Saturday, 20 August 2011

Simkad Hilang??

Pernah tak korang kehilangan handphone?Semalam masa aku dan suami makan di Restoran ZZ,masa nak balik tu,hp suami tertinggal di atas kerusi.Then semasa nak ambik gambar time berkaraoke (semalam kami spend 3 jam untuk menyumbangkan suara sampai tonsil kat tekak rasa nak terkeluar),barulah dia perasan hp tu takde.
Handphone hilang tu aku tak kisah sangat sebab dah 6 tahun pakai.Penat aku paksa dia tukar pun tak nak jugak.Tapi aku sayang sangat simkad tu.Sebab kami beli couple simcard. Ehemm..i know its sound sungguh meloyakan tapi kami antara pasangan yang menggunakan nombor telefon yang seakan sama sejak dua tahun lepas.
Aku dah rasa down sangat sebab terpaksa tukar nombor baru.Yela,takkan lepas ni nombor kami berbeza?Sampai kat rumah jer,cepat-cepat aku call Celcom Helpline (1111- then tekan 0),untuk tanya boleh tak simkad tu dibuat semula menggunakan nombor yang sama?The answer is yes!
Apa yang patut dilakukan bila simkad anda rosak/hilang/korang gaduh dengan couple korang dan dia patahkan simkad kepada 6 bahagian/simkad kena block sebab korang tekan PUK number dan asyik salah je dan macam-macam lagilah yang memerlukan korang dapat simcard replacement?
Jawapannya ialah sila pergi ke mana-mana Celcom Centre yang terdekat.Bila dah sampai kat situ,korang press jer kat skrin nombor yang disediakan (kalau tak tahu,u always can ask sebab ada staff yang sangat friendly berdiri di tepi monitor ini) dan lepas nombor korang appear,silalah ke kaunter.Nanti staff di kaunter akan isi borang,korang perlu bagi ic dan tandatangan borang tu sahaja.Sekejap jer,korang akan dapat simkad baru dengan nombor yang sama.
Servis ini adalah percuma bagi pelanggan yang telah menggunakan Celcom untuk setahun dan ke atas.If less than that,cuma perlu bayar RM5 jer.Murahkan?
Ok,aku sediakan soal jawab yang mungkin terlintas di benak sesiapa yang sudi baca :
Celcom Centre?Apa tu?Sama ke dengan kedai yang jual topup yang ada banner celcom tu?
Celcom Centre ni ialah pusat servis bagi Celcom dan bukannya tele-centre yang banyak jual topup tu.
Kat mana Celcom Centre ni?
Ya,tak banyak yang tahu tempat ni kat mana sebab biasanya kita memang tak pegi situ.Kalau nak tahu tempat ni kat mana di area korang,you can always check it on internet.Kat website Celcom,memang ada disediakan alamat-alamat branch Celcom Centre di seluruh Malaysia.Siap dengan peta lagi.
Kan lagi senang beli simkad baru?
Yes,mungkin lagi senang tapi bagi sesetengah orang,nombor ini ada sentimental value so we need to use the same number kan?Lagipun senang orang lain nak contact korang.Aku sungguh tak suka orang yang suka tukar-tukar nombor hp (yes mummy.anda yang saya maksudkan) lebih-lebih lagi kalau tu orang yang aku selalu contact sebab nanti aku kena register dia untuk 15pax aku dan akibatnya kredit aku kena deduct RM1.Aiyak!
Kalau guna Digi atau Maxis,ada ke camni?
Im not sure tapi rasanya mesti ada jugak..
Kalau hilang,kena bawa police report ke?
Well,dulu ya.Kalau simkad hilang,kena bawa police report.Sekarang aku tak pasti sebab masa pegi situ,aku bagi alasan simkad patah.Just in case kan?Takkan aku nak pegi nyusahkan polis pulak kan?White lies is ok asalkan tak menyusahkan sesiapa.

Camna kalau simkad tu register atas nama orang lain?
Yang ni confirmlah tak boleh.Lagipun kenapalah korang register simkad pakai nama orang lain?Bukankah itu menyalahi undang-undang?Kalau boleh guna camni,senanglah nanti.Sesiapa jer boleh duplicate korang punya number and use it untuk tujuan yang tak baik.Kan?Lagipun kalau register pakai nama sendiri,nanti masa birthday,boleh dapat 7 hari free sms dan call,hah..boleh bergayut 24/7!
Whatever it is,suami dah dapat guna nombor simkad yang lama,nombor kami masih couple dan rasanya kami takkan makan kat Restoran ZZ untuk jangka masa yang terdekat ni..
Ok,setakat ini sahaja pesanan khidmat masyarakat aku untuk kali ini.Thanks!

Wednesday, 17 August 2011

Sehari dalam Hidup

Dear diary,

Malam tadi aku pegi ke KSL (a shopping mall kat JB) dengan suami.Sebab utamanya ialah untuk mencari Deep Pore Cleansing Cosway.Tapi,me being me..bila aku dah target nak beli something tu,memang confirm aku tak beli on first visit.Mungkin aku memerlukan 3-4 kali kunjungan ke Cosway kot.Whatever it is,saja nak tunjuk apa aku beli semalam bagi mengingatkan kepada diri sendiri betapa aku suka membazir.  (n_n)

Yellow bird!!!!



Ini hadiah untuk kereta kesayangan suami yang aku calarkan minggu lepas.Sebenarnya aku nak beli Egg Bird tapi tak jadi disebabkan perbualan alih bahasa di bawah :

Wife : Ma nak beli yang putih.Cute!!
Hubby : Eee..buruklah putih tu.
Wife : No..cute..like this.. (sambil buat muka ala-ala egg bird)
Hubby : Buruklah!
Wife :  Hah,betullah tu.macam muka papa!Hahaha..
Hubby : @!?!!@

 Egg bird yang sangat kiut!
Bekas sabun

 



Ini adalah tempat untuk sabun yang aku bakal dapat dari Cik Zanox.RM4.99 jer aku beli.Perbualan untuk pembelian benda ni :

Wife : Nak beli tempat letak sabun!
Hubby : Awak bukan pakai sabun pun.
Wife : Kan syg menang contest.Dapat sabunlah.Esok dia hantar.
Hubby : Nanti tak sampai baru tahu.
Wife : Dapatlah.Eee..dengki!

Jejari pink

 See,dahlah semua tulisan Jepun.

Just to show betapa besar benda ni.


Kisah jejari pink ini membawa kepada perbualan alih bahasa seperti berikut :

Wife : Syg,cuba teka benda ni untuk apa?
Hubby : Mana syg tahu.
Wife : Ala,tekalah. (sambil bagi pek tu kat dia)
Hubby : Tak tahu. (muka malas-annoying-boring-penat sebab dah berada dekat 2 jam di kedai yg sama)
Wife : Cuba tengok kat pek belakang tu.Untuk korek hidunglah.Nonsense la Japanese ni.Hahaha.
Hubby : Camna nak korek?Besar benda ni. (si suami adalah seorang yang agak susah untuk dibodohkan dan sangat berbeza dengan si isteri,harap maklum)
Wife : Errr.. (baru nak bagi jawapan mengarut.. mungkin lubang hidung orang jepun besar kot..)
Hubby : Ni untuk buang bintik hitam la.Tengok gambar ni dia gosok kat hidung.
Wife : Wahhh!!Nak beli!!

Baiklah,itu saja sesi diari hari ini.Sekian,terima kasih.

Sunday, 14 August 2011

Resepi Udang Goreng Oat

Hari ini aku masak Udang Goreng Oat untuk lunch.Sebenarnya ini kali pertama aku masak benda ni.Resultnya,sangatlah memuaskan hati.Heee..biasanya kalau aku buat benda tu sekali,selalu gagal tapi kali ni berjaya pulak.Meh aku nak share resepi sebagai ingatan untuk diri dan kalau ada yang sudi cuba,boleh jugak..

Inilah hasil air tangan aku..

Bahan-bahannya ialah 10 ekor udang yang gemok-gemok,2 sudu makan tepung gandum,4 sudu makan oat,sebiji telur ayam,sedikit lada sulah,sedikit lada hitam,garam,perasa dan minyak untuk menggoreng.
Mula-mula buangkan kulit udang.Aku buang dari bawah kepala sampai ke ekor jer sebab aku suka makan kepala udang (aku suka makan otak udang tapi so far masih bijak lagi (n_n) ).Masa buang kulit tu,lakukan dengan berhati-hati ye sebab kita nak ekor dia yang bercabang dua tu tanggal dengan cantik.Letakkan udang ke dalam mangkuk A.
Lepas tu,campurkan tepung gandum,sedikit lada sulah,sedikit lada hitam,garam dan perasa ke dalam mangkuk B.Kacau biar sebati.Letakkan oat ke dalam sebuah mangkuk C.
Sekarang ada tiga mangkuk kan?A berisi udang,B berisi tepung dan C berisi oat.
Pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk A dan gaul-gaulkan dengan udang.
Setelah itu,ambil udang bersalut telur tadi dan salutkan ke dalam oat dan salutkan lagi ke dalam tepung dan lastly,masuk lagi dalam oat. Errr..ok tak penjelasan ini?
Aku terangkan dengan lebih jelas ya..Udang dari mangkuk A,masuk ke mangkuk C,masuk ke mangkuk B dan kembali ke mangkuk C.
Last sekali,goreng hingga keemasan.
Snap gambar cepat-cepat sebab tak sabar nak makan.

Hidang dan makan!


Friday, 12 August 2011

Best tak kerja kat Malaysia?

‘Best tak kerja kat Malaysia?’
Masa seseorang tanya soalan tu kat aku tadi,aku pandang dia straight to the eyes sambil tanya pada diri sendiri,aku pernah keja kat luar negara ke?Dan kalau pernah pun,bila masa pulak aku bagitau minah ni?
 Maka aku pun jawab dengan seadanya,
‘Saya memang tak pernah keja kat tempat lain.’
Then dia senyum dan tanya lagi..
‘Sarawak dengan Malaysia,mana satu lagi best?Teringin nak pergi Sarawak.Suami u orang Malaysia ke,orang Sarawak macam u?’
Dia tak tahu Sarawak terletak di Malaysia.Dia bukanlah sedang practice untuk join next Raja Lawak.Dan kami berdua sama-sama rakyat Malaysia.Bukan aku tanya dia Guatemala,tak pun Lesotho ke,Estonia ke..terletak di mana.
Malaysia ni dah merdeka 54 tahun tapi masih ada jugak manusia dalam negara ini yang tak tahu Sarawak dan Sabah tu dalam Malaysia.

Cam sia-sia jer usaha TAR memerdekakan Malaysia

Aku boleh accept kalau sorang jer camni tapi aku dah jumpa 8-9 orang yang tanya soalan yang lebih kurang sama dan aku percaya,mesti ramai lagi golongan yang tak belajar Geografi dan Sejarah ni.
Tahu tak kami juga ada kad pengenalan yang exactly sama macam orang yang kat Semenanjung?Tahu tak kami pun ada hak mengundi? Hei,tak tengok tv ke?Tak perasan ke tiapkali merdeka,mesti ada orang memakai pakaian tradisional dari Sabah dan Sarawak membuat persembahan?Takde orang dari Scotland, Indonesia,Thailand..takde pun orang ni datang buat persembahan masa merdeka,kan?Ini menunjukkan hanya rakyat Malaysia jer ada buat persembahan,and this is included Sarawakian and Sabahan.
Gambar Hiasan


Nampak kan orang pakai pakaian tradisional Sabah & Sarawak tu?

Aku bukanlah bangga giler jadi rakyat Malaysia but hakikat yang aku seorang rakyat Malaysia is a fact.So,aku sangat sakit hati bila ada orang cakap aku bukan Malaysian.Aku tak kisah kalau orang cakap aku orang Melayu sebab aku sangat maklum dengan mentaliti 8/10 orang rakyat Malaysia bahawa kat Malaysia ni ada 3 kaum jer iaitu Melayu,Cina dan India.Dan aku pun tak kisah kalau orang cakap aku Cina walaupun mata aku tak sepet,but its okey.So far aku tak pernah jumpa orang cakap aku orang India.

Nampak tak Burung Kenyalang (lambang negeri Sarawak) dan Gunung Kinabalu (lambang negeri Sabah) pada jata negara Malaysia?

Sekali lagi aku nak revise apa yang aku belajar di Tingkatan 5 mengenai pembentukan Malaysia.Ingat kan, British tak benarkan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sebab British nak sekurang-kurangnya ada 1/3 kaum lain (its something like that,correct me if im wrong)..then baru British setuju melepaskan Tanah Melayu,seterusnya mengizinkan sebuah negara dibentuk.Selepas itu,barulah Tun Abdul Rahman discuss dengan pemimpin dari Singapura,Sabah,Sarawak,Brunei dan Indonesia ketika itu untuk membentuk sebuah negara.Kesimpulan dari perbincangan itu, Sabah dan Sarawak bersetuju untuk bergabung,maka terbentuklah Malaysia.See..Malaysia hanya boleh dibentuk dengan adanya Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu.Dulu aku ingat semua orang tahu hakikat ini tapi sadly,hampir kesemua orang yang aku jumpa tak tahu atau menidakkan kenyataan ini.


Aku kecewa. Sangat kecewa. Bila pada hakikatnya aku tinggal di rumah sendiri,tapi dianggap seperti orang luar.
Malaysia is not belong to me
Malaysia is not belong to u
But Malaysia is belong to us.

Wednesday, 10 August 2011

Homemade Skrub Muka dan Badan

Hari ini aku makeover blog ni. Reason dia ialah sebab aku takde keja. Rakan seunit aku cuti so sumber inspirasi takde,jadi aku malas nak kerja. Kalau bos tanya,aku jawab..sumber inspirasi saya takde,puan..
Aku nak share something yang aku dah cuba last weekend.Homemade scrub ni sangat bagus tau sebab betul-betul melembabkan dan menghaluskan kulit.Harganya pun murah dan senang sangat nak buat.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah dua sudu makan GULA HALUS (GRANULATE SUGAR) dan sesudu makan MINYAK ZAITUN (EXTRA VIRGIN OLIVE OIL).Alatan yang diperlukan ialah mangkuk kecil dan sudu makan.

Kalau tak tahu gula halus camna rupanya,sila rujuk kat pek gula yang dijual tu ok?


Aku guna Colavita ni sebab botol dia cantik.
 
Cara-caranya sangat senang..Just mix Gula dengan Minyak Zaitun di dalam mangkuk kecil menggunakan sudu makan. 

SIAP!

Camna nak guna?

Untuk badan,semasa mandi,lepas badan kita basah,just rub the scrub to your body sampai gula tu melt.Best tau..rub..rub..rub..sampai gula tu cair. Masa ni kita tak perasan lagi kulit kita super duper smooth sebab skrub ni akan menghasilkan tindak balas yang best hanya selepas dibilas dengan air.Bila dah puas hati,bilaslah badan kita.Kalau nak wangi,mandilah dengan shower gel selepas proses tersebut.Hasilnya..tiada lagi kulit mati..dan kulit pun lembut jer..

Untuk muka,bersihkan muka dengan pencuci muka.Then kalau rajin..ambil towel yang telah direndam ke dalam air suam dan lapkan kat muka.Haba towel tu boleh membuka pori-pori kat muka kita so senanglah nak keluarkan kotoran cam blackhead ke,white head ke,sel kulit mati ke..Lepas tu,rubkan skrub tu ke muka sampai gula tu cair.Gosokkan dengan lembut tau.Dan elakkan bahagian mata sebab bahagian ni sensitif.Gosok di tempat-tempat yang bermasalah cam T-Zone.Bila dah siap,bersihkan muka dengan towel tadi.

Muka kita sekarang akan rasa halus dan licin ye.Lepas skrub,sila guna toner untuk muka bagi menutup pori-pori yang terbuka tadi. Then gunalah pelembab cam biasa..

Skrub ni adalah cara yang paling murah dan senang untuk cantik.Aku baru try sekali jer pun.Weekend ni nak try lagi.Apa pun,aku tak cakap this is the best scrub ever.Yang aku pasti,skrub ni does its job well iaitu untuk exfoliate our dead skin dan menghaluskan serta melembabkan kulit.Selamat mencuba!

Sunday, 7 August 2011

Nivea Fruity Shine Lipbalm

Aku sangat jarang guna lipstick..mungkin dua tiga kali jer untuk 23 tahun ni.Kali terakhir aku ada lipstick dan lipgloss ialah rasanya mungkin masa aku 19 tahun,this is as fas as I can remember.Sebabnya,lip gloss dan lipstick buat bibir aku kering dan rasa berat.Personal reason..my mom tak pernah pakai lipstick so anak gadis biasanya cenderung mengcopycat ibunya kan?
So untuk mengelakkan bibir aku kekeringan,aku guna lipbalm.Aku dah start guna lipbalm sejak umur aku 13 tahun.So,lipbalm is my skin’s best friend sebab aku tak pernah tukar jenama lipbalm.My first ever lipbalm is this..
Gambar ehsan dari google

Masa tu tak tahu lagi yang lipbalm berkaler ni wujud.Bila dah tahu,aku pun jadi pengguna tegar Nivea Fruity Shine Lipbalm.Ini ialah the best lipbalm I’ve ever used!

Kenapa guna Nivea?
Skin care nivea yang lain langsung tak berkesan untuk kulit aku kecuali lipbalm.Aku sangat suka lipbalm ni sebab saiznya yang exactly fit my lips..err..should I say batang?Kebanyakkan lipbalm yang aku pernah pakai (pinjam kawan punya) sumanya kecik dan aku kena oles sekurang-kurangnya dua kali.Kalau Lip Ice,aku kena oles 3-4 kali.Sebabnya ialah bibir aku sedikit berisi (macam tuannya jugak) atau dalam bahasa kasarnya..bibir aku tebal jadi aku kena pakai lipbalm yang besar supaya aku tak payah oles dua tiga kali untuk penuhkan bibir.
See,diameter dia besar berbanding lip balim lain.

Lipbalm ini shiny dan ada kaler.Aku suka guna perisa Strawberry sebab colournya cantik.Yang lebih penting,this lip balm does it jobs to moisturize my lips.Memandangkan aku sentiasa guna lip balm Nivea ni,kebarangkalian untuk bibir aku merekah adalah sangat kecil walaupun aku tak suka minum air.
My favourite!

Aku sangat jatuh cinta dengan lip balm Nivea yang melembabkan bibir untuk masa yang lama,memberi warna kepada bibir agar tidak pucat,bersaiz besar dan murah ini.

Harga lipbalm ni lebih kurang RM6-9..lain tempat lain harga.Tetapi,yang aku recommend ialah yang perisa strawberry dan cherry sahaja. Yang lain tu langsung tak best.
So,kepada sesiapa yang sering mengalami kekeringan bibir,rajin-rajinlah guna lip balm.
p/s : Memandangkan aku menang contest aritu dan akan dapat lip balm,i will give that Homemade lipbalm a try too sebab lip yang ada pun dah nak abis..Kalau best,nanti aku citer.

Thursday, 4 August 2011

Homemade By Zanox

Pernah tak korang baca label produk-produk yang korang guna untuk your own face? Kebiasaannya,bila membeli sesuatu,benda pertama yang aku lakukan ialah tengok jenama dan harga.Label ingredients? Aku langsung tidak mengambil effort pun untuk menengok benda alah tu.


Tetapi itu dulu. Sejak aku mula membaca blog Homemade by Zanox ni,aku menjadi seorang yang terlebih mementingkan kandungan bahan-bahan dalam produk kecantikan yang aku gunakan. Blog ni merupakan one of my favourite blog sebab blog ini mengajar aku tentang banyak benda..Contohnya..

Hey,aku pernah dengar tapi langsung tak pernah ambik tahu tentang mineral oil.Disebabkan aku baca blog ni,aku dah tak pakai losyen lagi..aku pakai minyak zaitun jer..

Homemade deodorant? Langsung tak tercapai dek akalku kita boleh buat deodorant sendiri.Berkesan,murah dan better than other deodorant pulak tu.

Paling aku suka..homemade pore strip.Walaupun nak mencari gelatin ni punyalah susah (kesian my man kena temankan)..

Actually banyak lagi lah benda best dari blog ni.Pemilik blog ni, Cik Zanox tu pun baik..siap bagi aku tips (tips untuk sumtin yang dirahsiakan).Memandangkan pemilik blog ni pandai dan yang paling penting,RAJIN memasak,dia pun ada share resepi-resepi yang sedap-sedap..Tapi ehemm..untuk orang yang agak kurang pandai memasak cam aku ni..nampaknya kena tengok jerlah resepi-resepi tersebut..

Cik Zanox juga menjual Homemade product yang dia buat dengan harga yang sangat berpatutan..bahan-bahan pun terjamin kualitinya dan halal. Yelah, memanglah dia selalu bagi cara-cara untuk buat benda cam lip balm,cold cream tu suma tapi memandangkan kebiasaannya kita ni pemalas (‘kita’ ni merujuk kepada aku.tak taulah kalau korang rajin),kan lebih bagus kita beli jer dari dia. Lagipun semua produk dia menggunakan bahan-bahan yang semula jadi,non alchohol..memang skin lover la.

So,kepada kengkawan yang nak beli homemade product dari Cik Zanox, silalah Like page dia..Homemade By Zanox..sekarang ni dia tengah ada contest. Nak free gift,joinlah contest ni..

Ok, my answer for the contest arini : 

1. Berapa jeniskah handmade cold process soap yang dibuat oleh Zanox setakat ini?Berikan nama sabun-sabun tersebut.
4 jenis.Dreamy Lovely Rose,Honey,Milk & Oatmeal Deluxe, Aloe Loofah dan Splashing Choco-Mint. 

2. Apakah bahan-bahan yang terdapat dalam handcrafted cold cream?
Rose Water,Beeswax,Sunflower Oil,Glycerin,Tocopheryl Acetate (Vitamin E) and Phenonip.

3. Di manakah Cik Zanox bekerja sekarang? 
Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Pegawai Penyelidik Q41.

Slogan : Homemade By Zanox memang best sebab ia mendidik saya tentang kepentingan bahan-bahan dalam produk kecantikan yang saya gunakan dan membuat produk dari bahan-bahan yang ternyata lebih baik,selamat dan berkesan untuk kulit saya. (dalam page tak dinyatakan kena bagi slogan tidak lebih dari 20 words so saya bagi lebih..hihi)

Saya buat entri ni bukan nak menang tau,ikhlas..tak menang pun takper,esok saya boleh join lagi..   :)) 
 
Nota kaki : Cold cream Cik Zanox is one of the best thing I’ve put on my face.Kalau tak nak beli yang botol besar tu,boleh jer request nak trial pack yang dulu harganya RM5 (kalau sekarang dah naik harga,maaf ya). Kegunaan cream ni ialah to remove all your make up dan cam krim malam la..Ingredient dia suma mesra alam. Tak mainlah alcohol suma..
 
As your skin is your biggest organ, make sure you love your skin yer..and if you love your skin, klik here --> Homemade By Zanox dan sini jugak --> Ini blog Suka Suki

Tuesday, 2 August 2011

Cara Aku Merawat Ekzema

Aku memang ada masalah kulit sejak kecil lagi.Tapi tidaklah begitu serius sehinggalah hujung tahun 2009,kulit aku jadi teruk yang amat sangat. Menggelupas,gatal yang amat sangat,bersopak-sopak,pedih..nak bayangkan pun ngeri.Aku pun tak tahu apa puncanya sampai masa tu aku kurang makan sebab rasa cam aku ni alergik pada semua benda.Ayam,seafood,daging..pendek kata sayur jer ok.

Masa tulah aku dapat macam-macam petua..ni antara petua yang aku dapat :

-Pakai tepung jagung (cornstarch).Mandi guna air bancuhan tepung jagung ni dan lepas mandi,sapukan tepung jagung pada badan macam losyen.
Petua ni mak aku bagi sebab dia cakap kalau baby ruam,pakai tepung jagung dah ok. Dia lupa kot anak dara dia ni bukan baby. (n_n)  Apa pun,petua ni langsung tak berkesan untuk aku walaupun aku dah guna 2 kg tepung jagung


Pakai bedak Agnesia. Bedak untuk gatal-gatal.
Ni lagi teruk.Makin sakit kulit aku


Pakai baby oil.
Rasanya kalau kulit aku pandai bercakap,mesti dia akan cakap..heppp..ngko ingat ngko tu baby.ada hati nak pakai barang baby.Sedih..amat sedih..


Mandi 7 jenis bunga.
Nenek aku dengan confidentnya cakap,aku ni mesti ada terkena sampuk ke,buatan orang ke..sebab aku tinggal kat tempat orang.Walaupun aku sikit pun tak caya,aku layankan jugaklah kehendak nenek tersayang.Yela,penat-penat dia panggilkan orang untuk mandikan cucu dia.Resultnya,ceh..membazir air jer!


Ini pek lama

Pakai losyen St Ives collagen
Aku memang guna losyen ni sejak 2007 tapi masa aku kegatalan ni,losyen ni langsung tak membantu walaupun aku suka sangat losyen ni.Wangi dan pekat.

Badan aku berbelang-belang cam orang jatuh dalam tepung bila pakai losyen ni
Jumpa doktor berkali-kali.
Doktor kerajaan tu bagi aku cream (krim Steroid),calamine lotion (aku ada 2 botol besar lotion yang aku langsung tak tahu apa faedahnya ni).Result, takde apa pun.

Masa tu memang rasa malang sangat. Last sekali, bila aku balik Sarawak untuk bertunang, kawan my mom suggest untuk pegi kat sebuah klinik ni. Dia cakap bagus. Dan kebetulan,housemate aku pun cakap klinik tu bagus.

Klinik Dr Law, Sarikei
Doktor ni suntik aku  (dan macam biasa,aku pitam)..bagi ubat..akhirnya aku sembuh.Kulit pun licin jer.Dalam hati lega yang teramat..

Kusangka panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengah hari.Sakit kulit aku dating balik hujung Mei lepas.Kali ni,aku pegi klinik Dr Law tu lagi tapi malangnya,walaupun dia dah suntik,kulit aku tetap tak sembuh..


My hero of the day!!

Blackmores Evening Primerose Oil
Kali ni officemate aku yang suggest sebab dia pun gatal-gatal dan doktor dia suruh guna EPO ni. Resultnya bagus sangat. Dah dua minggu aku pakai,kulit aku dah improve dah.Nak kata licin giler tu belum lagilah tapi something yang aku notice ialah kulit aku yang bersisik cam ular ni dah ok,kulit dah tak kering,even aku kadang-kadang tidur tak pakai losyen,bila aku bangun pagi..kulit tak mengelupas cam biasa..

So kepada sesiapa yang ada masalah kulit atau dalam bahasa sainsnya,eczema..cubalah gunakan Evening Primerose Oil.Rasanya entri lain aku akan cakap lebih lagi pasal EPO ni..