Wednesday, 27 April 2011

Beware!

Entri kali ini agak serius.Sangat serius. So, takde gambar untuk kali ni.Tadi aku sempat berbual dengan seseorang.Dan dia bagitau aku benda ni.Ini citernya..
Ash dan Ann dah couple untuk dalam dua tahun gitu. At the same time Ash ni ada girlfriend lain tapi Ann tak tahu.Dalam kes ini,aku tak tahu lah sapa yang skandal sapa..Ann  ni skandal Ash ke,girlfriend Ash yang lagi sorang ni skandal Ash (harap maaf kalau tak faham maksud aku sebab aku tak reti explain).Satu ari, Ann bawa Ash jumpa family dia. Family Ann ternyata tak suka kat Ash sebab ntahlah..Memang tak berkenan lah tu. So, Ash decide untuk break off dengan Ann.
INILAH YANG PALING PENTING.
Selama seminggu, Ash layan Ann cam biasa walaupun masa ni Ash memang dah decide untuk putus. Diaorang having sex (kepada sesiapa yg masih suci tu,tak payah terus baca ya sayang.. ). Selama ni diaorang having sex secara biasa,normal..Tapi kali ni sebab diaorang dah nak putus,dan Ash anggap ni last diaorang akan 'bersama', so dia buat plan.
Dia beli sesuatu. Germany Sex Drop. Sila google kalau nak tahu pasal ni. Dia letak a few drops dalam air coke sebab menurut cerita yang aku dengar, benda ni sangat berkesan kalau letak kat Beer, coke..air yang buat kita cepat nak kencing. Sebab dia akan start effect sebaik saja kita nak kencing. Dan benda ni langsung tak effect kat lelaki. Apa yang berlaku lepas Ann minum coke tu, bayangkan sendiri la ya..
Endingnya, lepas suma tu berlaku, Ash minta putus.
Moral of the story...
Jangan minum air/makanan yang orang lain beri walaupun orang tu pasangan kita unless kita nampak benda tu depan mata. Kita tak tahu dan takkan tahu hati budi orang. Niat jahat orang. Kita sendiri jer yang boleh jaga diri sendiri.
Nenek aku selalu pesan, kalau orang lain tak minum/makan benda tu, jangan ambik. Sekarang, even kalau orang lain minum/makan, kita kena jugak berhati-hati. Please love ourselves.
Kepada lelaki-lelaki di luar sana, ini jer mampu aku tulis..

‘Hawa’ dciptakan dari tulang rusuk ‘Adam’
Bukan dari kepala untuk djadikan atasannya,
Bukan dari kaki untuk djadikan alasannya,
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya..Dekat pada lengan untuk dlindungi dan dekat di hati untuk dicintai..

Kepada si pencerita, maaf ya..aku cuma nak suruh kawan-kawanku berhati-hati sahaja...

Tuesday, 26 April 2011

Cinta

Setiap orang sepatutnya pernah jatuh cinta.Aku pernah jatuh cinta,tak kisahlah orang gelar cinta aku tu cinta monyet ke,cinta palsu ke,cinta atas dasar nafsu ke..Tapi hakikatnya aku pun pernah rasa cinta tu camna.Bila dah kahwin ni,rasa cinta tu aku rasa lebih berat pada rasa sayang.Kalau dah kawin,faham kot maksud aku.




Kenapa kita jatuh cinta?

Aku pernah jumpa banyak orang yang bangga giler dia tak pernah bercinta,atau orang yang happy sangat cakap.."Oh.he's my first love.Then kitaorang terus kahwin.Kesiannya u kena putus cinta banyak kali baru jumpa The One"..Boleh tak kalau aku sekeh kepala dia ni?Hello!Just because engkau tak pernah putus cinta,doesn't mean you are better than me and of course la..doesn't mean i am better than you.

Setiap orang ada pendapat masing-masing.Bagi aku, sering jatuh cinta dan kecewa, benda tu sebenarnya menguatkan aku.Bila perkara buruk terjadi pada aku, aku senang je cakap pada diri sendiri, aku pernah melalui benda yang jauh lebih teruk so this is nothing compare to that one.Pengalaman betul-betul mendewasakan kita.Really.Manusia yang pernah buat aku nangis, aku dulu memang rasa benci yang teramat sangat sampai aku sumpah manusia itu. Takkan senang seumur hidup dia sebab mainkan perasaan perempuan. Sekarang aku masih benci dia tapi aku bersyukur juga lah,kalau aku tak kenal dia, aku tak tahu pun dalam dunia ni wujud manusia camtu. But again, setiap apa yang pahit,mesti ada yang manisnya kan?

Bunuh diri sebab cinta?Bunuh orang sebab cinta?



Banyak sangat aku dengar pasal ni.Dulu selalu sangat dengar orang bunuh diri sebab cinta, sekarang orang bunuh orang lain pulak sebab cinta. Oh,dunia. Aku sendiri..masa remaja dulu,aku pun pernah bodoh jugak..Telan pil banyak-banyak sebab konon dah tak nak hidup lagi dah.Sebab sorang lelaki je buat gitu.Kalau orang tu tahu aku nak bunuh diri, takpe lah jugak. Pas telan ubat banyak-banyak,selain dari tu aku pernah minum ubat batuk sebotol..aku tidur.Mabuk ubat. Then hidup lagi. Syukur sangat. Nasib baik buah pinggang aku tak rosak.

Kepada sesiapa yang ada hati nak bunuh diri tu..kalau masih remaja,aku nak cakap..Hello!Kau ingat coffin tu murah? (ok,tetiba terlupa camna nak cakap coffin in malay..) Lagi-lagi kalau bukan Islam tu..ingat tanah perkuburan tu murah ke?Minta jauh lah saudara-mara aku buat gini.Aku tak cukup duit nak tanggung kematian korang yang korang sendiri minta. Kepada yang dah tak remaja lagi,aku nak cakap..Hutang dah habis bayar ke awak?Hutang kereta,rumah,pinjam ngan along..nanti sape nak bayar suma tu kalau engkau mati bunuh diri?Nak nyusahkan family?Banyak cantik muka.Ingat hutang burn ke kalau mati?

Yang sanggup membunuh sebab cinta..contohlah kekasih dia tinggalkan dia,then kekasih dia jumpa bf lain,dia bunuh bf ex dia tu. Meh kita bayangkan sama-sama. Let say this happen, your ex tu nak ke couple ngan korang lepas tahu korang ni permbunuh?Aku nak guna word tu pun takut.Pastu,korang masuk penjara.Memanglah sedap makan free tapi let say lah korang dibebaskan satu ari nanti, tak fikir ke you've waste bertahun-tahun of your life dalam penjara just for a person, and at the end, you've got nothing left?Memalukan family,memalukan diri sendiri.Then camna korang nak cari kerja dengan rekod buruk tu?Jangan cakap sedangkan cacing dalam batu pun boleh hidup. Itu aku pun tahu tapi kita ni bukan nak hidup je..kita nak hidup senang..atau paling kurang kita nak hidup dengan selesa. Kan?

I will love you till the end of time.

Benda ni cuma ada dalam cerita fairy tale jer okey? Memang ada orang yang akan menyayangi pasangannya hingga akhir hayat. Aku doakan aku dan suami aku pun camtu.Amin. Tapi camna dengan orang yang dah kena tinggal dengan pasangan dia tapi masih jugak menunggu si polan tu?Alasan, tak mungkin dapat cinta kat orang lain lebih dari dia tu. Dia lah orang yang terbaik.Come on lah sayang. Kita kat dunia ni ditakdirkan berpasangan.Bila kita tinggal seorang, move on lah.Hidup ni terlalu singkat untuk kita persiakan.

Sakit putus cinta sampai takut nak bercinta lagi.

Putus cinta memang sakit.Badan rasa lemah,bergerak pun cam tak boleh,mata sakit sebab banyak nangis,suara serak,rasa nak muntah..Patut orang kata,feel like dying walaupun kita tak tahu camna rasa nak mati sebenarnya. Tapi aku selalu ingat,ni tips aku kalau putus cinta lah..Bila kita sakit tu,kita cakap kat diri sendiri..Dulu aku bahagia sangat sampai aku lupa camna rasa kecewa.Sekarang,baru aku tahu kecewa tu camna. Kira cam hukum karma. Sebab tu dalam hidup ni,kalau kita nak orang baik dengan kita, buat baiklah dengan orang. Kalau kita nak pasangan kita setia,setia lah dengan dia.Kalau kita curang,satu ari nanti,percayalah..akan terkena kat batang hidung sendiri apa rasanya bila pasangan kita pulak curang kat kita.

Setiap apa kat dunia ni ada harganya.Tiada apa yang percuma melainkan kasih sayang ibu kita.Mother's love ni satu-satunya benda yang aku rasa bersyukur sangat aku tak perlu bayar apa-apa untuk mendapatkannya. So, kalau itu harga penderitaan yang kita perlu bayar untuk mendapatkan sedikit kebahagiaan, bayarlah harga kebahagiaan itu. Mungkin kalau kita rasa sedih sangat sekarang,kita akan cakap..bila lah aku nak bahagia ni? Percayalah,hari itu akan tiba..

Till next time..xoxo..

Saturday, 23 April 2011

Promise Is A Promise


Kata orang tua-tua.. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. Ni dah cukup untuk menunjukkan betapa pentingnya setiap janji yang dibuat. Dari kecil, aku memang dah terbiasa dengan tabiat, aku takkan berjanji untuk apa-apa sekali pun melainkan aku betul-betul yakin, aku akan tepati janji tu.

And the first person i've promised to is my dearest dad. Aku janji untuk merahsiakan sesuatu. Janji yang masih aku pegang sampai sekarang..R.I.P. daddy..

Tapi kita ni suka sangat mungkir janji. Kenapa? Aku paling benci.. Ok, aku listkan benda yang aku paling tak suka orang buat :

  1. Janji nak jumpa aku pukul 8. Tapi datang pukul 8.30,9.00..Aku totally tak boleh accept kalau orang tu lambat more than 30 minutes without a 'really' good excuse.
  2. Aku bagitau dia rahsia. Dia janji untuk rahsiakan. Tapi dia bagitau orang lain jugak. Cuma dia sempat cakap.. Ni rahsia tau. Jangan bagitau orang lain..Dan orang lain tu pulak bagitau kat orang lain..Dan benda tu berterusan sehingga rahsia bukan lagi rahsia. Amboi, kau ingat rahsia aku ni Skim Piramid yer? Suka suki jer nak sebarkan.
  3. Aku minta orang tu janji dengan aku untuk buat something. Tapi dia tak buat.   :(
Bila kita tak nak ditipu, bila kita tak nak dikhianati, janganlah kita buat gitu kat orang lain. Its hurt. Especially kalau orang tu orang yang kita sayang..



Awak, janganlah tipu saya. Benda tu mungkin kecik bagi awak, tapi penting untuk saya. Awak buat saya sedih..Tapi takpe..saya masih sayang kat awak..

xoxo

Thursday, 21 April 2011

Jalan

Hidup ini seperti memandu ke arah yang sama di jalan yang banyak simpang.Kita bebas untuk memilih jalan yang kita suka tapi kita tak tahu apa akan terjadi di sepanjang perjalalanan itu.


Jalan yang tak serupa jalan-jalan di Malaysia nie..

Mungkin kita akan rasa sesat, salah pilih jalan, mungkin kita akan jatuh sebab jalan tu berlopak, rosak. Apa yang patut kita lakukan? Ini realiti hidup, tak semua perkara itu indah. Tak semua jalan tu cantik.

Tetapi kita tetap harus melangkah. Sekali melangkah, kita akan terus melangkah. Pernah seseorang berkata padaku, kalau dah tak tahan lagi, berhentilah. Cakap tu senang tapi entahlah. Mampukah kita? Mampukah aku?

Itu jer yang aku mampu katakan untuk kali ini. See you..

xoxo





Wednesday, 20 April 2011

If i rule a country

Aku tahu bukan mudah nak memerintah sebuah negara. Tapi aku saja je nak berkongsi idea lah kan..Yela,benda dah ada kat kepala ni, rugi lak kalau simpan saja..hehe..

Benda pertama yang akan aku lakukan ialah mengkaji semula sistem bagi pekerja di sektor awam ni. Mungkin ramai yang tak sedar, banyak pekerja sektor awam ni manja giler. Tak boleh ditegur sikit, asyik nak ambik MC jer memanjang. Suma tu perlu diubah. Bagi aku, bagaimana sebuah negara nak maju kalau ada pekerjanya yang buat kerja sambil lewa saja? Camna nak ubah? Hmm..ubahlah peraturan. Jangan bagi kelayakan MC sampai beratus-ratus hari. Hadkan. Bagi MC 3 hari jer sebulan. Kalau betul-betul sakit dan perlu lebih MC, perlu ada medical report dari doktor. Medical report..bukan MC yang sekeping yang boleh dapat RM10 sekeping tu.

Lepas tu, kalau ada yang tak datang tanpa sebab lebih dari seminggu, buatlah tindakan potong gaji serta merta. Kalau masih buat, gantung kerja. Masih buat lagi, buang kerja. Buat tu sebagai syarat utama semasa masuk kerja. Jangan nanti kerajaan pulak kena saman sebab buang orang kerja. Dah satu hal pulak nak membayar.

Semua pekerja yang di barisan hadapan contoh macam polis,tentera,kastam,immigresen..yang menjaga keselamatan negara lah..mesti pastikan BMI dia berada pada paras normal.Tak boleh lebih berat badan. Mesti timbang setiap 3 bulan. Kalau BMI tak normal, bagi surat tunjuk sebab. Lepas 3 kali tunjuk sebab,masih jugak sama tanpa ada alasan yang kukuh (kuat makan bukan alasan ye), sila buang kerja. Cara ni agak kejam tapi fikirlah..kenapa kita nak orang yang tak sihat melindungi negara kita? Bayangkan ada peperangan? Orang yang camni..joging pun confirm semput..camna nak pastikan kita semua selamat? Tengok tentera Jepun, Amerika, China..ni tentera di negara-negara kuat ni..ada ke yang perut macam Doraemon?Kita memang boleh cakap, badan kuat tapi hati penakut buat apa? Iyer sayang,betul tu. Tapi kalau badan sekeping, hati besar cam gajah..orang lain langgar awak, awak dah jatuh..

Kaji semula cara pemberian tender-tender. Mungkin kalau aku pemerintah, agak susah nak monitor satu negara tapi negara kan penuh dengan orang yang bijak-bijak. Takde ke cara agar tender-tender tu tak diberi secara sebarang saja? Kesian aku tengok duit habis kat benda-benda yang sangat tak perlu. Bayangkan,pendrive 1G kena bayar RM100. Are you kidding me?

Tangkap saja semua orang yang suka tunjuk perasaan. Tangkap diaorang ni dan denda diaorang bersihkan tempat pembuangan sampah di Malaysia ni. Dari dia duduk sedap dalam penjara tu, baik suruh dia buat kerja. Camtu gak dengan penagih dadah dan penjenayah ringan. Jangan pulak ko suruh pembunuh buat suma tu,kang ko pulak yang kena..

Kepada yang suka buang sampah sembarangan, saman dan suruh dia buat kerja amal macam kat Singapura.

Jangan bagi diskaun saman. Boleh tak kalau sesiapa yang nak buat loan di bank, suma jumlah saman dia yang masih tertunggak, duit tu akan dipotong secara automatik sekiranya dia buat loan? Yelah, orang kan suka sangat buat loan..

Tu jer lah idea aku buat masa ini. Ini idea jer.. Tak payah buang masa nak bangkang aku..






Hutan Bandar Bistro

Aku sangat suka makan. Sangat suka sampai kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku kuat makan? Tinggal di Johor Bahru ni, one of my favourite place to makan-makan is Hutan Bandar Bistro la..Memang dah glamour dah tempat ni. Aku saja je nak tambah glamour. Tempat makan ni terletak di Hutan Bandar, dan cawangan keduanya terletak di sebelah Bangunan TJB..

Kenapa tempat ni famous? Sebab makanan dia murah giler,portion dia pun boleh tahan. Hubby dan aku selalu bincang camna lah diaorang ni nak dapat untung sebab jual makanan murah sangat. Adakah tauke ni ada ladang ayam? Kebun kobis dan salad? Kebun french fries? Entahlah, masih takde jawapan dan perbincangan tu akan sentiasa berterusan setiapkali kami makan kat situ. Hehe.

Tempat ni buka dari pukul 6 petang camtu sampai lah pukul 1 pagi. Ni average jer timing dia sebab time ni paling sesuai makan kat sini. Antara makanan favourite aku..


Grilled Chicken Chop

Ni memang sedap. Okey, sekarang sudah lapar. I won't say this is the best tapi aku rasa ni lah grill chicken chop yang berharga RM6.50 terbaik yang aku boleh dapat.



Oblong set

Oblong set ni..actually masa this picture taken, ni first time aku makan benda ni. Komen, sedaplah jugak pada yang suka beef. Tapi, memang besar dan banyak.. Tak rugi.



Cendol pulut

Cendol ni cuma ada kat cawangan yang kat Hutan Bandar jer. Woooo..this one is siyesly sedap,okey? Otak-otak, carrot juice, watermelon juice, durian belanda juice, laici ais,nasi goreng kampung dan nasi ayam panggang sos lada hitan dia adalah antara makanan wajib try kat sini..


Confirm pinggan korang licin camni....


xoxo


Family

I love my family..Bak kata Kimora Lee Simmon, Friend come and go..Love come and go..But family didn't. Its so true kan. Tak kira camna pun kita sayang kat pasangan kita, family's love is eternity.



Muka kita tanpa family akan seperti di atas. I miss my family so much.

Tuesday, 19 April 2011

Happy Readings Guys!!

Sebenarnya selalu ada blog ni..rasanya ni blog ketiga aku nie..semoga blog nie dapat di-update regularly la hendaknya..

xoxo