Team Cantik

Monday, 2 January 2012

BB Cream Yang Paling Best

Hai kengkawan!


Memandangkan demam Korea sedang hot di Asia ni,maka semua produk berkaitan Korea pun hot jugak dan one of them ialah blemish balm cream atau bb cream.Jadi,seperti yang dijangka,i pun terpengaruh jugak (T_T).Masa mula-mula mencari bb cream, i ingat nak beli Maybelline jer sebab murah tapi disebabkan SA kat Sasa Airport Senai tu sangat baik, i pun belilah bb cream yang mahal sikit.

Ambik gambar dengan plastik SASA lagi..   :)


SA tu recommend Dr Gowoonsesang atau nicknamenya Dr G Brightening Balm with SPF 30 PA ++, masa i beli memang tengah ada sale, buy 1 free 1. So i dapat dengan harga RM69 untuk dua tiub, berbaloikan?Shadenya ada sejenis sahaja (seperti kebanyakan bb cream yang lain) tapi i tak risau sangat pasal colour sebab kulit i jenis apa-apa colour sama ada berunsur pink atau kuning,akan sesuai dengan i.Sedikit penerangan mengenai bb cream ni :
Dr. G Hydra Intensive Blemish Balm SPF 30 PA++ (BB Cream) contains hydrophilic and lipophilic ingredients, each of these unique formulations works on a cellular level to help face skin achieve and maintain a clearer, healthier look.

Dr. G Hydra Intensive Blemish Balm is with Sun Protection Filter 30 PA++, ideal as a daily makeup base or sun block.
Hah,inilah rupanya.Sila abaikan kaki comel kat bawah tu ye.
Buy 1, free 1.  ^.^

Camna i pakai?
I guna sikit jer bb cream ni,pea sized kata omputih..then sapu-sapu kat muka biar sampai rata.

Gambar dari google tapi i biasa pakai banyak ni.

Kalau i tak lambat nak pergi bekerja,rutin i camni..mandi-pencuci muka-toner-moisturiser-eye cream-bb cream (sebagai base makeup) - make up.


Kalau lambat dan malas pulak,mandi-pencuci muka-toner-moisturiser-eye cream-bb cream. Siap!

Tapi i takdelah pakai tiap-tiap ari. Selalunya kalau i tak sempat/malas mekap jer i pakai bb cream.

Penutup dia camni.

Review i?
Bila dah pakai,pori-pori dan bintik hitam di muka i memang tertutup dengan hanya satu application.Untuk dark circle,memang tak dapat nak cover sepenuhnya tetapi dapat menyamarkan.Macam concealer.Jerawat tu i tak pasti dapat cover ke tidak sebab muka i belum ada jerawat lagi (ish...syukurlah). Dia memang akan bagi that flawless effect yang kita nakkan.

Experience i..kalau dah guna bb cream,tak payah guna concealer untuk cover dark circle sebab terlalu banyak benda diletak kat bawah mata will actually make your dark circle more obvious.

Pastu,bb cream ni sejenis mekap jugak jadi kena pastikan muka kita dibersihkan macam kita guna mekap biasa at the end of the day.Kalau tak,nanti jerawat.

Apa yang best pasal produk ni?
Oil control dia memang superb.I start pakai dari 7 pagi,sampai 5 petang..memang muka tak berminyak langsung.Even kalau i keluar,balik sampai 9 malam,muka masih jugak camtu.Stay matte all day.      ^.^

Mekap memang tahan lama bila i gunakan bb cream ni sebagai make up base.

Dermatology tested. Even kulit i super sensitif tapi i tak alergik pun pada bb cream ni.Produk ni mengandungi grape citrus, i memang alergik pada produk yang ada citrus tapi syukurlah,produk ini tak memberi apa-apa kesan negatif pada kulit muka i.

Mencerah,menyamaratakan tona warna kulit untuk effect yang flawless. Sebenarnya 3 perkara ini boleh dihasilkan dengan menggunakan foundation dan concealer jugak tapi bb cream ni ada healing property berbanding dengan barang-barang mekap tu yang fungsinya cuma untuk menyembunyikan cela di wajah.Bb cream pula berfungsi untuk menyembunyikan cela di samping membaikpulih kulit muka.   ^.^

Boleh dapat nude mekap look dengan satu produk saja.Bila pakai benda ni,kulit kita nampak cantik..orang takkan puji..eh,cantiknya mekap awak arini..tapi orang akan cakap..eh,cantiknya kulit awak..   ^.^

Senang sangat nak apply. Tekstur cream ni just nice (tak terlalu cair dan tak pekat),senang sangat nak apply.Muka pun tak cakey atau kelabu.Nampak a better version of our own skin.

It doesn't clog your pores. 

Apa yang i tak suka?
Erk..harganya kot??Kalau selalu ada less,oklah tapi ikut lojik,i takkan spend sampai RM69 untuk satu produk muka.Tapi tak payah risau sangat sebab sekali pakai sikit jer,boleh tahan 2-3 bulan pun satu tiub ni.

Jatuh cinta tahap?
10/10.
This is just perfect. Setiap perempuan yang selalu busy dan tak sempat nak mekap,wajib ada satu.

9 comments:

  1. uhuhuhu mahalnyee bb cream nie . Banyak dah produk bb cream kat pasaran kan , tak tau mana satue elok

    ReplyDelete
  2. Cik Ana : haah..memang mahal tapi berbaloi sebab guna sikit jer dah ok..banyak sangat bb cream orang jual tp i salu baca,org cakap bb cream dari korea yg terbaik..

    ReplyDelete
  3. sy ni lelaki?kalo pkai krim ni wajib pakai make-up ker?n lps pkai, die kekal kt muka cam make-up ker?cmne nk buang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki tak payah kot guna bb cream.sebab nak cuci kena guna make up remover/pencuci muka yg elok.bb cream ni macam mekap..lekat kat muka.. :)

      Delete
  4. kat mne nk dapatkan bb ni eh?

    ReplyDelete
  5. eh boleh tahan harga..rm69 dapat 2 tiub..nak pegi sasa lah pasni..ngeee

    ReplyDelete
  6. nak try...kira boleh tahan lagi harga ni... :)

    ReplyDelete
  7. macam besttt je review ni, saya belum pernah dengar lagi tentang produk Mr G ni. macam bestt. boleh consider nak beli hehehe :)

    ReplyDelete
  8. mostly what i had noticed... tak smestinya prmpuan perlu jga pernmpilan.. mcm i sndiri as a guy.. i will always makesure everyday after and before go bed to clean my face. and i suggest this bb cream is truely give out a superb effective.. ive tried this...
    mistine bb cream most powerful for me.. truely my skin from oily, acne on my cheeck, fore-head, dull , but that was before i use it.. now its totally change my life.. my skin perfectly the same as the korean guy's skin.. perfectly more whiter, clean, soft and importantly is my skin free from blemish..

    ReplyDelete