Friday, 20 January 2012

Nak Hidup Sihat (kononnyerlah!)

Semalam masa jenjalan dengan suami kat Giant, i pun bercerita dengan penuh semangat tentang misi baru i.


Wifey
Mulai arini saya nak makan sayur dan ikan jer. No fastfood, ayam, daging..sume tu tak nak.
(sambil buat muka meyakinkan macam menteri bagi ucapan)

Hubby
Awak kan tak makan ikan? Sayur lagilah awak tak suka. Awak kan karnivor.

I diam jelah. Macam setuju jugak dengan apa yang suami cakapkan tu.Pastu bila limpas Cool Blog....

 
Wifey
Wah,saya nak coolblog cendol..
(dah terbayang alangkah sedapnya gigit-gigit pearl yang sedap dan chewy tu) 

 Hubby
Eh,tadi cakap nak sihat.
Wifey
Yelah,lupa..


Bila limpas Mekdi pulak, i dah teruja tengok gambar Prosperity Burger kat depan kedai.Kalau i sinchan, i dah nganga-nganga mulut sambil air liur jatuh berjuraian.Nasib i bukan sinchan.Maka i pun pandang-pandang suami.Tapi belum sempat i cakap apa-apa....

Hubby
No no...baru jer tadi nak cakap nak hidup sihat.
Wifey
T_T

Baiklah,sekian terima kasih.