Thursday, 12 January 2012

Review Maybelline Make Up Remover

Hi good people!

I nak review pasal make up remover terbaik yang i pernah guna iaitu Maybelline Make Up Remover for Eye and Lip.



Sebelum ni i guna olive oil jer untuk remove make up tapi olive oil tu berminyak sangat (yelah,nama pun minyak zaitun kan?) Jadi berkat kerajinan i blogwalking,i pun trylah maybelline ni. I beli dengan harga RM11.90 di Watsons sebab ada offer.

Kebaikan make up remover ini ialah ianya langsung tak berminyak dan sangat-sangat berkesan menanggalkan mekap yang waterproof camna sekalipun. Yang lagi best, walaupun terkena mata, mata kita tak rasa pedih (sebenarnya tak rasa apa-apa pun) Bestkan?

Masa mula-mula pakai i memang terkejut sebab tak sangka best sangat benda alah ni.Pastu kutuk diri sendiri sebab kenapalah selama ni tak beli benda ni..

Macam mana nak pakai?
Goncang-goncangkan sebelum pakai, biar air warna biru tu bercampur dengan air jernih.Pastu tuangkan pada cotton pad, dan removelah mekap seperti biasa. Tak perlu tenyeh kuat-kuat pun sebab mekap memang akan tanggal dengan effortlessly..

Sedikit tips..
Produk ni dibuat untuk menanggalkan solekan mata dan bibir jadi kalau nak tanggalkan sekali solekan kat muka tu, i rasa tak elok kot. I pernah baca olive oil takkan clog skin kita sebab molekulnya lebih besar tetapi minyak dalam mekap remover ni i tak pasti boleh clog skin ke tidak. Jadi tak payah nak buat eksperimen dengan kulit sendiri ye..

Jatuh cinta tahap?
10/10.
This is just too perfect. Highly recommended!