Monday, 25 July 2011

Tips Berjimat

Ehem..aku berkahwin pada usia 22 tahun.Cam muda giler dah kawin.Dan sebagai seorang isteri,confirmlah kena jadi financial adviser tak bertauliah kepada rumahtangga sendiri kan?Untuk aku sendiri,agak susah jugak sebenarnya sebab yelah..takde orang yang mendidik kita menguruskan rumah tangga ni.My mom is not a kind of mother yang akan ajar anaknya bab-bab gini sebab dia punya style is..you have to go through the obstacles itself and try to solve it by yourself.Cam kejam jer tapi bagus jugak sebab ini mematangkan aku.Betul jugak kan?Pandai kawin,pandai-pandai engkaulah jaga rumah tangga tu.
Dan perkara yang paling susah nak diuruskan bila dah kahwin ialah DUIT.Aku pun masih belajar sebenarnya.Tapi tak salahkan share something yang aku amalkan untuk kebaikan bersama.Lagipun bila aku google,cam takder je tips berjimat dalam rumahtangga ni.Oh ya,rasanya cara aku ni sesuai untuk kehidupan dua orang jer kot.Kalau plus sorang baby,rasanya pun ok.


Aku listkan cara aku ya..Semoga boleh menjadi panduan kita bersama.

1. Ambil sedikit masa dan listkan barang yang nak dibeli
Ehem..aku biasanya akan ambil masa dalam sejam untuk listkan semua barang yang aku nak beli.Ini sangat penting bagi mengelakkan kita membeli barang yang tidak perlu.Tips penting,katakanlah masa tengah shopping,tetiba ada nampak barang yang takde dalam list dan hati yang tamak haloba ini pun mula berkata..oh,I really need this but it is not in my list..Hah,bila ini terjadi,JANGAN BELI BARANG TU sebab nanti confirm nyesal.
2. Kena bijak
Untuk ini,cara aku ialah beli jer barang yang sama tapi dengan harga yang lebih murah.Lagipun,kenapa kita nak bayar lebih untuk benda yang sama?
Contohlah..sos cili Maggi selalunya lebih mahal sedikit dari sos cili Life so kenapa nak beli Maggi kan? Just because Maggie ni famous tak semestinya lebih bagus kan?
Lagi satu, Downy. Memanglah Downy ni wangi dan tahan lama, tapi Daia pun wangi kan?Downy tu 1 liter dah RM10,Daia 1 liter baru RM5.Kalau semata-mata nak wangi,baik pakai minyak wangi..Betul tak?
Then,tisu. Sesungguhnya tisu jenama Tesco sama jer cam tisu jenama Premier cuma tisu Tesco lebih murah (unless ada sale.sebagai perunding kewangan,mesti alert dengan sale).Aku ada kenal sorang kakak,untuk tisu kat ofis (tiap perempuan biasanya akan ada sekotak tisu dalam drawer),dia pakai tisu tandas jer.Jimat pun jimat.
Cukuplah contoh di atas kan.Tapi jangan sebab nak berjimat,beli pulak benda yang langsung takde kualiti.Nanti merugikan diri sendiri pulak.
3. Barang saiz besar dan barang jualan murah
Aku selalu terkena jugak part ni.Tapi I’ve learn that kebanyakan barang-barang tu,tak perlu pun nak beli kotak besar,saiz yang paling besar,yang buy 2 free 1..walaupun kita fikir,beli yang saiz besar bagus,nanti tak perlulah nak beli lagi.Lagipun cam lagi berbaloi.Hah,menurut pengalaman aku,memang silap tau cara pemikiran camni.
Contohnya shampoo.Seperti yang semua orang sedia maklum,orang perempuan ni cepat jemu dengan sesuatu barang (in my case,shampoo).Jadi,bila aku dah beli shampoo yang botol besar tu,belum guna separuh pun aku dah rasa cam shampoo lain lagi bagus dan nak beli shampoo lain.Habis,takkan shampoo lama tu nak dibiarkan gitu ajer?See,membazir kan? (Ini punca kenapa ada beberapa benda di bilik mandi kami ada 2 jenis) Next time,beli jer benda yang kita rasa kita nak tukar in small size.Tak rugi sebab nanti kalau boring (in my case),boleh beli lagi.
Lagi satu,kalau barang tu langsung tak pernah dicuba sebelum ini,memang silaplah kalau nak beli banyak-banyak.Dan bila orang cakap bagus,tak semestinya bagus. You have to try it yourself.Aku selalu sangat terkena ni.
Tapi,ada sesetengah benda tu memang tak rugi pun kalau beli banyak.Contohnya macam aku,aku rasa cuma shower gel Shokubutsu Green Tea jer best dan sesuai untuk aku, so kalau beli sekotak pun takpe sebab aku confirm pakai tanpa rasa jemu.
4. Jangan tertipu dengan hadiah percuma
Aku suka hadiah.Rasanya semua orang suka hadiah lagi-lagi free gift.Contohnya,semalam masa aku dan suami pegi Giant,kami nampak..kalau beli Colgate 2 pek besar,boleh dapat cawan Spongebob yang sangat cute.Alahai…Cawan itu sangat adorable dan seperti memanggil-manggil..belilah saya!!!!Tapi nasib baik aku tak tergoda.After all,aku mana guna ubat gigi Colgate ni.Moral of the story,jangan mudah tertarik pada free gift lebih-lebih lagi kalau benda tu memang tak diguna.Lagipun,bukannya rumah korang takde gelas/pinggan/anak patung.Kan?
5. Kurangkan/jangan beli/makan makanan yang tak berkhasiat langsung.
Dulu kami cukup suka beli biskut-biskut yang beraneka jenis,mee segera,jajan,jagung dalam tin (use to be my favourite),hotdog,nugget,ayam goreng Ayamas..benda-benda camtulah.Masa kecil,my mom memang langsung tak bagi aku makan benda-benda camni.Aku dari kecik sampai umur 18..boleh kira berapa kali jer makan keropok,mee segera,gula-gula,air sirap bermacam warna.Even Alyaa pun tak pandai nak makan keropok.Tapi keropok Mister Potato dia makan sebab mahal (adikku ini ikut perangai sapa ntah.  (n_n)  ).Selain daripada kita berbakti kepada badan diri sendiri kerana mengurangkan lemak-lemak,kita juga berbakti kepada poket kita.Yang lebih penting,bila ada kids nanti,aku memang tak nak my kids makan benda tak elok ni.Very unhealthy tau.Kita kena jadi good parents dan nak jadi parents yang baik,kena belajar dari mula.
Masa makan di luar,seboleh-bolehnya minumlah air suam.Kalau tak boleh,minumlah air yang colour dia sejenis jer cam limau ais,horlick ais,jus buah (ini minuman yang saya suka order..Janganlah order minuman contoh cam sirap bandung soda (aiyooo..),three layer tea ke,..Bukan saja tak sihat tapi mahal ni tau.
6. Tips makan makanan segera
Masa makan di MCD,tak payah nak order yang saiz besar walaupun cashier tu confirm cakap..tak nak set besar ke kak?tambah RM1 jer..heloo,RM1 tu pun duit tau.Kenapa kena order medium set?Kami suami isteri biasa order 2 set so ada 2 kentang medium (which is more than enough for two person),2 burger/ayam dan 2 minuman medium.Kalau rasa nak tambah air,boleh ajer..Free refill lagi.Boleh jimat RM2. 
Sebaik-baiknya,tak payahla kerap sangat makan kat luar.Membazir.
7. Duit syiling
Tiap ari,kita mesti dapat duit syiling kan?Memandangkan aku jenis yang liat nak menyimpan duit,aku ambil jer semua duit syiling yang ada dalam wallet setiap hari dan simpan dalam gelas.Dengan cara ini,at least aku dapat simpan duit sikit.





Sunday, 24 July 2011

Restoran ZZ Sup Tulang, JB

Restoran ni adalah favourite place aku dan suami. Selalu sangat pegi sini sampai orang kat kedai pun dah kenal (segan aku.nampak sangat pemalas nak masak..ehemm..)
Rasanya orang yang tinggal kat JB confirm tahu tempat ni.Tempat ni famous dengan sup tulangnya sampai artis pun banyak datang sini tau.Tadi pun aku lunch kat situ jumpa FBI (Faisal Ismail,HotFM tu.nak ambik gambar,segan pulak sebab langsung tak mekap,pakai serabai jer..muka pun pucat..   (n_n) )
Oklah,kali ni nak share makanan sedap yang selalu kami order.Gambar ni diambil untuk dua kali sesi makan..sekali tu semasa kami berdua..sekali lagi semasa mak mertua aku datang JB last week.

Tomyam daging.Harga RM5.
Sedap,pedas dan paling aku suka,masam.Ini favourite my sayang.

Nasi goreng kampung.Harga RM3.50.
Ini makanan wajib yang hubby confirm order tiapkali makan sini.Sangat SEDAP dan pedas.
Kalau nak order,pastikan sorang jer order sebab biasanya kalau banyak orang kat meja korang yang order nasi goreng ni,dia jadi tak sedap pulak.Maybe sebab dia masak banyak sekaligus kot.Ini versi nasi goreng kampung yang sedap.

Ini makanan untuk kami berdua.Nasi goreng kampung,cendawan goreng dan kangkung goreng belacan.Sos cicah dia sedap sangat.Ini pulak versi nasi goreng kampung kurang sedap sebab dua orang order.

Tomyam daging,sup tulang dan mee rebus tulang & daging.
Sup tulang dan mee rebus ni harga dalam RM8.Aku tak berapa suka sup tulang coz oily tapi MIL cakap sedap.Mee rebus dia memang sedap.Must try.


Itu tangan MIL merasa mee rebus aku yang sedap.


Cendawan goreng.Harga RM5.Kurang sedap tapi not too bad.

Otak-otak ayam.Satu 50 sen.Ini first time kami makan otak-otak ayam.3 kali lebih sedap dari otak-otak biasa.This is yummy!!!

Tadi masa lunch,kami having this..nasi ayam penyet.Harga RM8.Ayam dia banyak tapi tak sedap pun.Nyesal order.

Apa pun memang tak rugi makan kat sini sebab kebanyakan makanan dia sedap dan sangat berpatutan..  :))

Saturday, 23 July 2011

Resepi Air Soya

Masa kecik,aku memang benci nak minum air soya ni sebab dia cam ada berbau sikit kan?Bila dah masuk Form 2-3 camtu,bila dah ada kesedaran tentang kecantikan (n_n) ,hari-hari aku minum soya bean.
Almaklumlah,kepercayaan mengarut aku ialah semua benda yang putih ni bagus untuk memutihkan kulit. (n_n)
My youngest sis paling suka minum air soya ni tapi dia tak panggil ni air soya,dia panggil ni air peanut sebab brand ni ada gambar cam peanut.Heee..so cute.

Nampak kan soya bean bulat tu.Dia cuma minum brand ini sahaja.Kalau bagi yang brand lain,dia akan say 'No'.Takpun,nanges. Ratu air mata sungguh adikku ini. Ikut perangai sapa ntah.  (n_n)

Hari tu aku buat air soya sendiri.Walaupun prosesnya agak leceh tapi puas hati sebab kita tahu tahap kebersihannya.Dan yang bestnya,bila aku minum air soya Yeo’s (air soya Yeo’s dan Delite adalah yang paling sedap) kat kedai,aku dapat rasa..lagi sedap soya bean aku (ini aku rasalah.orang rasa aku tak tau pulak) .Lagi pekat..
Blur gambar ni tapi this is my no 1 favourite.

Ni 2nd favourite.

Seperti my sis yang agak fussy,aku juga cuma minum dua brand ini saja.Kalau brand lain, aku kureng. (n_n)
Ini resepinya.
 Bahan-bahannya :
Kacang soya – Aku beli 2 peket jer (sepeket RM2.00)
Ini kacang soya namanya.Kalau ada yang tak tau rupa soya bean tu,you are not alone ok. (n_n) Tips paling mudah,tanya jer tauke kedai tu.Dia confirm tahu.

Daun Pandan – Aku guna dalam 5 helai
Gula
Cara-cara menyediakan :
Mula-mula rendamkan kacang soya selama 6 jam. Nanti kulit dia akan tertanggal,cam kulit kacang kuda rebus.Lagi lama lagi bagus.Tapi jangan rendam berhari-hari pulak unless korang nak buat pekasam kacang soya.
Kemudian,blend saja.Nisbah kacang soya dengan air ialah 2:1.Dua cawan kacang soya perlu dicampur dengan secawan air.
Bila dah habis blend,sila tapis menggunakan penapis kain.Penapis kain ini yang jenis tauke cina kat kedai kopi selalu guna untuk tapis kopi tu.Kalau takde penapis kain,boleh jer guna apa-apa kain yang bersih..Tapis untuk 3 kali untuk pastikan takde hampas kacang soya tu tertinggal.Dalam proses ni,pastikan tangan tu betul-betul bersih.
Setelah siap,panaskan air soya tadi bersama daun pandan.Kemudian,masukkan gula secukup rasa.Untuk 1.5 liter,aku guna dua sudu besar gula.Sentiasa kacau semasa di dalam periuk supaya tidak mendidih.Bila air soya tu dah berasap-asap,means dah panas la tu.
 Kalau ada buih-buih gini,sila buang buih tu dulu yer.First time buat,camnilah hasilnya.

Tunggu sehingga sejuk,masukkan dalam bekas air dan simpan dalam peti sejuk.
SIAP!

Sejak aku baca artikel yang mengatakan air soya ni tak bagus,aku kurangkan meminum air soya (minum dalam 3-4 bulan sekali jer).Bukanlah aku percaya bulat-bulat pada artikel ni tapi lebih baik mencegah daripada mengubati kan?
Keburukan air soya
Dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,kanser ovari,kanser prostat,serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita.

Soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium,magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Tempe dan kicap soya adalah baik untuk kesihatan. Kenapa? Sebab.. tempe dan kicap telah melalui proses fermentation atau bahasa melayunya, penapaian. Soya ni cuma tak elok dimakan secara fresh atau mentah, apatah lagi kalau dah diproses menjadi air minuman.

Tapi,setiap apa yang buruk tu mesti ada baiknya jugak..Ini pulak kebaikan air soya.
Mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gram kacang soya,2 kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu ada 3 kali lebih daripada telur dan mempunyai kadar lemak yang rendah.

Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekal tenaga.

Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.

Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi
kulit.

Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.

Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.
So,tepuk dada..tanya selera.

Thursday, 21 July 2011

Review : Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser

Pernah tak sesiapa rasa leceh giler nak jadi perempuan? Yela, lepas mekap,kena cuci bersih-bersih,kena pakai make up remover segala..Aku jenis yang tak pakai mekap sangat pun.Aku just tepek bedak jer kat muka.Kalau rajin sikit,aku apply alas bedak Sari Ayu + bedak. Kalau lagi rajin,aku pakai bedak Sari Ayu + bedak + eyeliner + mascara + eyebrow liner. Less is more. n_n
Untuk membersihkan muka,aku guna Neutrogena. Pencuci muka ni sangat bagus untuk kulit extra kering macam aku. Sebelum ni aku guna pencuci muka Johnson&Johnson tapi since aku suka try something new,aku pun try ni and this one is much better.  :))

I love!!!!
Pencuci ni betul-betul membersihkan muka.Kulit muka rasa lembut jer lepas dicuci.Kadang-kadang bila aku cuci muka dengan sesetengah pencuci,kulit tu rasa ketat jer,then menggelupas kalau aku tak apply moisturizer secepat mungkin.Tapi, Neutrogena ni best sangat.Langsung takde rasa kering or whatsoever.Rasa clean jer.

Membersihkan make up.Tak perlulah pakai make up remover kalau just pakai bedak jer.Pakai jer cleanser ni.Tapi kalau nak remove eyeliner + mascara sekali,kenalah pakai remover.
Guna sikit tapi buih banyak.Nama pun foaming cleanser.I love bubble.Ejaan pun cute. B.U.B.B.L.E..
Murah.Harga dia bawah RM15.Aku beli kat Watson/Guardian.Depends mana lagi murah.
Dapat pakai lama ni tau.Aku beli pek 100g,boleh pakai 3-4 bulan.Aku biasa guna ni dua kali sehari.
Biasa pakai banyak ni jer..

It claims to thoroughly removes dirt,oil and dead skin cells and its true.
Aku suka bau cleanser ni.Takde bau ubat atau bau bunga-bunga tapi bau dia very soft cam losyen bayi.
I hate!!!!
Aku tak suka sebab cleanser ni susah sikit nak cari.Selalu jer takder.

Sunday, 10 July 2011

Resepi Jemput-Jemput Ala Mummy

Sejak semalam,aku terasa nak sangat makan jemput-jemput atau dalam bahasa kat rumah aku,cucur badak.Mummy suka sangat buat cucur badak nie sebab anak-anaknya pun suka makan..dalam seminggu mungkin 4-5 kali breakfast cucur badak.Sebelum ni dah dua kali percubaan aku buat cucur badak tapi hasilnya kurang memuaskan. n_n
Mummy pulak kalau aku tanya macam mana nak buat cucur,jawapan dia standard jer.. Ko campur je tepung,telur ngan air.Jadilah. n_n   Aku terfikir jugak,kan bagus mummy ada blog.Tak payah aku susah payah nak tanya.Dan aku terfikir benda paling penting,macam manalah kalau bakal anak aku nanti pun macam aku yang tak berapa nak terer part masak,pastu masa teringin nak minta resepi,aku pulak dah takde..Yelah,hidup mati di tangan Tuhan kan?Sedih pulak hati ni….. 
Oklah,aku nak share resepi yang sangat simple,senang dan sedap..

Jemput-Jemput Ala Mummy
Bahan-bahan
Secawan tepung gandum
Telur ayam sebiji
Sedikit garam
Air suam secawan (sila guna cawan untuk tepung tadi.nisbah 1:1)
Udang kering/isi ayam kfc yang dicarik-carik/ikan bilis/bawang besar (ni nak guna apa pun boleh.ikut citarasa masing-masing)
Cara-cara
1.Tuangkan secawan tepung gandum ke dalam mangkuk.
2.Masukkan pulak secawan air suam.Kena guna air suam supaya jejemput ni lembut.
3.Pecahkan sebiji telur.Masukkan garam secukup rasa.
4.Gaul hingga sebati.
5.Masukkan bahan yang nak dicampur dalam jejemput itu.Aku guna udang kering.
6.Biarkan tepung itu berehat sebentar.Kalau nak letak bancuhan ni dalam peti ais pun ok.
7.Panaskan minyak di dalam kuali.Setelah minyak panas,ambil sesudu minyak dan masukkan ke dalam bancuhan tepung supaya jejemput tu rangup.
8.Goreng.Dah siap,boleh hidangkan.
9.Sedap dimakan dengan sos.Mummy aku suka campurkan  sos cili,kicap,bawang putih,cili padi dan gula untuk buat sos cicah.Nyum..nyum!

Saturday, 9 July 2011

A Letter To My First Love

U nampak smart sangat!I heart u!!!!!

Dear darling,
I want to write this letter in France since I heard people say that France is the language of love but love is a universal language so I know,no matter what language I write,you’ll understand..
Lover in Red

Darling,
I menaip surat ni sambil bertemankan lagu Lady In Red by Chris De Burgh (ingat tak u cakap I cantik pakai baju merah sampaikan u cat kedai u dengan warna merah?Logo u pun merah.I tau u sayang i..).I nak imbas kembali kenangan kita bersama.Masa I first time jumpa u,I kecik lagi.Mummy I la ajak I makan kat kedai u..Im so impressed tau dengan makanan kat kedai u.That is love at first taste..

Ni tanda sayang u kat i.....

Bila I dah masuk form,I dengan kawan-kawan I selalu makan-makan kat kedai u.Tiapkali kitaorang keluar,kedai u adalah tempat wajib untuk kami pegi sebab masa kitaorang dulu,it’s cool to eat at your place.Apa barang makan kat kedai kopi?I bukan sombong tau.I cuma nak jumpa u,kalau I makan kat kedai kopi,nanti I tak jumpa u..  n_n
Bila I first date dengan suami I sekarang,kitaorang makan at your place jugak.I tau u tak marah sebab u understanding kan?I percaya ramai lagi couple kat dunia ni yang first datenya makan at kedai u sebab makanan kat kedai u sedap,ada aircond,ada privasi..and I suka sangat makan cheesy wedges tu.Tapi I kecik ati sikit masa u decide untuk charge RM1 untuk extra cheese.Sampai ati u!Tapi I tau u concern tengok berat I makin naik sebab selalu sangat order extra cheese kan,that’s why u buat camtu.I tau u sayang i…
Thanks for this!

I ingat lagi,bos I kat Shah Alam dulu pernah spon kitaorang satu ofis snack plate dari kedai u.Sebab tu I sayang sangat kat bos lama I.Mana pernah bos I yang lain belanja I my favourite food except him? Sir (Mr Selvarajah),thank you.You are the best and I also wish u all the best!
Cukuplah pasal kenangan I dengan u sebab kalau I nak tulis semua,sampai petang nanti pun tak siap.Tau tak,I sepatutnya buat statistik untuk bos I tapi demi u,I sanggup tangguh kejap..
Selalunya i order snack plate tapi pesan kat pekerja u,i nak ayam i diletak atas plate.Bagi sudu dan garfu jugak.I loyal customer so kena treat i baik-baik tau.

Darling,
I terkilan sangat bila lately nie banyak sangat orang kutuk kedai u.Mereka cam dah lupa how much fun they have masa makan kat kedai u.Baru tengok dua video,dah meroyan macam diaorang tu sangat-sangat pentingkan kebersihan dan kesihatan segala.Kalau betul diaorang pentingkan tu semua,mesti diaorang masak sendiri kan?Mereka semua memang tak setia,tak tau menghargai..U beruntung tau sebab my love never change.Kalau tak nak makan kat kedai u,tak payahlah nak kutuk-kutuk.Jahat betul diaorang ni mengutuk makanan yang diaorang pernah makan hingga menjilat jari.
Selalunya i tak makan mini bucket nie....

Sebab tu dari dulu I tak berapa setuju dengan sistem u.Kenapalah u suka ambik budak-budak lepas SPM,budak-budak tengah cuti semester..kerja kat kedai u?U bagitau I dulu,sebab daripada diaorang menghabiskan masa-masa lapang dengan aktiviti tak berfaedah,baik mereka kerja kat kedai u.Ada gaji.Tapi sekarang,u tengoklah.Disebabkan orang-orang camnilah perniagaan u terjejas.Mereka ni yang kurang didikan sivil,ada ke treat food camtu?Budaya mana ntah mereka belajar,bagi customer yang bayar gaji mereka dengan makanan camtu?Tapi I tau sorang dua jer yang camni.U patut ambik tindakan serius terhadap mereka ni.U kena saman tau!Biar orang awam tahu yang u dah ambik tindakan.Tapi I tau u tak nak buat sebab diaorang ni mesti bukan dari orang kaya-kaya kan?Kalau tak,mesti mereka tak kerja kat kedai u.Tapi u kena buat something jugak….
Darling,
I thank God that you are not alive to see what this people have done to something that you have put so much effort on it.Kesian sangat I kat u…Mereka semua ni tak tahu sejarah (thanks Fyna!!) u nak buka kedai..Dan kesian jugak kat pekerja-pekerja u yang tak bersalah.Kerana nila setitik,rosak susu sebelangga.
Cutenya u!

I want you to know,u’ll always be my love no matter what people say,what people do.U’ll always have my support.. Harland David "Colonel" Sanders..May u rest in peace..

Monday, 4 July 2011

Nasi Goreng Seafood Stulang Laut

Baru-baru ini aku ada terbaca dalam beberapa blog tentang nasi goreng seafood di Stulang Laut nie.Tadi masa kat ofis,aku tetiba macam teringin sangat nak pegi merasa nasi goreng ni.Kawan ofis cakap,makanan kat sini boleh tahan..So,balik kerja jer,aku dah pujuk encik husband untuk dinner kat situ.
Kedai ini terletak di belakang Zorro Café,kat sebelah kondominium di Jalan Stulang Laut 1.Kemungkinan sesiapa yang nak pergi untuk sesat adalah zero.Yela,kalau ratu sesat macam aku pun senang-senang jer boleh jumpa kedai ni,orang lain confirm jumpa punya.
Kedai ini tiada nama sebab tauke dia kedekut nak buat papan tanda.Tak pernah jumpa kedai cina takde papan tanda camni.Hish!
Masa aku dan suami sampai,meja kosong tinggal sikit jer. Konsep kat sini kita order air kat para pekerja kat situ,pastu makanan pulak kita kena order sendiri,pegi kat tempat dia masak nasi goreng tu.Ada sorang perempuan indon akan amik order kita.
Aku order nasi goreng seafood dua dan kerang sambal.
Selepas 10 minit menunggu,air sampai.

Teh o ais dan limau ais
Then kami pun borak-borak.
5 minit berlalu.
Akhirnya,kerang sambal sampai.

Maaflah kualiti hp murah jer..

10 minit kemudian,barulah nasi goreng sampai. n_n  Suami dah cakap dah,ni confirm sedap sebab lama sangat..  


Komen aku pasal nasi goreng seafood dia.
-      Udang dia memang besar.Ada dua ekor.

Cute jer udang dia

-      Nasi goreng dia ada kicap.Aku memang ada masalah penakut sikit nak makan kicap sebab aku takut nanti aku gelap.  n_n  Aku memang superstitious.

-      Tawar.Mungkin garam dia habis atau mungkin sebab aku suka benda masin sikit.Tapi memang tawar tau.Aku nampak dia just letak kicap pekat ngan kicap cair jer.Mana cukup tu?

-      Takdelah banyak sangat.Tak boleh share untuk dua orang macam kat blog lain cakap sebab food portion dia cam cukup untuk sorang jer..

Kerang sambal


-      Tak sedap.Berminyak.Masalah terbesar kerang ni ialah tawar.Kalau ada garam,sedaplah kot.

Limau ais

-      Pahit sebab dia blend limau sebijik siap dengan kulit sekali.

Masa nak bayar tu,isteri tauke tu macam along minta hutang.Takut aku.Aku elok jer ucap terima kasih kat dia,dia tak say Thank You atau sama-sama pun.Sedih I.Bad service.   n_n
Semuanya kami bayar, RM21.60.


Masa dah nak balik,encik suami cakap..
“Lepas ini tak payah datang sini lagi ya..”
n_n

Sunday, 3 July 2011

Resepi TomYam Daging

Sebenarnya,masakan tomyam ni ada beberapa jenis.Ada yang letak pes,ada yang pakai kiub ajer,ada yang tak pakai perencah..pendek kata macam-macamlah. Semua tu ikut selera dan mood masing-masing.
Aku bukanlah orang yang hebat giler masak tapi rasanya bolehlah.Takdela beza sangat dengan yang kat kedai..Lagipun kalau kita masak dengan ikhlas,hasil air tangan kita mesti akan sedap..Suami pun tak komplen apa-apa.

Resepinya..
Bahan-bahan
Daging (300 g)
Limau kasturi (sebiji-perahkan airnya)
Asam keping (2 keping)
Serai (2 batang)
Daun limau purut (4 helai)
*Bawang besar (sebiji)
*Tomato masak (3 biji)
*Cili padi (4-5 biji)
*Lengkuas (2 hiris)
*Bawang putih (3 ulas)
Brokoli
Garam,gula dan perasa

1.    Mula-mula hiris daging nipis-nipis dan rebuskan daging itu.Selepas rebusan mendidih,kita akan perasan ada buih-buih putih berkumpul kat bahagian atas air rebusan daging tu.Buangkan buih-buih tu sebab tu adalah lemak tau.Bila air rebusan dah jernih,biarkan daging tu duduk diam-diam dalam periuk ye..

2.    Kemudian,tumbuk/blend bahan-bahan yang bertanda * hingga hancur.

3.    Selepas itu,tumiskan bahan-bahan yang bertanda * sampai baunya wangi.Tak perlu guna minyak banyak sangat ya.

4.    Bila tumisan kita dah wangi,masukkan daging bersama air rebusan daging tadi.

5.    Kemudian,masukkan serai,asam keping dan daun limau purut. Serai tu,bila dah dibersihkan,ketuk dengan lesung dulu supaya baunya lebih obvious.

6.    Tunggu sampai mendidih,masukkan pula brokoli.

7.    Setelah itu,masukkan pula garam,perasa dan sikit gula..semua ni sukatannya secukup rasa.

8.    Bila semua dah ok,tutupkan api.Selepas api tutup,baru kita masukkan air limau kasturi tadi.Kenapa kita masukkan last sekali? Ini supaya rasa masam limau tu lebih terasa. Aku sukakan tom yam yang masam.

SIAP!

Nota kaki : Kepada sesiapa yang tak tau lengkuas tu macam mana rupanya..Sila jangan terfikir,eh..ada ke orang tak tau lengkuas tu camna?Akulah orang itu..  n_n   Yela,lengkuas tu bukan bawang putih yang aku memang pakai masak hari-hari. Tips aku,pegi kat kedai yang ada jual benda cam halia,limau..cakap jer kat mak cik tu..

"Kak,saya nak lengkuas.."

Nanti dia tunjukla..Senangkan?

Selamat mencuba.