Sunday, 13 November 2011

Happy Birthday Sayang

Dear diary,
13.11.2011 ialah birthday suami I yang ke 26.Kami start couple pada 2007,means tahun ni tahun kelima I celebrate his birthday.Dan I tak ingat apa yang kami buat on each birthday (malang betul dapat bini camni).Apapun,itulah gunanya blog kan?

Dia suka kek ni sebab ada banyak perisa.Lagipun,kami berdua jer.I beli dua set.Ada kek coklat,strawberi,pandan,coffee,oren dan kelapa.
Pre birthday (12.11.11)
I masak nasi ayam untuk suami.Sewaktu blog ini ditulis,I adalah seorang isteri yang sangat pemalas nak mampus sibuk jadi I memang jarang memasak.Since ini birthday dia,so I pun merajinkan diri memasak.I dapat resepi ni dari Cik Zanox tapi I alter sikit-sikit disebabkan kekurangan bahan.Tapi memang menjadi.First time I makan nasi ayam buatan sendiri yang nasinya rasa sedap..ecewah..
Malamnya suami ajak I dinner kat ZZ Sup Tulang sebab dia cakap nak makan nasi goreng kampung.I sebenarnya tak nak sebab baru jer pegi situ semalam (11.11.11),takkan nak pegi lagi kan?Tapi dia cakap dia birthday boy so kena ikut cakap dia (hepppp..banyak cantik!) jadi I turutkan juga.
Lepas makan,kami pun pegi kat KSL City.Beli roti kat Season's.

Malam tu,I wish him happy birthday kat Facebook.Err..malas nak print screen so copy paste jelah..
Suamiku..
Ialah abang yang aku tak pernah ada..
Ialah ayah yang sentiasa menjaga..
Ialah sahabat yang terbaik..
Ialah lelaki yang amat kusayang..

Selamat hari lahir buat yang tersayang..semoga sentiasa bahagia,dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.
Birthday (13.11.11)

Masa ni kitaorang takde buat apa sangat.Pagi tu breakfast kek,tengah hari pulak lunch kat mekdi.Suami i pulak tetiba nak tengok citer Immortals.I ni memang kureng sikit kalau citer yang ala-ala camni tapi memandangkan birthday boy punya wish,i layankan aje.Filem tu bolehlah tahan.Berbaloi jugaklah RM9 nak bayar tiket.


Malamnya suami request nak makan nasi ayam yang i masak.Jadi i memasak sambil dia mengemas rumah dan mencuci baju.Jahat tak biarkan suami buat keja rumah masa birthday?Kesian dia.

Hadiah i untuk suami dah bagi bulan lepas dah.I belikan dia kuali Tefal sebab dia nak masak secara sihat.Masa beli tu,i siap cakap..Nanti birthday awak saya tak bagi apa-apa tau.Saya dah bagi kuali ni..






Hmm..itu jerlah aktiviti kami masa birthday dia tahun ni.Biasa jer kot,takde apa sangat.Yang special sikit,dia bagi i (sebenarnya i paksa) potong kuku dia.First time tau.  :)