Wednesday, 16 November 2011

Review Cleanser Safi Sari Zaitun

Hai kengkawan!

Kali ni i nak review pasal pencuci muka Safi.Hari tu i terfikir nak beli cleanser ni sebab i konon-konon nak melembapkan kulit muka.I sebenarnya dah lama beli cleanser ni tapi jarang sangat guna sebab i lebih suka guna pencuci muka Neutrogena ni. Cuma start dari last week,i mula guna cleanser ni dua kali sehari sebab sayang tengok benda ni terbiar jer kat bilik mandi.


Apa yang i suka pasal produk ni?
Cleanser ni remove light make up (kecuali maskara waterproof) dan bila dah pakai,kulit muka i tak rasa ketat.Bau cleanser ini soft jer,macam bau produk kebanyakkan produk Safi yang lain.Apa yang paling i suka ialah sejak i pakai cleanser ni,bintik-bintik hitam i berkurangan.Awesome!

Apa yang i tak suka?
Mula-mula husband i pakai cleanser ni (sebenarnya i paksa dia pakai sebab cleanser dia mahal sangat),dalam dua minggu dia pakai,dia komplen kat i,dia cakap pencuci ni buat muka dia oily (kulit dia jenis normal).

Bila i sendiri guna, lepas seminggu,tetiba ada orang tegur muka i nampak berminyak (kulit i jenis yang sangat kering dan sensitif).Sebelum ni,muka i memang jarang sangat nampak berminyak unless bila i bangun tidur.Itu pun kadang-kadang.Walaupun i tak suka muka i kering,tapi i pun tak nak muka i berminyak..

Kesimpulannya?
I takkan beli lagi produk ni sebab dia buat muka i oily.Cleanser yang ada ni,i akan guna juga.Bukan untuk digunakan sebagai pencuci muka..sebaliknya sebagai shower cream.Yes,memang kedengaran sangat mengarut tapi bila i guna pencuci muka ni sebagai shower cream,kulit i terasa lebih lembab.Sekurang-kurangnya i tak membazir kan?  :)

Jatuh cinta tahap?
3/10