Monday, 14 November 2011

Kelahiran Jojo dan Popo Junior

Hai kengkawan!

Tahukah anda bahawa i memang tak suka dan geli dengan kucing?Tak kisahlah orang nak cakap i ni tak penyayang ke,hati batu ke,apa ke..i memang tak suka kucing.Tapi family i ada bela kucing siam empat ekor sebab adik-adik i suka.Empat ekor ni bernama Popo dan Leo (adik beradik),pastu Peanut dan Jojo.Popo seekor jer betina.

Popo ni i buat nama tau.Sebab i suka Po yang kat Kung Fu Panda tu.

Ini Jojo.Dia unik sebab mata dia sebelah biru,sebelah kuning.I takde kena mengena dalam memberi nama kucing yang sekor ni.Mak i cakap,kalau diaorang pulang ke rumah,pastu tak greet Jojo ni dulu,dia akan merajuk tak nak pandang kalau kita panggil.Oh,i takde kena mengena juga dalam cerita ini sebab i memang tak pernah sentuh/panggil/manja2 dengan kucing.

So,nak dijadikan cerita,semalam i call mami i dan tetiba keluarlah dialog ni.


Mami : Tahu tak Popo tengah mengandung sekarang.
I : Hah,ngandung anak sapa? (i sebenarnya terkejut sebab setahu i diaorang duduk sangkar asing-asing)
Mami : Anak Jojo lah.Mami tengah risau ni kalau dia beranak tiba-tiba masa takde orang.
I : Habis tu,camna?
Mami : Eh,kucing mengandung berapa lama?9 bulan?
I : Entah.Tapi takkanlah 9 bulan. (setahu i,gajah jer yang paling lama kalau ngandung ni)

Petang tu,mami i sms i bagitau Popo dah beranak dah.Yea! Kitten tu warna putih,ikut si Jojo,bapanya.

I terujalah sebab birthday kitten tu sama dengan birthday suami i.I dah fikir nak suggest kat mami i letak nama kucing tu sama dengan nama suami i tapi kesian pulak kat kucing tu nanti nama dia tak comel.   (n_n)

Pagi ini,mami i call.Dia bagitau Popo beranak lagi seekor kitten.Kali ini warna hitam pulak. I sedikit hairan sebab Popo warna kelabu,Jojo warna putih..apsal pulak kitten ni tetiba berwarna hitam?Mesti Popo ni curang..adoiiii... Apa yang lagi menghairankan i dan family i ialah semalam kan dia dah beranak,ni alih-alih hari ni dia beranak lagi.Pelik betul.

Ini gambar Jojo masa kecik.I memang suka ambik gambar dia sebab dia gebu.Agak-agak nanti baby dia gebu cam dia tak?

Tengah hari ni pulak mami i sms lagi bagitau yang dia sedih sebab anak ketiga Popo yang berwarna putih (lahir lepas yang warna hitam) mati.Dah lahir tapi tak bergerak-gerak.  :(

Tapi mami i cakap kitten hitam dan putih tu sihat.Boleh menyusu.Semoga umur diaorang panjang dan diaorang membesar dengan sihat dan comel-comel.

Nampak tak kitten tu tengah menyusu?I rasa nak paksa family i namakan yang putih tu Shiro sebab dia putih macam anjing Sinchan.

Okeylah, take care!