Thursday, 29 September 2011

Review Biore UV Aqua Rich Watery Jelly SPF30/PA+++ 90ml

Hai kengkawan!




Kali ini i nak tulis pasal Biore UV Aqua Rich Watery Jelly SPF30/PA+++  in 90ml.I akan buat review secara Q&A ya..Dan i rasa after this semua barang kecantikan yang i akan review,i akan review secara Q&A jugak..


Kenapa i tetiba nak beli sunblock ni?
Well, sebab utamanya ialah tentulah sebab i tergoda dengan review-review best yang blogger lain berikan pasal this product (i memang sangat cepat terpengaruh).Secondly sebab i ada beli moisturiser yang tiada SPF.Please take note tau, kita kena pakai sunblock bagi mengelakkan kulit kita gelap dan kusam.


Tambahan pulak, dia claim sebagai No.1 sunblock in Japan. (Asal produk No.1 kat Jepun je i beli.Strategi pemasaran yang berkesan.  (n_n) )




Sedikit info pasal produk ni..


Suitable for face and body application, Biore UV Aqua Rich Watery Jelly provides effective double protection with SPF30 to block harmful sun rays. It is enhanced with a unique Water-retaining System to lock in moisture while hydrating skin at the same time with its cool watery texture. The jelly is non-sticky and non-greasy while it spreads easily on skin, leaving it soft and light so skin feels refreshed and relaxed.


p/s : Memula ingatkan nak translate ke BM tapi risau nanti maksud i tak sampai pulak.Info ni tertulis di belakang produk.Harga asal ialah RM32.90 tapi I beli dengan harga RM31 sebab i ada membership Watson.


Apa yang i suka pasal produk ni?


Harganya sangat berbaloi-baloi.



Botolnya yang berwarna putih nampak clean sangat,saiz botol yang just nice dan bau yang tidak terlalu kuat.Produk ni memang cepat menyerap dan tak menyebabkan muka i berpeluh lepas guna.Guna sikit jer dah boleh cover muka i yang besar ni.


Produk ini mengandungi Grapefruit Citrus yang merupakan salah satu bahan untuk mencerahkan tetapi tidak akan menyebabkan photo-sensitivity (maksudnya kulit jadi sensitif terhadap cahaya matahari tau).Penerangan ini dibuat setelah i ingat photo sensitive ini ialah bila mata i jadi silau masa nak ambik gambar sebab ada flash.Lepas i fikir-fikir balik perkataan 'fotosintesis' ('foto' dalam perkataan fotosintesis tu bermaksud cahaya), baru i sedar maksud sebenar 'fotosensitif'.  I really think that i've misplace my brain.As always. (n_n)


Produk ni mengandungi Hyaluronic Acid yang sangat bagus untuk orang yang berkulit kering macam i.


Bila dah apply,muka rasa cam sejuk jer..cam ada mint pulak kat muka.


Apa yang i tak suka pasal produk ni?
Produk ini tidak waterproof so kalau nak pegi bersukan dengan produk ni,mungkin kurang sesuai.Tapi kalau yang duduk menghadap komputer je 24/7 dan yang jenis tak berpeluh macam i,sunblock ni consider ok.


Bila dah apply,muka nampak berminyak (since skin i jenis sangat kering,so i tiada masalah dengan produk-produk camni).Then after 5-10 minutes,barulah produk ni menyerap dan kulit i nampak biasa jer,tak oily atau kering.


I mengambil masa yang lama untuk bersiap bila pakai produk ni. (Sudahlah memang jenis lambat bersiap.Aiya!)


Produk ni ada alkohol.I pernah dengar alkohol akan menyebabkan jerawat tapi i tak pernah sangka alkohol akan menyebabkan i alergik jugak.Lepas 2-3 hari pakai,kat pipi i tetiba ada bintik-bintik merah macam ruam/jerawat.Bila i stop pakai,dalam sehari jer,bintik-bintik merah tu hilang. Adoi...sahlah i memang tak boleh pakai benda ada alkohol.Tapi,i akan keep on trying sebab i sangat yakin this is a good product.  (Sebenarnya tak boleh terima hakikat dah tersalah beli produk.)


Jatuh Cinta Tahap ?
3/5.I tak pasti sama ada akan beli lagi atau tidak.

Tuesday, 27 September 2011

Senarai Katakan 'Ya' dan 'Tidak'

Hai kengkawan..

I nak share a few do and don't dalam rutin seharian kita berdasarkan apa yang i sendiri telah lalui.Sebagai panduan kita bersama kiranya supaya kita semua cantik-cantik belaka.Tapi macam biasa,ini semua pengalaman i sendiri,i pun tak pasti sama ada akan berkesan untuk orang lain atau tidak.

- Jangan minum air yang berwarna, minum air putih sahaja.
Sebenarnya i pun ada jugak minum air yang berwarna ni (teh ais,teh o ais,pepsi..ok,tu jer air berwarna yang i biasa minum) tapi seboleh-bolehnya elakkan sebab i perasan bila i kurang minum air,bibir i jadi merekah.

Minum at least 1000ml sehari.


- Jangan suka menggaru badan.
I memang ada masalah gatal-gatal kulit badan (badan jer tau,bukan muka.so far,muka i elok lagi) sejak 2-3 tahun jadi i memang selalu tergaru-garu.Tapi bila benda tu dah berlarutan,jadi tabiat pulak.Akibatnya,badan i sangat banyak parut.Sangat banyak.  (n_n)    (Kalau ada yang ada produk atau tips nak hilangkan parut ni,please inform me..)


- Jangan asyik menyentuh muka.
Dulu i sangat menjaga tangan i dari menyentuh muka sebab i tahu, tangan ialah anggota badan yang paling banyak terdedah kepada kuman.Tapi sejak kebelakangan ini, i tengok cermin dan sentuh muka.Akibatnya,wajah  yang dahulunya licin,sekarang ada jerawat yang kecil-kecil.Nasiblah tak obvious sangat.

Tambahan pula i tak boleh guna hand sanitizer sebab benda tu biasanya anti bakteria.Semua produk yang anti bakteria akan menyebabkan kulit i gatal dan makin kerng.  (n_n)


- Jangan suka bertukar produk kecantikan.
Ini ialah larangan yang paling-paling penting untuk i sebab hobi baru i ialah membeli produk untuk cantikkan muka.Memang ada yang bagus,tapi ada jugak yang tak sesuai untuk i.Bila tak sesuai, kulit muka i jadi kusam dan yang paling penting,tak licin.

Cara i cuba mengatasi masalah ini ialah dengan membeli produk yang dahulunya sesuai pada kulit i (berlaku banyak pembaziran di situ) dan berhenti menggunakan produk-produk yang tak sesuai untuk i.Tapi seriously,it is so hard untuk i menghentikan hobi baru ni.

 
- Jangan beli produk sesuka hati.
I faham sesetengah orang cepat sangat tergoda untuk membeli produk-produk macam contact lense,beauty product (macam i ni),slimming product dan banyak lagi barang secara online atau bila ada offer.Kalau nak beli baju,perfume,kasut,buku..takpelah sebab paling teruk pun,akan kena tipu jer.Tapi produk untuk muka /badan/mata ni,side effect dia sangat teruk tau.Mungkin orang lain tak kisah kalau muka dia mengelupas atau berbintik-bintik tapi i sangat-sangat concern.So,please be careful.

Kalau rasa nak shopping jugak,boleh shopping kat sini sebab barang-barang dia natural so sekurang-kurangnya effect yang akan kita dapat (kalau ada.biasa i guna,takde apa side effect pun), takkan jadi sangat teruk.

Contact lense pulak, i tak faham macam mana orang boleh beli lenses kat pasar malam (contoh jer ni).Sila beli benda-benda camtu di kedai cermin mata yang bertauliah.

- Buat sedikit research dan baca label.
Bila nak beli apa-apa,sila google terlebih dahulu.Tengok review dari orang lain.Paling penting,baca label dahulu.Jangan tengok iklan dia best,packaging dia cantik,ada offer yang murah giler, kita beli jer produk tu.Bagi yang berkulit kering dan sensitif macam i,dalam apa i beli,i cuba elakkan salicylic acid,SLS,paraben dan alkohol.Tapi ada jugak produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut i beli.Elakkan..bukan tak boleh beli langsung.



- Jangan tidur dengan solekan di muka.
Unless kita ialah Marilyn Manson, sila buang semua solekan di muka sebelum tidur di waktu malam.Solekan ini termasuk maskara waterproof,bedak muka,BB Cream,krim kecantikan (bukan pelembab yer) dan macam-macam lagi benda yang kita tepek kat muka tu.Remove it properly,guna make up remover atau macam i,i guna olive oil.


Katakan lepas kita mandi malam, kita keluar jalan-jalan tapi kita sekadar pakai pelembab muka jer..bila kita balik,kita kena cuci muka jugak sebab kotoran-kotoran yang kita dapat masa kita jalan-jalan tu boleh menyebabkan jerawat.

Tapi jangan asyik cuci muka dengan pencuci muka tu berkali-kali.Dua kali sehari dah cukup.Kalau yang beragama Islam tu dan kena cuci muka 5 kali sehari, cuci pakai air jer pun dah okey.
 
 Marilyn Manson.Giler scary!

- Jangan suka gigit bibir atau basahkan bibir dengan saliva
Nanti bibir kita nampak buruk,kering dan merekah.Kalau kita terbuat jugak,cepat-cepat cuci dengan air.


- Berhati-hati dalam membeli deodorant.
Mungkin ada orang yang tak kisah pasal ni tapi nampak buruk sangat kalau ketiak hitam.Lagi-lagi kalau pakai singlet.Jadi,jangan suka nak bereksperimen dalam membeli deodorant sebab kalau ketiak dah hitam,susah nak putihkan.

Masa mandi,rajin-rajinlah menyental ketiak tu.


- Jangan suka menongkat siku atau melutut.
Ni sangat penting jugak.Ada sesetengah orang  (i pernah ada tabiat camni),suka sangat menongkat dagu sambil letak siku atas meja.Takpun pegang buku atau apa-apa jer sambil letak siku atas meja.Jangan buat camni.Nanti siku kita lebam/hitam.Dan i pun tak tahu macam mana nak hilangkan kalau ni jadi.Tak pernah dengar pun krim pemutih siku.So,kepada yang ada tabiat camtu,sila hentikan ya.Masa mandi,skrub bahagian siku jugak.


Selain tu,melutut.I faham ada sesetengah masa,kita perlu melutut.Dan i pun selalu melutut tapi i akan pastikan,setiap kali i melutut,lutut i ada alas.Janganlah melutut terus kat simen/lantai.Nanti lutut hitam.Buruk sangat kalau pakai seluar pendek/skirt.

- Elakkan berdiri terlalu lama.
Perasan tak ada sesetengah orang,kaki dia banyak urat yang timbul?Ini disebabkan dia berdiri terlalu lama di sesuatu tempat.Ada orang yang perlu bekerja sambil berdiri di sesuatu tempat yang lama jadi kesian sangat kat diaorang ni.Jadi kalau kita ada pilihan, cuba elakkan stand still lama sangat ok?

Baiklah,itu sahaja entri i kali ni.. (images credit to Google)

Stay beautiful everyone!

Wednesday, 21 September 2011

Cantikkah kita?

I miss being told i am pretty..

Sound sangat terdesak?Sebenarnya i baru dapat sms dari bestfriend i tentang ayat tersebut sebab i tak terfikir pun.Tapi,bila i fikir balik, yes..i miss being told i am pretty.Orang yang paling dekat dengan i mengatakan bila lelaki memuji seorang perempuan,niat dia tak ikhlas.Pendapat i pulak,tak kisahlah orang tu ikhlas ke tidak tapi apa yang penting, bila seorang perempuan itu dipuji cantik, it will make her day.I tak tahu pula apa lelaki rasa bila dipuji sebab i bukan lelaki.

Bila kita (lelaki) ada pasangan (perempuan) ,dan kita keluar dengan pasangan kita tu, kita boleh nampak yang pasangan kita bersolek,pakai baju cantik-cantik (kadang-kadang sampai sanggup iron baju),pakai perfume,pakai heels..tak terfikirkah wahai lelaki untuk mengucapkan terima kasih sebab bersusah payah untuk kelihatan cantik?Dan susah ke nak cakap..Sayang,awak nampak cantik hari ini..atau Sayang,thanks ya.Susah-susah u cantik-cantik untuk i.. It means a lot kalau diucap. A LOT. So,kalau nak puji,jangan simpan dalam hati.Luahkan.Tak pernah i dengar memuji itu satu kesalahan. (Tapi jangan pulak engkau cakap..hey girl,nice boobs la..Itu memang confirm lah salah)

I bukan nak mengutuk sesiapa,bukan nak menyindir sesiapa tetapi i cuma terfikir, how hard it is to show that we appreciate orang yang kita sayang?

Her looks mungkin tidak cantik di mata sesetengah orang sebab definisi cantik setiap orang tu berbeza tapi kita semua cantik in our own way kan?



Blogger yang sangat cantik.Definisi cantik bagi i.Credit gambar pada blog Si Cantik ini..


Tetapi, bila tiada sesiapa lagi mengatakan kita cantik wahai my girlfriends..atau mungkin ada yang tak pernah dipuji cantik..senang saja. Macam i,i cakap jer diri i cantik. Yelah,nak tunggu orang puji macam susah jer jadi lebih baik kita perasan cantik.Pedulilah apa orang nak cakap, janji kita happy.Lagipun kita semua memang cantik sebab kita ni ciptaan Tuhan.Mesti Dia cipta makhluk-Nya cantik-cantik belaka kan?Tapi jangan terlebih perasan pulak.. (n_n)

 Ada orang pernah cakap,muka i ada iras dia ni..perasan sekejap.  (n_n)


And yes, we beautiful no matter what others say..Take care!

Sunday, 18 September 2011

Resepi Umai Udang

Hai kengkawan! I nak share satu lagi resepi iaitu Umai Udang..this is one of my favourite dishes.Sebenarnya kebanyakan masakan yang masam dan tidak mengandungi sayur selalunya is my favourite.  (n_n)  I sangat menggemari udang sebab I tak boleh makan udang.Yelah,bukankah benda yang kita tak boleh lakukan ialah benda yang paling best untuk buat? Umai ni makanan tradisi kat Sarawak.My mum selalu buat tapi dia selalu guna ikan tenggiri.I pula tak kenal rupa ikan tenggiri tu dan malas nak tanya peniaga, so I guna udang..Dan ini adalah kali pertama I buat umai..
Oklah,ini resepi I berdasarkan apa yang I ada di peti ais.I memang tak guna cili besar atau bawang merah sebab I memang takde dan tak pernah beli pun.After all,bukankah menyediakan makanan ini sepatutnya menyenangkan kita dan bukannya menyusahkan?
Bahan-bahannya :
500 g udang (I guna udang besar yang berwarna kelabu)
2 ulas bawang putih
2 biji cili padi
15 biji limau kasturi (ambil perahannya sahaja)
Garam dan perasa (ni optional.i tak guna sebab MrHubs jaga pemakanan)
Cara-cara :
Mula-mula bersihkan udang sebersih-bersihnya.Buang kotoran yang kat atas badan udang,buang kulit udang,kepala udang..Pastu potong udang tu kecik-kecik.Kira bahagi seekor udang kepada 3 bahagian.
Nampak tak gunting tu?I potong udang guna gunting yer,bukan pisau sebab lagi senang.And be careful masa bersihkan udang sebab tajam.

Then tumbuk bawang putih dan cili.
Last sekali,masukkan udang,bawang putih dan cili yang ditumbuk dan air perahan limau nipis ke dalam mangkuk dan gaulkan.Kalau nak masukkan perasa dan garam,lagi sedap.
Simpan dalam peti ais untuk sekurang-kurangnya 2 jam.
Boleh makan!
Oh ya,MrHubs tak nak makan sebab udang tu belum dimasak katanya.Tapi the truth is,udang tu dah masak tau sebab ada air limau tadi.Tapi untuk memuaskan hati semua orang,I rebus udang tu terlebih dahulu.Selain guna udang,boleh jer guna ikan tenggiri (paling sedap!) atau obor-obor.
Baiklah,itu sahaja dari I untuk kali ni..Selamat mencuba!

Friday, 16 September 2011

DIY Tabung Syiling Comel

Hai!Hari ni I nak cerita sikit apa projek I bersempena dengan cuti umum Hari Malaysia ni.Rasanya banyak yang suka simpan duit syiling kan?I pun suka dan sebab utama I simpan syiling ialah I sangat excited masa I tukar syiling tu.Rasa macam dapat hadiah..So untuk meningkatkan semangat I bagi menyimpan lebih banyak syiling,I pun terfikir nak buat my own piggy bank.Sebelum ini I simpan syiling dalam gelas yang I beli kat Mc’D jer..   (n_n)
Dan cam biasa,I memang suka buat entri yang meleret-leret..
Meh tengok bahan-bahan yang I perlukan..
Bekas potato chip Pringles – cuci bersih dulu tau.nanti bukan syiling jer ada dalam ni,semut pun tumpang sekali..

Gambar-gambar dari majalah favourite I – I gunting gambar ni dari CLEO.
Gam,gunting,pisau dan permanent marker warna hitam


Sticker – yang ni optional tau..

Cara-cara I buat piggy bank i :
Mula-mula I tebuk lubang kat penutup Pringles ni.I ukur guna duit 50 sen sebab duit 50 sen yang paling besar.Then untuk bagi illusion konon I tebuk macam lurus dan sekata (walhal I tebuk lubang senget menget due to tangan I ni suka shaking),I gariskan dengan marker di sekeliling garisan lubang syiling tadi.
Kemudian,I gunting gambar-gambar yang I suka dari majalah CLEO.
Bila dah puas hati,I tampal jer gambar tu kat bekas Pringles.Masa nak tampal gambar ni,kena guna kekreatifan sikit.Pastikan gambar ni menutup badan bekas Pringles tu.
Bila dah selesai, I perasan ada beberapa bahagian kat bekas ni masih kelihatan so I pun tampal sticker.Sticker ni selain untuk menutup ketidaksempurnaan hasil tangan I,ianya jugak dapat melekatkan gambar-gambar tu dengan lebih bagus. Yela,mesti ada bahagian gambar tu yang tak digam dengan sempurna kan?
Comel tak sticker I?I memang suka PowerPuff Girl sebab diaorang comel!I dah lama beli sticker ni tapi tak tau nak lekat kat mana sebab I ada sedikit kerisauan digelar terlebih childish.  (n_n)

Then lastly,to make this piggy bank completely mine,I letaklah sticker nama I dan MrHubs kat sini.I dah buat sticker ni for almost 3 years tapi I tak pernah guna jugak sebab it looks silly.Dan I pun tak nak orang cakap..”eee..macamlah dia sorang ada laki kat dunia ni..” Please don’t hurt my feeling by saying that.. (n_n)
Siap! Piggy bank ni hanya ambik masa I dalam sejam lebih jer dan yang paling penting,it makes me happy..

Sekarang,syiling i dah boleh pindah rumah..


Till next time!!


Thursday, 15 September 2011

Review Hada Labo SHA Moisturising Lotion

Kali ini I nak review pasal Hada Labo SHA Moisturising Lotion.I first dapat tau pasal brand ni hasil blogwalking jugak.Kat sini i nak cerita pasal apa effect moisturising lotion ni kat i.Sebelum tu,i nak inform kulit muka i punya condition.Kulit muka i jenis kering (even kalau i baru habis mandi,dalam 15 minit jer..kulit i dah start menggelupas kalau i tak pakai pelembab),then muka i takde jerawat (thanks kepada gens my parents)..Bintik putih & hitam?Confirmlah ada.I bukan amoi yang kulit lawa macam telur baru dikupas tu.

Kulit idaman

Bagi yang tak tahu,Hada Labo SHA Moisturising Lotion ini bukan losyen badan yer sebab dalam kamus kecantikan Jepun (produk ini berasal dari Jepun dan dikatakan Hada Labo SHAMoisturising Lotion ni sold 1 in every 4 seconds in Japan!!)  ,lotion ini bermaksud toner.So,i use this as a toner,produk kedua yang i gunakan selepas pencuci muka.


 
Kalau nak tahu,dari apa yang i baca,penggunaan toner ini sangat penting sebab ia akan memastikan moisturiser yang kita guna lebih effektif.Kira toner ini macam base kepada moisturiser so that the moisturiser berfungsi dengan lebih berkesan. (Fuh!Punyalah susah nak menjelaskan something).

Sebelum ini i dah guna 3 jenis toner iaitu Eskinol (mengandungi alkohol,i stop pakai lepas i tahu alkohol tak elok untuk kulit),toner Simple & Shurah (kedua-dua toner ni takde apa-apa effect pada kulit i).Bila bercakap pasal toner,i expect something yang akan menyegarkan kulit i saja,i tak expect pun lebih-lebih until i've found Hada Labo Sha Moisturising Lotion ni.


How do i use my Hada Labo SHA Moisturising Lotion?

Masa mula-mula pakai,i start with 2 drops,tapi selepas beberapa percubaan,i gunakan 10 drops for each use.10 drops is just perfect untuk muka dan leher i.Then,i tekapkan lotion tu ke muka.Kena tekap-tekap sampai lotion tu meresap ke dalam kulit.Then,bila dah selesai,kita akan rasa bouncy feeling on our skin..

Tekstur dia agak licin..See,colourless kan?

Oh ya,bila kita pat lotion tu pada muka,janganlah kasar sangat macam nak menampar diri sendiri sebab tak elok untuk kapilari darah kita.Rasanya kita tak nak muka kita nampak line-line kapilari kan?Just pat it slowly guna tapak tangan,there's no need to rush. Haba dari tapak tangan kita akan mempercepatkan lotion ini meresap.

I love..

It contains Super Hyaluronic Acid (SHA),which twice the moisture retention capacity of Hyaluronic Acid.Kalau nak tahu,Hyaluronic Acid ni sangat-sangat baik untuk orang yang berkulit kering macam i sebab ianya memberi kelembapan kepada kulit.

Skin pH balanced,free of mineral oil,alcohol,colorant and fragrances.Bila dia cakap free of fragrances,selalunya produk yang i guna,mesti akan ada sedikit bau tapi yang bagus pasal Hada Labo SHA Lotion ni odourless,memang betul-betul tiada sebarang bau atau warna.Macam air mineral jer..

Even ni cuma toner jer,tapi lepas pakai tu,i betul-betul rasa muka i sangat moist.Bukan saja moist,tapi siap ada 'toing-toing' effect.Ni first time i rasa muka i camtu.

Botol Hada Labo ini sangatlah friendly user sebab bila kita nak tuang lotion tu,kita just titiskan dan lotion tu akan keluar setitis demi setitis.So,macam i..i kira jer titisan tu sampai 10,then siap!

Since i pakai moisturising lotion ni,muka i dah tak menggelupas. 

And yes, i've found my best toner!
I hate..

Harganya yang sangatlah mahal untuk poket i yang tak berapa nak tebal ni.  (n_n)  Hada Labo SHA Moisturising Lotion ini berharga RM40.90 (this is my most expensive skin care product ever tapi bila tengok hasilnya,i tak menyesal menghabiskan duit i.alah membeli,menang memakai kan?)

Mungkin sesetengah orang tak suka the fact yang kita kena ambil masa yang sedikit lama (dalam 2-3 minit) untuk lotion ni betul-betul meresap but i tak kisah langsung.After all,itu muka kita..Bukan muka orang lain.

Jatuh Cinta Tahap : 5/5 (i akan continue guna this lotion) 

Gambar-gambar kredit kepada Google..I tak dibayar sesen pun untuk review ini,i saja jer nak share dengan kengkawan.Dan apa yang i reviewkan adalah hasil kepada kulit i sendiri,untuk kulit orang lain,i tak tahu..

Setakat ini sahaja review i untuk kali ini.Take care!

Monday, 12 September 2011

I'm Having A Bad Day

Sila bayangkan situasi ini.Korang balik kerja,badan penat sebab seharian korang busy sangat..then bila sampai depan rumah,korang tengok benda kesayangan korang dirosakkan?Apakah perasaan korang?
Benda ni la jadi kat aku petang tadi.Baru jer minggu lepas aku bersusah-payah menanam aloe vera aku,petang ni aku balik tengok aloe vera aku banyak yang dah patah,ada yang sampai tenggelam dalam tanah,ada yang tercabut akar dan yang paling aku rasa macam speechless sangat,siap ada najis kucing dalam tu.Pastu,selipar dan kasut semua bersepah-sepah.
Ikut rasa hati,nak jer aku ketuk rumah jiran aku yang bela kucing 3 ekor tapi tak reti nak jaga tu,pastu marah-marah dia.Aku bukan nak emo tak tentu pasal tapi kucing dia dah merosakkan tanaman pertama yang aku tanam,membuang depan rumah aku dah berkali-kali (kali ni dalam pasu aku pulak,kucing tu ingat pasu tu toilet bowl agaknya)
Tapi untuk sesiapa yang kenal aku..pasti akan tahu yang aku takkan sampai ati nak buat camtu.Sebab tu aku selalu kena buli,selalu jadi mangsa..
Tak apalah,mungkin apa yang terjadi tu sebagai balasan atas banyak dosa yang aku dah lakukan.
Setiap kali benda yang buruk terjadi pada kita,sentiasalah beringat akan betapa banyaknya kesalahan yang kita dah lakukan.Kalau Tuhan nak ambik sikit nikmat yang dia berikan,terimalah dengan hati yang terbuka.Jangan persoalkan,jangan pertikaikan.
Bila kita dah dewasa ni,parents kita mungkin jauh atau mungkin tak ada untuk mengajar kita,jadi sama-samalah kita berusaha untuk mendidik diri sendiri agar kita tak dikatakan kurang ajar.
Dalam semua nasihat yang aku terima,satu jer yang aku sedaya upaya pegang dari kecil sampai sekarang..Nasihat ni aku dapat dari sendiri setelah aku melihat banyak benda yang berlaku di depan aku.
Pada setiap tutur kata..berusahalah untuk berkata yang baik-baik sahaja supaya aku tidak dikata kurang ajar.Dan jangan sekali-kali memanggil orang lain sebagai ‘kurang ajar’ walau apa pun kesalahannya sebab itu satu penghinaan untuk ibu bapa orang.
Di setiap langkah..berhati-hatilah agar tidak tersilap kerana sekali aku melangkah,aku tidak boleh berpatah balik lagi.Kalau boleh,lakukan perkara sebaik mungkin agar tidak mengecewakan orang lain.
Dalam setiap tindakan,sentiasalah beringat yang aku seorang perempuan,anak sulung,cucu sulung dan kakak yang sulung..Maruah keluarga terletak di tangan aku.Dan aku perlu menjadi contoh yang baik untuk adik-adikku.Apa yang paling penting,aku berusaha seboleh-bolehnya untuk menjaga maruah diri kerana aku tidak mahu keluarga aku mendapat malu.
Perkara yang aku akan ingat sampai bila-bila?
Masa aku darjah 6,ada cikgu English aku (Teacher Benjamin) sangat berharap aku akan dapat 5A,atau sekurang-kurangnya dapat A dalam subjek English.Aku jadi murid kesayangan dia untuk sepanjang tahun.Dan bila result UPSR keluar,aku hanya dapat 2A3B,dapat B jer untuk English.Masa tu aku tak tau yang Teacher ni berharap aku dapat A sampailah Guru Kelas kami waktu tu bagitau aku..’’Kenapalah kau dapat 2A je?Semua cikgu kecewa.Lagi-lagi Cikgu Benjamin.” Aku ingat perkara itu sampai saat ini.Dan aku masih rasa bersalah sampai saat ini sebab mengecewakan orang yang mengharapkan aku.

Ok,sekarang aku sedih.Till next time!

Sunday, 11 September 2011

Review Ice Spring Ceutical Mask

Hari ni i nak buat review tentang peeling mask yang i sangat-sangat suka..Actually i first dapat tau tentang mask ni dari si cantik Skema Itu Hot.Since i tengok muka dia gojes giler,so i pun belilah Ice Spring Ceutical Mask ni (nampak sangat senang dipengaruhi).Gambar-gambar ni kredit to Vanity Talks page..


Mask ini ada 7 jenis perisa.Harga pun 2.50 sekeping,memang sangat-sangat affordable.Apapun,kat sini i cuma akan review mask yang i dah guna jer okey..

Jasmine Ice Spring Ceutical Mask.Bau mask ini tidaklah sekuat mana,which is good sebab i bukanlah penggemar bau jasmine.I pakai waktu malam masa tidur dan bila bangun jer,muka i super moist dan rasa licin.

Orange Ice Spring Ceutical Mask.Hmm..im not a big fan of orange.Tak suka bau oren tapi according to the seller,orange mask ini bagus untuk dry skin macam i.But,this is my least favourite berbanding ice ceutical mask yang lain sebab i tak tahan dengan bau oren.Apa pun,resultnya buat muka i sangat lembab dan nampak cerah sikit.


Lavender Ice Spring Ceutical Mask.I pakai mask lavender ni bila i rasa stress.Yela,lavender tu kan menenangkan.Kulit i langsung takde apa-apa efek negatif lepas pakai.Kulit muka jadi lembut dan yang paling penting,muka tak berminyak bila bangun pagi.



Strawberry Ice Spring Ceutical Mask.This is great sebab lepas pakai,muka i obviously nampak lebih cerah dan kulit muka pun licin.Tapi yang tak bestnya,kalau pakai lebih dari 30 minit,muka i gatal-gatal.Tapi mask ni sangat best ok?


My favourite is  Aloe Vera Ice Spring Ceutical Mask.I love the scent.Hasilnya pun muka nampak lebih cerah,kulit moist dan my pores appear smaller.Suka sangat!!!

Tapi jangan pulak fikir bila dah guna mask ini,muka akan forever nampak lebih cerah.Tidak ya,efek dia hanya bertahan untuk 2-3 hari so i suka guna mask ini setiap Selasa,for every week.I suka letak dalam peti ais (sebab bila pakai mask ini muka rasa sejuk sangat,yela..nama pun ice spring) sebelum guna.Essence mask ini pun banyak,kalau ada yang ada beli sheet mask sendiri tu,boleh jer guna essence ini untuk 2 kali.

Apa yang paling best?Saiz tissue mask ni lah.Betul-betul fit my big face,then siap ada bahagian untuk mata.Takla mata i rasa dianaktirikan..

Kalau ada kengkawan yang nak beli mask ini,boleh jer order kat page Vanity Talks ni.

Love your skin!

Saturday, 10 September 2011

Our Day Out

Seperti biasa,entri ini akan meleret-leret sebab pagi ni,mood untuk menaip macam terlebih sikit.Oh,dan i akan bahasakan diri sebagai 'I' sebab bagi i,ianya kedengaran lebih manis..

Semalam i pegi keluar dengan hubby.Tujuan utama nak gi menonton Hantu Bonceng (filem ni kan ada sikit kontroversi,tu yang excited lebih nak tengok).Bila dah keluar tu,of course la benda pertama yang kami buat ialah MAKAN (kalau i keluar,wajib makan dulu sebab kenyang perut,senang hati).

Mulanya nak gi makan kat Restoran ZZ tapi lelaki kat situ cakap takde goreng-goreng.Yang ada cuma sup tulang,mee rebus dan yang sewaktu dengannya saja.

MrHubs : Camna?Nak tak? (time ni kami dah duduk pun)
I : Tak naklah.Nanti sayang gatal-gatal lagi makan benda camtu.Jom kita pegi tempat lain. (ini ialah alasan yang paling cantik bila i tak nak/tak setuju something)
MrHubs : Nak makan kat mana?
I : Kat Stulang lah.Tunggu sayang call Zura (officemate tersayang) tanya mana tempat sedap.

To make it short,kami pun pegi makan kat Restoran Sayam di Stulang.Makanannya sangat sedap,ni kedai makan Melayu yang paling sedap yang kami pernah pegi.Suka sangat!Untuk dua orang yang kuat makan,kami order Siakap Stim Limau (terbaik!!),Ayam Masam Manis (sedap sangat),Kangkung Goreng (tak boleh letak belacan sebab i takut gatal-gatal),nasi putih untuk 3 orang makan (kena order 3 sebab 1 untuk hubby,1 untuk i dan 1 lagi dibahagikan untuk perut comel kami) dan air suam.Semuanya berharga RM33.Kira okey dan berbaloi sangat.

I malas nak ambil gambar banyak sebab i tak sabar nak makan.Snap ni pun sebab MrHubs yang ingatkan.

Then gi Leisure Mall.I beli barang sikit di Watson sementara nak menunggu tayangan pukul 9.I shopping 30 minit jer,kira cam hari ini dalam sejarah sebab biasanya i akan spend lebih sejam.


Sorry for the super bad quality of photos.

I ingat nak belajar pakai liquid eyeliner (In2It menghasilkan eyeliner & two way cake yang sangat terbaik) so i pun belilah In2It Xtra Lasting Liquid Eyeliner with Shiny Finish ni.I ingatkan harganya 15.90 tapi bila dalam panggung dan i check resit,rupanya 24.50.Adoi..melayang duit!Ini sebabnya i benci kalau beli barang tergesa-gesa.Then cashier tu berjaya pujuk i untuk register Watson Member Card (kena caj 12.00 dan bila i request for free gift,dia bagi tote bag purple ni).As a member,i dapat Sunsilk Silky Smooth ni dengan harga 5.80 jer instead of harga asal dia 8.60.Maskara Maybelline ni pun i dapat 20.80 (harga asal 23.80).I berhabis 63.00 di Watson.Pembaziran.

Last sekali,baru la tengok Hantu Bonceng.MrHubs cakap cerita ni merapu,starting jer ok.I pun rasa cerita ni tak best.Nasib Zizan berlakon,kalau orang lain,mesti lagi tak best.Yang peliknya,ada perempuan kat panggung tu gelak cam tengok Maharaja Lawak la pulak.Apapun,Ahmad Idham,i would really appreciate if you give me back my 14.00.

Pasal kontroversi tu,maybe i ni over sensitive atau tak sporting tapi i rasa (ni my opinion jela) it is not good to make your own religion sebagai bahan jenaka tau.And i pun rasa cam sangat tak elok untuk i gelak-gelak pada amalan agama orang lain (i bukan muslim ya).

Jadi,tepuk dada,tanya selera ya..

Kesimpulannya,its a great day!

Wednesday, 7 September 2011

Less Word Wednesday

My first ever aloe vera

Letak tanah,tanam & baja sendiri.Semoga tumbuh dengan subur.

Dinner for him

Meal untuk orang yang gatal-gatal kalau makan udang


Tuesday, 6 September 2011

Review Simple Pure Soap for Sensitive Skin


Masa aku pegi kat Hospital due to my skin problem,doktor tu ada cakap mungkin sabun yang aku pakai tak sesuai untuk kulit aku.Walaupun aku cam kurang percaya cakap doktor tu sebab aku dah pastikan sabun aku takde bahan-bahan antibakteria (kulit aku akan gatal walaupun aku tersentuh sikit pun produk antibakteria cam Dettol,Antabax,dll),takde SLS (Aku malas nak google pasal exact detail tentang bahan ini tapi dari pembacaan sekali imbas aku,bahan ini tak elok untuk skin.Bukan nak menyombong tak tentu pasal tapi since kulit aku bermasalah jadi aku kena berhati-hati) tapi aku ikut jelah cakap doktor tu.



So setelah pemerhatian berjam-jam di Watson dan Guardian,aku pun untuk membeli  Simple  Pure Soap for Sensitive Skin.Harganya dalam RM4 untuk 1 bar.

Apa yang aku suka tentang sabun ni?
-Affordable,sebab tu aku beli.
-Sabun ni besar,aku sangat suka saiznya.
-Buih sabun ini boleh tahan..aku suka.


Apa yang aku tak suka tentang sabun ni?
-No perfume,no colour..yang bermaksud sabun ni teramatlah boring. 
-Aku sangat-sangat benci bau sabun ni.Bau dia macam sabun yang nenek aku pernah pakai cuci baju masa aku kecik dulu..Sabun yang warna coklat yang kita potong-potong tu.Mungkin orang bandar tak tau kot sabun yang aku maksudkan but its ok sebab poin utama aku ialah sabun ni langsung tak wangi.Rasa macam tertipu jer.Baik aku beli sabun yang nenek aku pakai cuci baju tu,jauh lagi murah.
-Lepas pakai sabun ni,aku pakai olive oil macam biasa then gi office.Ada aircond la.Resultnya,baru jer pukul 10.00 pagi,kulit aku dah menggelupas.Sedangkan biasanya kalau aku pakai sabun/shower gel lain,kulit tangan aku tak mengelupas sampai ke petang.Ok,aku fikir mungkin kulit aku sesajer nak ngada-ngada hari tu.Next day,aku pakai sabun lain,resultnya elok jer.Then the other day,bila aku cuba lagi sabun Simple ni,kulit aku mengelupas lagi.Jadi,ini menunjukkan sabun ni memang takde pelembab dan langsung tak sesuai untuk orang berkulit kering macam aku ni.

Bila sabun ni dah tak sesuai untuk kulit aku,maka sebagai seorang isteri yang berjimat cermat sebenarnya takut suami marah sebab beli barang tapi pakai sekali jer aku pun gunalah sabun ni sebagai sabun untuk mencuci uniform suami.Uniform dia ni kena handwash.Resultnya,bolehlah.Sekurang-kurangnya jari aku tak mengelupas.Tengok,aku siap pakai Pure Soap untuk cuci baju,korang ada ke?(Perasan ala-ala orang kaya kejap)

Adakah aku akan membeli sabun ni lagi?
No,never ever again.

Jatuh cinta tahap : 0.5/5

Monday, 5 September 2011

Review Homemade By Zanox’s Products

Aku first time baca about Homemade by Zanox ni (alamak panjangnya nak taip.pasni aku tulis HBZ je) masa aku tengah menggoogle cari pasal homemade product.Lepas tu aku terus jadi blog stalker.And the good news is aku dapat beberapa produk dari Cik Zanox ni as a giveaway present.

Sabun Aloe Loofah,Sabun Honey & Oatmeal,Cold Cream,Lip Balm Darling Mint dan Pink Clay Mask

Sebelum ini,aku memang dah try Cold Cream HBZ sebab aku beli sample tapi aku tak tahu pulak bekas Cold Cream ni tersangatlah comel.


Cream HBZ ni remove my make up and dirt kat my face di samping melembabkan kulit.Waterproof eyeliner dan maskara aku senang je tanggal guna cream ni.Cara aku pakai,balik keja..basahkan muka.Then apply this cream all over face dan lepas tu,wipe ajer guna kapas.Bila dah siap,tak perlu pun cuci muka sebab muka dah bersih.Yang bestnya,sesetengah make up remover,kalau terkena mata,mesti ada rasa pedih tapi HBZ ni tak pedihkan mata. (sila sebut macam iklan shampoo tu yer).Aku pernah apply this cream as night cream,bila bangun pagi..kulit lembab jer.

Cik Zanox sediakan benda untuk ambik cream ni instead of we use our bare fingers.Hygiene purpose,which is really good.Sudu ini sangat cute ok,rasa macam cedok aiskrim.

Inilah rupa cold cream HBZ.Tekstur krim ini agak pekat,which i love!

Selain dari as makeup remover,cold cream HBZ ini boleh diguna sebagai night cream,untuk tumit kaki yang merekah dan sebagai pelembab badan.

Yang aku dapat ni unscented version.Kalau nak yang scented version,boleh ajer minta Cik Zanox buatkan tapi kena caj lebih sikitlah.Paling special,kepada yang ada very oily skin,korang boleh request Cik Zanox buatkan cream yang lebih light.Cold cream pekat camni,memang perfect untuk kulit kering macam aku.My question is,mana korang nak dapat krim yang custom made especially for your skin's need selain dari kat HBZ ni?

Jatuh Cinta Tahap : 5/5


Lip Balm HBZ in Darling Mint

Aku suka sangat colour ni.Not too dark and not too light.Just nice.Bau lip balm ni sebijik macam chewing gum.Buka jer penutup dia,dah semerbak bau chewing gum.


Bila aku apply lip balm ini,warnanya memang cantik tapi bila aku apply kat bibir aku,warnanya jadi sama dengan warna bibir aku pulak.(Mungkin warna bibir aku yang asli ni memang cantik kot.Huhu.Sungguh perasan!).Lepas apply tu,aku tayang kat Mr Hubs,dia cakap.." Cantik,nampak neutral.Tak pucat dan tak melampau".

Aku guna lip balm HBZ ini untuk waktu malam untuk melembabkan bibir sebab ini satu-satunya lip balm yang Mr Hubs doesn't mind to taste (n_n).

Jatuh Cinta Tahap : 3/5


Sabun Honey & Oatmeal HBZ

Aku suka bau sabun HBZ sampai tahap nak makan!Bau biskut oat.Aku guna sabun ni untuk muka dan badan.Sabun HBZ ini tidak mengeluarkan bubble-bubble yang banyak tapi sabun ni memang sangat mild,lembut sangat pada kulit.Cam sapu losyen jer masa bersabun tu sampai rasa nak gosok lama-lama kat kulit.Lepas mandi,kulit aku tak rasa kering atau mengelupas.Yang aku rasa boleh improve kat sabun HBZ ini ialah saiznya.Aku lebih suka kalau saiznya lebih besar.Aku dah guna tiap-tiap hari untuk 2 minggu (aku mandi setiap pagi dan malam ya),and to my surprise..sabun ni belum habis pun.Ingatkan saiz kecik,cepat abis.Rasanya boleh guna 1 bar untuk sebulan.

Apa yang aku kurang gemar?Hmm..aku lebih suka pakai shower gel sebab aku ni pemalas yang amat nak pakai sabun.

p/s : Kan bagus kalau ada shower gel honey dan oatmeal ni..Mesti best!

Jatuh Cinta Tahap : 4/5 

Gambar kredit to Homemade By Zanox

Eye Gel HBZ

Ni produk yang aku beli sendiri yer.Bukan dapat free.Eye gel ini kadang-kadang aku guna untuk seluruh wajah sebagai krim malas (guna bila malas nak sapu krim muka + mata).Apa yang aku suka sangat kat krim ni ialah ia cepat jer meresap kat muka jadi aku tak rasa oily atau muka berpeluh-peluh.Sebab kekadang ada sesetengah krim bila kita pakai kulit muka jadi berpeluh-peluh pulak.Tapi walaupun tak buat muka oily,krim mata HBZ ni pun tak buat kulit muka aku kering atau menggelupas (kulit aku kering tahap aku kena pegi jumpa pakar kulit jadi sila maklum.)

Sebagai eye gel (dari tadi cerita pasal krim mata tenyeh kat muka,nampak sangat buruk perangai),aku suka krim mata HBZ ni sebab ianya tak memedihkan mata.Yela,kekadang masa sapu eye cream tu,selalu sangat aku tersapu kat bijik mata sebab salu rushing tapi tak sakit pun.Eye cream aku yang lagi satu,kalau terkena mata jer,rasa sakit sampai terkelip-kelip mata aku menahan pedih.

Yang aku kurang suka pasal eye gel ni ialah eye gel ini ialah soothing eye gel.So kalau yang mata penat asyik mengadap pc tu,memang sesuai la eye gel ni.Kalau yang nak hilangkan dark circle,hilangkan wrinkle (ehem..aku memang perasan tua),eye gel ini bukanlah solution.

Jatuh Cinta Tahap : 3/5



Pink clay mask ini sesuai untuk kulit kering.Masa nak apply tu,aku cuak jugak..takut salah sapu ke apa.Tapi rupanya senang jer.Aku guna nisbah 1:1.1 sudu air dicampur bersama 1 sudu mask.Bila dah sapu di seluruh muka kecuali mata,i leave it for 30 minutes sambil berbaring (masa pakai mask tu asyik tengok jam jer sebab cik zanox cakaptak boleh exceed 30 minit).Dah selesai,aku mandi jer.Then sapu toner dan pelembab macam biasa.Pastu,have a goodnight sleep.Bila bangun pagi,kulit rasa moist dan bersih sangat.Dan effect ni bertahan untuk lebih kurang 3 hari untuk aku.Rasa nak pakai selalu tapi clay mask ini cuma boleh dipakai seminggu sekali sahaja,or else skin kita akan rosak.

Aku dah guna 4-5 jenis mask so far dan ini adalah antara Top 2 favorite mask aku.Yang aku tak suka ialah the fact yang aku kena sapu benda ni kat muka.Almaklumlah,aku ni kan seorang wanita malas bekerjaya.

Jatuh Cinta Tahap : 5/5 (i would like to repurchase this!sangat-sangat best ok?)

Ada satu lagi free give aku dapat iaitu Sabun Aloe Loofah tapi tak sempat nak guna lagi so next time la review.. 

Apapun,kesimpulannya barang-barang HBZ ni beyond my expectation sebab biasanya kalau barang-barang homemade ni,memang aku tak caya sangat..Semoga lepas ni HBZ akan keluarkan produk-produk lain yang best macam tissue mask(OMG!Aku confirm beli kalau ada.Lagi-lagi kalau aloe+mint tissue mask).

Love your skin girls!