Saturday, 21 May 2011

Menjadi orang kedua

Have you ever think of a feeling of a secondman? When I start to speak London, it means im upset. It means im not alright. I wish to continue typing in English actually but I takut makna tak sampai lah dow..huhu..some more it has been almost three years since I didn’t speak English..oh,dasar government servant sungguh!
Kembali pada apa yang aku nak cakap tadi. Kita selalu mengatakan apa perasaan orang pertama (selalunya isteri) bila pasangan dia menduakan (ni of course la orang kedua) dia. Kita selalu memikirkan kesian anak sulung selalu terpaksa menanggung tanggungjawab besar terhadap adik-adiknya. Ok,ini saja contoh yang aku dapat fikir sekarang.
Kita selalu lupa apa perasaan menjadi orang kedua. Orang kedua ni agak malang kerana tiada siapa pernah memikirkan perasaan mereka..sama ada orang terlupa,tak nampak atau kita hanya terarah pada orang pertama.
Tahu tak apa perasaannya bila orang yang kita sayang sepenuh jiwa,tak kira pasangan kita atau family kita sekalipun..lebih mengutamakan orang lain berbanding kita? Tahu tak betapa sakitnya dan lukanya hati bila melihat orang yang kita sayang bersama orang lain? Contoh, kita couple dengan suami orang, then one day kita ternampak bf kita tu dengan family dia. Its still hurt eventhough dari satu sudut, memang padan dengan muka kita sebab nak kat laki orang. But again,nobody is right or wrong in love.
Bila kita mengetahui kita disayangi oleh seseorang dan kita pun sayangkan orang tu tapi hakikatnya kita terpaksa berkongsi kasih sayang itu..itu sangat sakit dan mengecewakan.Lebih-lebih lagi bila kita langsung tak dapat buat apa-apa untuk mengawal keadaan. Lebih-lebih lagi bila kita tiada pilihan.
Aku tamak.Sangat tamak dan sangat mementingkan diri. Dan perasaan itu sungguh sakit. Seperti mahu pitam, seperti mahu membunuh, seperti mahu…ah,ntahlah..Mungkinkah nanti akan ada cerita,orang tamak selalu rugi,seperti aku dan perasaan ini?
Jalan ini sungguh sukar untuk dilalui, aku harap aku tabah.

Tuesday, 17 May 2011

REALITI KEBANYAKAN ORANG MALAYSIA

Line internet sungguh slow.Maka untuk tidak membuang masa,aku akan mengupdate blog sambil menunggu youtube buffering.. :)

Kali ni nak share something yang kita semua lakukan tapi tak perasan..
Orang Malaysia ni sangatlah bersopan-santun dan berbudi pekerti kalau di tempat orang. Contoh paling dekat, kita akan menyumpah-nyumpah,merungut-rungut,bertolak-tolak..siap buat aduan lagi..kalau mereka perlu beratur lama di airport sebab perlu buat pemeriksaan untuk pas perjalanan tetapi kita akan senyap saja kalau sampai kat negara orang dan orang kat sana check semua penumpang satu persatu dengan masa yang lama. Dalam hati kita akan cakap, oh..ini undang-undang negara orang.Kita perlu ikut. Habis,undang-undang negara sendiri?
Kalau ditanya kita orang apa, semua orang Malaysia akan jawab..dia orang Melayu, Cina, India dan lain-lain. Even aku pun.. MELAINKAN ketika berada di luar negara, baru kita akan cakap kita ni Malaysian. Pelik?
Orang Malaysia sangat sayangkan tenaga. Kalau pegi kat mana-mana shopping mall, kita akan perasan banyak kereta berpusing-pusing berkali-kali semata-mata untuk mencari tempat parking yang paling dekat dengan lif atau pintu masuk. Kenapa tak cari tempat parking yang paling dekat dengan pengawal keselamatan? Kan kereta lebih selamat. Aku pun tak faham. Kadang-kadang sanggup tunggu untuk kereta lain keluar hingga menyebabkan kesesakan di tempat parking gara-gara nak parking tempat yang paling dekat. Kadang-kadang sampai bergaduh..Isk!
Orang Malaysia tak naik tangga kecuali tangga rumah. Pegilah mana-mana bangunan bertingkat, secara automatik kita akan cari lif atau eskalator. Even kalau kena naik satu tingkat pun, kalau ada lif, kita akan guna lif. Kalau kat mall, eskalator yang turun..yang TURUN yer..bukan naik..rosak,kita akan merungut sebab terpaksa turun eskalator. Turun tangga pun malas,apatah lagi naik tangga..
Kita suka membangkang. Segala apa yang dicadangkan kepada kita, kita akan bangkang,kita akan komplen. Contohnya, bila RON95 naik harga, kita semua bising. Tetapi bila orang asing yang terang-terang menggunakan plat kereta negara lain beli RON95, kita tengok saja. Alasan kita, alah, dia beli sikit jer. Tak luak pun.. Bayangkan ada 100 orang fikir camni?
8 dari 10 majlis yang diadakan di Malaysia tidak akan bermula seperti dalam aturcara. Contohnya,majlis sepatutnya bermula pukul 9 tetapi waktu ni biasa tetamu baru sampai. Kalau nasib baik, paling awal majilis tu akan bermula pun 9.45..
Kebanyakan orang Malaysia suka cerita sensasi. Sebab tu Harian Metro sangat laris.Titik. Tak payah bukti lain.
Orang Malaysia sangat bagus dari segi makanan sebab lidah kita ni..masaklah masakan Negara mana pun..Turki, India, Jerman, Perancis, Jepun, Korea..suma kita makan. We are food lover!
Till next time!

Saturday, 14 May 2011

Oreo Cheesecake

Okey..this time nak pakai font lain sebab saya suka ini font. Bookman old stlye is my favourite font. Let’s straight to the point..
Semalam aku ada buat oreo cheesecake..Dan aku nak bagi resepi dia kat sini sebab kalau ada yang teringin nak buat, boleh cuba.Sebab yang lagi penting, kalau aku lupa resepi, aku boleh buka blog sendiri dan tengok. Oh ya, aku sertakan harga sekali yer supaya boleh agak bajet..Dan entri ini sangat panjang sebab aku memang suka membebel. Kalau rasa stress membaca bebelan aku, baca yang BOLD saja. :)
Resepi Oreo Cheesecake
Bahan-bahan
2 bungkus biskut oreo original yang paling besar
(Oreo ori yang paling sedap.yang lain cam tak berapa. Harga dalam RM7)

Butter 50 gram
(Since aku lupa dan malas nak cari mana aku letak penimbang utk kuih tu, aku agak-agak jer. Butter tu kan cam bongkah. Potong kira-kira 1 cm dari butter itu ya..Harga RM4.26 kalau kat Giant)
Cream cheese Philadelphia 250 gram
(Cream cheese ni sepeket memang 250 g so tak payah timbang. Mesti pakai brand ini sebab ini yang paling sedap dan paling bagus. Harga RM10.99..)

 Untuk gambar yang lebih jelas, sila google yer..

Susu pekat setengah tin
(Suami tersayang tak suka susu tin ni. Kat resepi asal pulak ada so untuk kepuasan hati orang tersayang dan hati diri sendiri, aku pakai 3 sudu jer. Harga RM2.49. Aku amik brand yang mami aku salu beli)
Itulah bahan-bahan nya..Kira bajet RM30 la..eh, baru perasan, kalau beli kat Secret Recipe pun sama jer harganya kot tapi ini untuk kepuasan hati yer...
Cara-cara membuat :
Mula-mula kita oleskan sedikit butter kat loyang. Ini bagi memudahkan kita mengeluarkan kek kita nanti yer.. Aku guna loyang 9 cm.

Bahan A
Keluarkan sepeket setengah oreo dari bungkusannya dan tinggalkan baki dalam 6 keping biskut jer ya..
Lepas tu kita cairkan butter yang 50 g tadi.
Sila blend Bahan A.
(Aku ada blender tapi blender untuk juice. Dan sedihnya aku tak dapat blend.Aku tak tau pun blender jus tak boleh blend cookies selama ni. :( Maka dengan hati kecewa aku pandang-pandang sekeliling dapur dan ternampak LESUNG BATU! Bak kata pepatah, tak ada gading, tanduk pun berguna juga. So aku pun menumbuk oreo tu hingga hancur. Make sure tumbuk hingga halus.. Pastu,masukkan dalam container dan gaul dengan butter hingga sebati. Siap! )
Hero of the day!

Selepas bahan A sebati, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan. Letak dalam freezer.
(Nak kasi mampat, ratakan dulu biskut tu. Pastu gunakan tangan anda untuk memampatkan Bahan A tersebut yer..Ini namanya air tangan seorang isteri. Jangan lupa cakap dalam hati..semoga dengan memakan ini, suami aku akan sayang aku lebih.Aku bukan bomohkan laki tau. Ini petua saja.Kepada yang tangan lembik, suruh jer orang lain buat. Nanti adunan tu tak melekat pulak.Jadi bini orang ni tangan kena kuat.Nanti kalau laki buli, tumbuk saja laki itu. Hehehe..)

Bahan B
Blend Cream Cheese dan susu pekat. Bila dah sebati, masukkan baki biskut oreo yang 6 keping tu dan blend lagi.
(Semalam aku terletak dalam 10 keping biskut tu jadi kek aku macam kek coklat while it suppose to nampak macam kek vanilla. :( Jadi next time akan letak 6 keping jer untuk lapisan atas. Tapi rasanya tetap sama sebab kat atas dia rasa cheese je..
Kemudian, tuangkan bahan B di atas Bahan A dan ratakan.
Masukkan dalm freezer dan biarkan semalaman.
Lepas tu boleh makan... Senang sangat!

Its suppose to look like this..Yang aku buat, hanya boleh dilihat oleh my hubby,my mum & Cik Adeline
Nota kaki : Kek ini cepat cair ye toppingnya. Taklah cair cam aiskrim tapi cheese kan..memang dia ada lembik la kalau lama kat luar ice box. So, kalau tak habis, simpan lam ice box ye.. Selamat mencuba..


Tuesday, 10 May 2011

Saya orang biasa


Tahu tak camna perasaan menjadi ugly duckling? Dari seekor itik yang hodoh, menjadi angsa yang sangat cantik. Perasaan itik tu must be so proud of itself. Pernah tak terfikir bagaimana kalau angsa tu berubah menjadi itik pula? Maksudnya dari cantik menjadi hodoh?

Kita tak patut mempersoalkan segala kurniaan Tuhan. Itu memang hakikat. Tapi manusia, terutama persekitaran kita penuh dengan orang-orang yang suka menilai.

Gadis itu pernah merasa cantik, gadis itu sering dipuji hampir setiap hari tak kisahlah pujian itu ikhlas atau tidak, kata orang senyuman gadis itu cantik..gadis itu sangat bangga dan sangat bersyukur dengan apa yang dimilikinya. Tapi kini, gadis itu sudah tidak cantik, gadis itu sudah gemuk, tiada lagi pujian yang diterima oleh gadis itu, senyuman gadis itu tidak lagi cantik sebab wajah gadis itu tidak lagi bujur sireh seperti sebelumnya..

Mungkin ada yang akan mengatakan gadis itu patut bersyukur kerana masih hidup, kerana sempurna tubuh badan, kerana tidak perlu mengemis untuk sesuap nasi. Itu memang benar tetapi jika begitu, kenapa setiapkali berhadapan dengan orang, orang akan mengatakan gadis itu alahai kenapa dah gemuk..kenapa bila dia berjalan orang akan mengatakan, alahai kenapa perut dia buncit..bila dia duduk orang akan mengatakan alahai besarnya punggung..kenapa bila dia berbaju lengan pendek, orang akan mengatakan besarnya lengan dia.. Kenapa? Bagi orang yang dah biasa jadi ugly duckling, mungkin perkara itu biasa tapi bagaimana dengan orang yang biasa menjadi angsa yang cantik..tetapi tiba-tiba menjadi ugly duckling?


Dalam masyarakat kita, kita takkan pernah memandang orang yang gemuk itu cantik. Tak pernah! Definisi perempuan cantik bagi masyarakat kita, langsing dan putih. Kalau tidak, kenapa Dr Rozmey boleh jadi jutawan dengan menjual produk kurus? Kalau tidak, kenapa kat Guardian ke, Watson ke..berlambak produk pencerah kulit?



Antara aktress korea yang paling jelita..putih dan slim..



Malaysian's sweetheart. Putih dan slim jugak.

Need i show more picture?

Tahu tak betapa tertekannya menjadi tidak cantik? Dan tahap stress itu akan bertambah bila pasangan lebih kecil? Lagi-lagi kalau kita perempuan, pasangan kita lelaki. Dan dia jauh lagi kecil dari kita. Have you ever think how stressed it is? Stress tahap nak suicide? Lepas tu bila berjalan, orang akan pandang-pandang. Tak payah tanya, dah tahu orang tu akan fikir..eh,kenapa laki tu pilih pompuan gemuk camtu? Cam nombor 10 jer.. Tahu tak betapa sedih dan tertekan tuan empunya badan?

Kadang-kadang kita suka mainkan rupa fizikal orang. Depan-depan! Cakap kat orang, hei gemuk! Sungguh tak baik buat orang gitu. Kalau boleh minta, semua orang pun nak rupa cantik. Nak sempurna. Tapi tu tak mungkin berlaku. Setiap komen buruk tentang badan membuatkan hati bagai dicarik-carik, bagai disiat-siat..

So please..i beg u..please don't hurt others feeling. Please don't let others hurt your partner's or your friend's feeling. Please......Please don't laugh at these mean people's joke. Walaupun fizikalnya tidak cantik, tapi rasanya orang ni perangainya sama jer macam orang lain. Hatinya sama. Malah kalau korang perlukan darah kat hospital pun, rasanya darah orang camni pun layak untuk selamatkan korang..

Walaupun kita selalu tengok hero-hero cam Superman,Batman, Wonder Girl tu sumanya badan cun-cun tapi ada gak hero yang sangat comel..

Okey, aku cuba google dan mencari hero yang cute tapi tak jumpa. See..diskriminasi!  :(

Saya gemuk.Saya tak cantik.Kulit saya pun tak licin.Tapi ketiak saya tak busuk sebab saya guna rexona. Mulut saya pun tak busuk sebab saya guna Darlie. Rambut saya tak cantik tapi tak busuk sebab saya shampoo rambut tiap ari. Hati saya baik kalau hati awak pun baik. Jadi kalau kita kawan, boleh tak awak janji jangan kutuk badan saya? Nanti saya sedih..Awak tak kesian kat saya ke?  :(

Sunday, 8 May 2011

She loves him..


Lelaki itu..

Dia masih ingat pertama kali mereka berjumpa. Masa tu dia tengah briefing dalam office, masa tu ramai sangat dalam ofis. Tetiba pintu ofis terbuka. Lelaki itu masuk tanpa mempedulikan semua orang di dalamnya. Dan orang lain pun tak mempedulikan lelaki itu kecuali dia..Dia memandang lelaki itu, mungkin di mata orang lain, tidaklah hensem..tapi there's something yang membuatkan dia tertarik. It was love at first sight for her. Dia bukanlah gadis yang sering jatuh cinta, malah tidak pernah langsung jatuh cinta pandang pertama, gambar lelaki pertama dalam walletnya pun Shah Rukh Khan...tapi kenapa dengan lelaki itu dia jatuh suka walaupun dia tak tahu siapa lelaki itu,tak pernah bercakap dengan lelaki itu...

Kemudian, mereka briefing lagi. Kali ini di cafe. Masa tu, dia datang lambat sikit. Masa dia datang semua orang dah ada. Dan dia dapat duduk di penjuru meja.. Betul-betul bersebelahan dengan lelaki itu..  :)


Dia memang tak pandai melukis. Ini meja makan...harap yang melihatnya faham...

Masa di meja makan itu, dia asyik pandang lelaki itu. Bercakap dengan lelaki itu. Masa tu, dia meneliti lelaki itu. Pandang jarinya, bersih. Kuku lelaki tu pendek, dipotong kemas. Dalam hati dia cakap, oh bagus.Ini maknanya lelaki ini pembersih. Tengok muka lagi..Hmm,bibir tak hitam. Maksudnya, tak merokok. Ok, bonus..Dan orang yang buat briefing tu cakap sesuatu yan bagus. Dia cakap sebagai rakan sekerja,kita patut saling contact each other. Dia fikir, bagus. Kita patut saling contact! Maka dia dengan tak malunya minta nombor hp lelaki itu. Dengan alasan, yela..in case of anything..  :) Tapi lelaki tu tak minta nombor dia pun. Dia hampa sikit tapi sikit jelah..Sesuatu yang kita usaha untuk dapatkan, barulah thrill!

Malam iu bila balik rumah, dia memang tak sabar nak contact lelaki itu. Mula-mula dia missed call saja sebab tak tahu nak cakap apa. Kalau call, nampak agak melampau. Kalau sms, nampak sangat tak mesra pulak. Jadi miskol jela. Then mesej masuk. Tuhan saja tahu betapa happynya time tu!  :) Sejak malam tu, mereka selalu sangat msg. Malangnya mereka tidak ditempatkan di group yang sama tapi takpelah..

Lelaki itu tak pernah menunjukkan perasaan suka tapi lelaki itu sering membantu, sering melindungi dia. Pada suatu ketika, dia pernah terlebih amount duit masa buat sales dan its a big deal..Dia nangis call lelaki tu dan macam yang dia harapkan, lelaki itu cuba membantu dia. Mereka tidak bekerja di shif yang sama tetapi lelaki itu sentiasa sms dia, dan akan teman dia sampai dia tidur. Tak pernah sekali pun lelaki itu tidur lebih awal dari dia...

Dan akhirnya mereka bersama. Semoga Tuhan merestui hubungan mereka. Dia berjanji, selagi dia mampu, dia akan pertahankan hubungan mereka.. Andai itu lelaki terbaik untuk dia, dia berdoa pada Tuhan, dekatkanlah mereka..

Persahabatan mereka mungkin nampak lain. Mungkin tak konvensional. Tapi moral di sini ialah kalau kita tak mengalah, kalau kita tak give up, kalau kita bersungguh-sungguh..segala apa yang kita inginkan, pasti akan kita dapat..

Falling in love with you is not that hard but to keep this relationship..i hope that we'll do our best together..

xoxo





Saturday, 7 May 2011

Mengapa kita begini?

Tadi aku terbaca satu blog mengenai cover depan sebuah akhbar. The blog's content itself tidak begitu menarik perhatian aku tapi puluhan harsh comments kat bawah blog tu betul-betul buat aku tertanya,kenapa kita jadi begini?

Ada banyak komen mengatakan marilah kita bersama-sama menghapuskan penganut agama Kristian dan bangsa lain. Kenapa wujud orang begini? Aku menulis ni bukan sebab aku nak tegakkan agama,bukan sebab aku nak kutuk bangsa lain, bukan sebab aku nak menidakkan agama lain..tetapi atas dasar kemanusiaan. Aku teringin sangat nak beri pendapat tentang perkara ni.

Rasanya semua orang tahu, manusia pertama yang dicipta Tuhan adalah Adam dan Eve atau Adam dan Hawa. Ikut pendapat masing-masing nak guna yang mana satu. Dan apa yang aku tahu dari apa yang aku baca (mungkin aku salah,sila betulkan..) sewaktu dua manusia ini dicipta, Tuhan memang wujud. Syurga memang wujud. Syaitan pun memang wujud. Semua itu telah ada sebelum dua manusia ini dicipta. Tapi, pada ketika ini, wujudkah agama? Pada ketika itu, Adam dan Eve atau Adam dan Hawa ini percaya pada Tuhan tapi aku belum pernah terbaca di mana-mana bahawa mereka adalah penganut agama Kristian, Islam, Hindu, Buddha..

Selepas beberapa ketika, barulah wujud pelbagai agama. Dan setiap manusia di Bumi ini menganut agama mengikut pilihan atau takdir yang telah ditentukan untuk mereka. Soalan aku, kenapa manusia-manusia ini sibuk mengatakan agama/bangsa mereka yang paling bagus? Dan apa hak mereka untuk memusnahkan bangsa atau penganut agama lain? Sebagai seorang yang sering bergaul dengan rakan yang berbilang bangsa, malah my family pun berbilang agama..aku tak rasa pun ada agama yang menyuruh kita buat jahat kepada orang lain. Kalau ada,mungkin ajaran sesat..

Rasanya semua orang percaya pada Tuhan tak kira Tuhan tu dalam bentuk yang bagaimana tapi apa yang penting, kita percaya pada Tuhan. Dan kita semua acknowledge yang Tuhan wujud sebelum alam semesta ini wujud. Jadi kenapa kita perlu saling berbalah sedangkan pada hakikatnya, kita percaya pada perkara yang SATU. Contohnya, kenapa kita perlu mempersoalkan nasi goreng, nasi ambang, nasi lemak atau nasi campur..mana satu yang paling sedap sedangkan main ingredient nya adalah nasi. Dan fungsinya adalah untuk mengenyangkan.

Lumrah manusia, bila perkara yang dia sangat percaya dikutuk, dia akan sedaya upaya mempertahankannya. Kalau perkara ni berterusan, nanti kita berperang. Untuk apa? Berbaloikah kalau kita berperang? Contoh macam Gadaffi dan Amerika. Gadaffi cakap dia nak pertahankan hak dia. Amerika cakap dia nak lindungi penduduk. Then dua-dua berperang. Atas alasan yang suka-ati-diaorang-aku-tak-kisah. Dalam keadaan ini, soalan aku adakah rakyat di negara itu kisah kalau Gadaffi tak jadi ketua lagi? Adakah budak-budak, bayi..adakah mereka kisah kalau Amerika menang? Sebab hakikatnya, mereka tak faham pun apa yang berlaku (ini untuk bayi) dan mereka menjadi mangsa. Mereka ini ada hak untuk hidup.

Bila Osama meninggal, mungkin ada pengikut dia cakap,dia mati memperjuangkan kepercayaannya. But, did he even realised how much do others have to pay for his belief? Betapa banyak orang mati, berapa banyak orang menderita, berapa banyak perempuan kena rogol tentera, berapa banyak orang tak makan, berapa seksa rakyat seluruh dunia terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga minyak, betapa sayangnya Taman Babylon yang merupakan antara tujuh keajaiban dunia musnah..semua ini semata-mata kerana US nak tangkap dia. Adakah mereka ini rela diperlakukan sedemikian? Mungkin bala tentera atau pengikut dia rela tapi..paling senanglah..berapa ramai antara kita yang merungut bila harga petrol naik?

Mungkin ada yang akan persoal,takkan nak salahkan dia seorang? Kalau dia tak rancang kejadian.11 Sept, semua tu mungkin tak berlaku. Kita pun maklum, tindakan berlainan yang kita ambil untuk sesuatu situasi akan menyebabkan tindak balas yang berlainan. Tapi benda yang berlaku pun sudah berlaku. Sila ambil iktibar.

Berbalik pada pemberi komen yang kata marilah kita bersama-sama memusnahkan penganut agama lain tu..cuba kalau negara kita jadi macam Jepun. Loji nuklear di Malaysia (ini contoh) bocor. Adakah pemberi komen ini sanggup menjadi orang yang akan masuk dalam loji tersebut untuk memulihkan kebocoran tersebut? Kalau tanya direct, mesti dia akan kata sanggup. Tapi kalau betul-betul, adakah dia sanggup mati dan meninggalkan keluarga untuk keselamatan negara? Berapa ramai orang yang sanggup mati untuk sesuatu perkara? Kalau kita tak sanggup, kenapa kita sanggup beri idea untuk musnahkan atau dalam erti kata lain, membunuh orang lain hanya kerana kepercayaan dia berbeza dari kita?

Kita di dunia ini, tidak kira kita manusia, flora atau fauna..kita semua berbumbungkan langit yang sama, kita semua diterangi oleh cahaya Matahari yang sama, kita semua menghirup udara yang sama. Setiap orang mempunyai peranan masing-masing. Hidup ini bukan Facebook yang kalau kita tak suka orang tu, kita boleh unfriend atau block the person..

I am sorry..

xoxo