Thursday, 5 January 2012

Nak K-POP Boleh..Tapi....

Hai kengkawan!

Sila bayangkan situasi berikut :

Di saat anda sedang menikmati makanan yang tak sedap bersama pasangan anda,tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak muda dengan imej kpop.Rambut fesyen pelik,lelaki bawa handbag,baju pelik dan pakai spec yang bingkai saja tu..


Kalau muka diaorang comel (selalunya perempuan-perempuan yang nak follow kpop trend ni memang looks cute dan adorable,which i don't mind) tapi kalau lelaki?

This is cute.
I tak kisah pasal fesyen ni tapi i betul-betul terganggu bila benda-benda yang berikut terjadi..terutamanya kepada lelaki-lelaki.I listkan yer..

Imej kpop tapi kulit macam tar jalan raya kat kampung I.Dahlah berlubang,penuh dengan kulit mati pulak tu.Ada ke artis kpop kulit cenggitu?Nak glamour tapi malas menjaga kulit.Sekurang-kurangnya cucilah muka tu.

Perasan macam dia hero drama korea.Adoyai..ini kisah benar tau.I nampak dengan mata i sendiri,si lelaki kpop ni memeluk gf kpop nya dengan erat..pastu buat muka stim sambil pejam-pejam mata.Stress mata ni menengok!

Bila dia tengok artis kpop ni kulit putih halus pakai eyeliner,dia pun nak jugak.Pakai eyeliner,pastu nak jugak pakai bedak muka (mesti mak/kakak dia punya).Masalahnya,warna bedak tu selalu sangat lebih putih dari kulit muka,pastu berkecapuk sebab kulit lelaki kan biasanya kasar..Buruk yang amat!

So please lelaki-lelaki kpop sekalian..make sure kulit tu lawa sebelum nak ikut trend ni sebab nanti korang boleh menyebabkan pencemaran mata kepada orang lain tahu?

Kalau nak mekap,belajar dulu.Tengok youtube.Jangan main suka hati tepek saja.

Sekian,terima kasih.