Saturday, 28 January 2012

BB Cream Etude House

Hi ladies!


Entri ini i dedicate kepada Cik Reensyarinie memandangkan dia minta i buat review mengenai bb cream etude house ni.I dapat etude house bb cream ni as a free sample.I adalah penggemar bb cream sebab i tak confident lagi nak pakai liquid foundation. So, ini sedikit pendapat i mengenai bb cream ni dari beberapa segi.
I suka bb cream ni sebab kulit sensitif i tidak memberi sebarang reaksi alergi pada bb cream ini dan tahap SFP dia adalah tinggi iaitu SPF30 PA++.


Hasil eksperimen i.

BB Cream sahaja.


Coverage
Coverage dia boleh tahan. Dari 10, i bagi 6. Boleh hide pori-pori i,bintik-bintik hitam dan bagi effect kulit licin. Tapi jerawat tak boleh cover ye.

Oil control
I start pakai dari 7 pagi. Dalam pukul 10, T-zone i dah start oily. Kulit i jenis combination.

Tahap lasting
Muka i nampak ok dalam masa 3-4 jam sahaja. Lepas tu, muka i nampak macam tak pakai apa-apa mekap dah.Dah takde effect kulit ala-ala kpop dah.

Tekstur
BB cream ni sangat cair kalau dibandingkan dengan Dr G BB Cream kegemaran i.Bila dah terlalu cair, i tak boleh nak agak amount yang betul untuk i guna. Akibatnya, i guna lebih banyak dari biasa.

BB Cream + Two way cake

Coverage
Coverage dia boleh tahan. Dari 10, i bagi 8. Tapi mungkin ini disebabkan peranan two way cake tu.

Oil control
Muka i tak berminyak dari pagi hingga ke petang.

Tahap lasting
Lasting sampai ke petang.
Pada pendapat i, bb cream ni tidak amazing dan kurang berbaloi untuk dibeli sebab harga asal dia agak mahal. Dalam RM46 camtu kalau i tak silap. Jadi, setakat ni i akan cakap bb cream Dr G masih yang terbaik.

Tapi ini semua pendapat i berdasarkan kulit i. Setiap kulit orang adalah berbeza kan?

Take care!