Monday, 23 January 2012

Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub

Pergh! Tajuk panjang betul,penat menaipnya.

Oh,hi good people! Happy Chinese New Year!


Rasanya semua orang tahu yang skrub muka ni pentingkan?I biasa guna skrub dalam seminggu sekali iaitu setiap Sabtu.Sekarang,i nak share skrub yang i pakai buat masa ni.I beli skrub ni dalam 3-4 bulan yang lepas di Guardian. I suka sangat dengan pencuci muka Neutrogena jadi i ingatkan skrub dia pun best. Ternyata i silap.

I malas nak cerita panjang lebar sebab i tak suka skrub ni.Dia claim to help effectively eliminate blackhead tapi i cuma boleh cakap..IYO LAH TU!! Bintik hitam i masih tersergam kat hidung ni hah.Takde beza pun.

Lepas pakai skrub ni,kalau tak cepat-cepat tepek toner yang melembapkan kulit dan pelembab muka, muka i ni nak senyum pun tak boleh.Ketat jer.

Sikit jer yang elok pasal skrub ni iaitu lepas pakai muka rasa licin tapi kalau i sental muka guna homemade skrub pun,hasilnya sama jugak. Jadi kebaikan ni taklah mengagumkan. Oh,harga dia pun agak murah. Dalam RM16 camtu kot..untuk 100 g. Selain tu, (okey, yang ni agak mengagumkan).. biji-biji skrub dia tak terlalu besar,jadi kulit muka i takdelah rasa sakit.

Pendek kata,jangan harap i nak beli skrub ni lagi.

p/s : sekarang i tengah mencari skrub muka yang sesuai.i ingat nak beli never a dull moment origins face polisher (harganya sepanjang namanya jugak) tapi mahal. ada tak sesiapa boleh suggest skrub yang best?

Ok,take care.