Wednesday, 9 November 2011

Review In2it Two Way Cake

Hai kengkawan!

I nak memperkenalkan two way cake kegemaran i.

In2It 2 way foundation, extra cover

Ini adalah two way cake yang terbaik dan paling lama I pernah pakai.Oh,dan paling mahal jugak bagi i. (n_n) I sentiasa pakai nombor OCF 04 Honey sebab i percaya kulit I ada yellow undertone so apa-apa produk,I akan pilih yang berunsur kuning.

Kenapa i suka produk ni?

Sebab warna dia betul-betul match skintone i,langsung tak cakey even kulit i jenis kering dan tekstur bedak ni yang silky dan halus.

Ada sesetengah bedak yang akan membuat muka nampak kelabu tapi bila guna In2It ni,muka akan nampak licin dan yang paling penting tona kulit nampak natural.

Bedak ni tahan lama dan boleh dikatakan kalis air.Dulu,masa i kerja kat AirAsia,i selalu sangat basah kuyup masa hari hujan.Tapi walaupun i basah kuyup,i tak payah risau muka i dari konon-konon ayu jelita (mari masuk bakul dan angkat diri sendiri) tetiba bertukar pucat sebab bedak dah habis luntur dek air hujan.Jadi i masih boleh berkata..lihat wajahku,kekal cantikkan..walaupun hujan.

Apa yang i tak suka pasal produk ni?

Bedak ni hanya dijual di Watsons/Guardian sahaja jadi selalu sangat takde stok.

Jatuh cinta tahap?
10/10.