Tuesday, 10 January 2012

Nasi Ayam Penyet Terbaik Di JB

Hi good people!

Lama sangat i tak buat entri mengenai makanan..sedangkan i love food more than i love skincare product and make up..Okey,i tak nak buat entri meleret sebab bosan.Meh i listkan 3 tempat terbaik di Johor Bahru untuk menikmati nasi ayam penyet, my favourite food! Ini adalah berdasarkan selera kami suami isteri dan kengkawan i yer..  ^.^

The best!

I takde gambar nasi.Tapi trust me,yang ni memang sedap.

Restoran Lesehan/ Bersila

Nasi ayam penyet dia sangat-sangat sedap sebab isi ayam dia lembut sangat tapi crispy,portion pun besar,kriuk-kriuk dia sedap sangat,nasi yang digunakan adalah dari beras yang mahal,sup dia pun sedap dan yang paling terbaik adalah sambal belacan dia.Serius sedap.Dalam seminggu,kami suami isteri wajib pegi sini sekurang-kurangnya sekali.

Tempat ni pun unik sebab kita boleh makan sambil bersila.Restoran ini terletak di atas kedai mamak,sebelah 7 Eleven di hadapan Plaza Pelangi.Tips i,kalau nak makan pesan nasi extra sebab nasi dia agak sikit tapi ayam dia banyak. Oh ya,restoran ini tutup setiap Sabtu ye..

Harga RM7.00 sepinggan.

Tempat kedua


Restoran ZZ di belakang Hospital Sultanah Aminah

Nasi ayam penyet dia ada sambal ayam percik,tu yang buat dia sangat sedap. Sup dia,i tak suka. Ayam dia, lembut tapi tak selembut kat Restoran Bersila. Sambal dia, sangat sedap. Oh,nasi dia agak banyak tapi dia gunakan beras yang murah. Ayam dia agak kecil kalau nak dibandingkan dengan dua kedai yang lain.Nasi ayam penyet ni takde kriuk-kriuk.

Harga RM6.50-RM7.00 sepinggan. 
(lupa sebab lama tak makan kat situ)

Tempat ketiga


Nasi Ayam Penyet Ria di Plaza Angsana

Ayam dia sedap dan lembut, kriuk-kriuk dia memang yang terbaik. Tak payah bagi ayam pun takpe asalkan bagi kriuk-kriuk tu banyak-banyak.Portion dia bolehlah tahan.Sup dia, reject. Sambal dia pun sedap,tak pedas sangat.



Udang penyet dia pun sedap, i suka!

Masalah utama nasi ayam penyet kat kedai ni ialah mahal.Nasi je RM2, sup kosong RM1.50, ayam penyet RM7.50.. hah,untuk satu set jer dah RM11. Jadi sungguh tak berbaloi walaupun kriuk-kriuk dia sangat sedap.

Till then!