Saturday, 25 February 2012

Kisah Kasut Baru

Hai!

Kalau perempuan lain biasanya ada berbelas-belas pasang high heels,selipar..i pula cuma ada sepasang kasut at one time.Itulah yang i pakai untuk pergi kerja,untuk bershopping dan untuk ke mana sahaja.

Sebabnya..i tak minat kasut dan i tak suka pakai heels sebab badan i berat.Sakit kaki bila pakai heels.Pastu nanti berjalan macam orang nak patah pinggang.Tak faham kenapa ada sesetengah perempuan yang obviously nampak tak selesa guna kasut tinggi tapi masih juga nak pakai.

 Semalam i dan suami pegi ke Plaza Angsana.Niat i memang nak beli sandals sebab sandals yang i guna sekarang dah tak selesa di kaki i disebabkan kaki i sedikit bengkak di waktu pagi.I memula nak beli kasut Comfit Bata tapi kedai Bata kat Angsana tu punyalah kecik,takde pilihan langsung. I survey jugak kasut Scholl, rata-rata harganya RM148..mahal.Sebab biasanya i akan tukar sandals setiap sebulan atau dua bulan sekali jadi tak berbaloi rasanya.


I cari sandals yang konsepnya camni supaya selesa sikit bila kaki i membengkak.

Jalan punya jalan (fuh..nasiblah Plaza Angsana ada 7-8 kedai kasut di level yang sama), akhirnya jumpa juga sandals yang i cari.Jumpa jer,terus cakap kat salesgirl tu yang i nak saiz 9 (kaki i panjang ok,bukan besar!!!)..Nasib ada.So here is my new sandals.  ^.^



Lepas beli,terus pakai sebab kaki dah start sakit akibat jalan lama sangat.

Okey,setakat ini sahaja edisi membebel kali ini.Semoga kasut ni tahan lama dan selesa.