Wednesday, 1 February 2012

Johnson's Body Care

Hi good people!

Tahukah anda bahawa i adalah pengemar losyen yang sangat tegar?Dan i ada banyak sangat losyen. So,meh i review sikit losyen terbaru yang i guna.


Naturally White Daily Lotion untuk siang dan Daily Calming Lotion untuk malam.

Kandungan
 Daily Calming Lotion

Naturally White Daily Lotion

Harga
Kedua-dua losyen ini berharga dalam RM15 sebotol. Harga kira berpatutan.Boleh guna lama.

7/10

Tahap Kelembapan
Kedua-duanya bukan the best moisturising lotion tetapi its not that bad either.Sekarang keadaan kulit badan i tidak terlalu kering jadi kejadian seperti kulit i tiba-tiba mengelupas di ofis setakat ini jarang sangat berlaku bila guna losyen ni.

7/10

Kadar serapan
Terlalu mudah menyerap sampai i tak tahu i ada pakai losyen ke tidak. Yang ni i kurang suka sebab i suka losyen yang melekit-lekit untuk meyakinkan i yang i guna losyen.

4/10

Bau
Naturally white daily lotion mempunyai bau yang i tak suka tapi i boleh tahan lagi.I tak faham kenapa losyen tak wangi langsung dan berbau pelik.Nasiblah bau tu akan hilang dalam 3-4 jam.

Daily Calming Lotion mempunyai bau seperti lavender yang agak kuat tapi tahan lama. Wangi. I suka pakai.  ^.^

6/10

Kesan
Naturally white daily lotion memang sangat berkesan (sebab tu i terpaksa tahan bau dia yang pelik tu). Kat lengan i ada parut tapi baru guna losyen tu sebulan dua,parut tu dah hilang.I suka sebab losyen ni menyamaratakan tona warna kulit.Tapi ianya tidak mencerahkan kulit..cuma bagi warna kulit kita sekata..Oh ya,losyen ni ada SPF8.
Daily Calming Lotion..bau lavender memang menenangkan,so i boleh kata losyen ini agak berkesan tapi hasilnya terpulang pada individu.

8/10

Keseluruhannya,pada pandangan i, kedua-dua losyen ini adalah losyen yang bagus dan i suka. Untuk beli semula, i tak pasti sebab i bukanlah pengguna losyen yang setia.  ^.^

Markah
32/50.