahulah betul ke tidak tapi kulit adik bongsu i memang cantik, takde masalah ekzema macam anak-anak mami i (termasuk diri sendiri) yang lain.

Susu
Berfungsi untuk pembentukan tulang baby.I ada beli susu Dumil Mama.Sebab dari pembacaan i,banyak yang cakap susu jenama A****M tu kurang sedap.Sepatutnya kena minum dua kali sehari, tapi i minum sekali jer sebab malas. Tu pun i campur dengan oat supaya bila malam, i kenyang..jadi tak payahlah tengah-tengah malam tu i tak boleh tidur sebab kelaparan.

Kurma
Semua orang tahu yang kurma ni sangat baik tapi i belum berkesempatan membeli kurma lagi. Apa pun, i akan pastikan i akan beli kurma dan makan setiap hari. Resepi terbaik, blend kurma dengan susu dan minum. Tengoklah kalau i rajin.  +.+

Kismis
I dah makan sekali jer.Manis sangat.Baik i makan kurma.

Ikan
I sangat tak suka makan ikan. Dahlah banyak tulang..isk! Tapi ikan ni bagus supaya baby bijak. Jadi i paksa diri makan seekor ikan seminggu.Kan bagus i tinggal kat Sarawak. Kat sana banyak ikan sungai..fresh..yang tu i suka.

Kekacang seperti almond dan gajus.
I suka tapi mahal dan takde masa nak makan. Kalau beli,kena bawa gi ofis,letak atas meja.Kalau tak,sampai bila pun tak abis.

Tauhu, soya bean..
Supaya kulit baby putih. (Ye ke?) I minum jugak soya bean tapi jarang-jarang.Makan tauhu tu memang terlalu jarang lah. Takde maknanya i nak masak tauhu. Dahla memang tak berapa suka.

Buah-buahan dan sayur-sayuran
 I akan makan buah di rumah kalau encik suami tolong potongkan dan i akan beli buah-buahan potong yang selalu jual kat kedai runcit tu.Setiap hari i akan pastikan i makan buah. Selalunya jambu,epal,pear..Sayur-sayuran pulak i memang tak suka tapi i pastikan dalam seminggu i ada makan sayur sekurang-kurangnya sekali.

Air kosong
I sangat risau kalau i terkena jangkitan kencing kotor (pregnant lady selalu sangat kena jangkitan ni). So i akan pastikan dalam dua hari i habiskan sebotol mineral yang ada 1500 ml tu. Tu jerlah yang i mampu.

Okey...setakat ini sahaja bebelan i hari ini. Take care.